Quantcast
Channel: cErolian
Viewing all 334 articles
Browse latest View live

Ikat Habis ke, Ikat Tepi?

$
0
0


Salam.

Sekali lagi.
Tajuk entri tak ada kaitan dengan isi.
Hahahahahahahahaha.






Haiih *bunyi mengeluh*
Cerita rambut lagi si cEro ni.
Tak ada idea lettew.

Mesti ada antara kalian kata,
"Kalau rambut panjang nak ikat tapi terkeluar-keluar,
maknanya rambut tu tak cukup panjang untuk diikat."
Aku sangat setuju.

Masa rambut pendek dulu, aku potong layer supaya rambut tak nampak kembang,
so bila rambut panjang ni rambut tu jadi panjang tak sama,
maknanya ada yang panjang ada yang tak cukup panjang.
Jadi sangat bermasalah bila nak ikat rambut yang tak cukup panjang ni.
Terkeluar sana sini macam orang baru kalah judi.

Hehehe.

Tapi rambut panjang memang susah.
Panas.
Rambut asyik basah sebab berpeluh panas.
Tak cukup ketiak nak basah, rambut pun nak basah.
Maka hujung hari aku berbau masam sebab basah peluh.

Solusi? Potong rambut. Huhu
Tapi aku buang sikit je, tak buang sampai tahap rambut askar.
Sikit je, dalam seinci dua gitu.
Fikir balik macam alahai, sama jugak panasnya...
Rugi je potong.


Kalian pula?
Tak rimas ke rambut panjang?
Nak jaga lagi, nak basuh lagi.
Belum cerita nak buat rawatan ke, trim ke, rebonding ke.
Long hair is hard work.

Kalian suka ke lelaki ikat rambut?




.

Aku dan 3 Anak Kucing.

$
0
0

Salam.

4 Januari 2016 yang lepas,
kucing aku melahirkan 3 anak kucing yang comel kiut miut rasa nak picit.





Ibu kucing yang melahirkan itu sebenarnya berbadan kecil,
jadi sedikit merisaukan bila dapat tahu dia mengandung dulu.
Ye laa,
badan kecil, dibuatnya melekat 4-5 anak tak ke sengsara nak mengusung perut?

Tapi kekuatan kehidupan,
dia berjaya melahirkan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Tiga anak kucing.
Seekor berbulu hitam penuh, dua lagi sama pattern dengan emaknya, berbulu campur warna hitam putih dan jingga.
Yang hitam jantan, dua lagi betina.

Kami namakan mereka Blacku (disebut black-ku), Tim dan Tip.


Aku tak pasti naluri keibubapaan aku makin melonjak akibat faktor usia,
ataupun memang semua kucing dilahirkan begitu,
tapi yang pasti, anak kcuing sangat comel.

Aku ikuti perkembangan mereka bertiga daripada bulu masih jarang berbadan pink,
mula mengiau meminta susu badan ibu mereka,
mula berjalan terketar-ketar menjelajah keliling sangkar,
mula membeliakkan mata melihat alam sekeliling,
mula bergomol bergurau sesama mereka...

..aduh.
Melihat anak kucing seperti satu penghilang stres yang amat berkesan,
tambahan pula awal tahun ini banyak dugaan yang berhadapan.

Aku ingat lagi kali pertama mereka bertiga dibawa keluar menjejakkan kaki ke tanah di luar rumah.
Masing-masing muka tercangak-bangak macam bertukar dimensi.
Tapi beberapa saat kemudian,
naluri pemburu dalam gen mereka membuak-buak,
terus seronok bermain di celahan rumput yang tidak meninggi.
Walaupun langit panas terik disinar mentari, aku tak peduli.
Itu adalah saat yang aku perlu ada dan lalui untuk diperhati.

Blacku, selaku satu-satunya jantan, lebih suka bersendiri dan memerhati.
Dia seperti ninja.
Bila dicari tak jumpa. Sedar-sedar sedang berdiri tegak di tengah laman.
Namun sekali sekala dia juga bersama adik-beradiknya yang lain bermain.

Tim dan Tip seperti kembar. Sama. Sebiji. Copy paste.
Tidur bersama. Bermain bersama.
Tapi Tim lebih kepada mangsa bulian si Tip.
Tip lebih agresif dan suka bergurau kasar.

Semakin membesar, mereka suka memanjat.
Panjat meja, habis semua barang ditolak mereka.
Panjat sofa, mereka sudah mula pandai mengasah kuku bercakar.
Panjat langsir umpama ahli bomba memanjat tali.
Waktu paling aman adalah ketika mereka tidur.

Aku selalu perhati gelagat mereka tidur.
Selalunya, hidung terkemut-kemut.
Telinga bergoyang-goyang.
Tangan tergedik-gedik secara tiba-tiba.
Entahlah. Mimpi rasanya.
Bila mereka mula sedar aku sedang memerhati, tetiba terus dipusingkan badan ala-ala manja.
Kucing, kalau dia tunjukkan perut mereka, tandanya mereka percaya.


Namun,
ibu mereka bukanlah dari baka yang elok.
Nenek moyang mereka adalah kucing yang kami kutip dari pasar, kelaparan.
Dibawa ke rumah, dibela sampailah bertukar generasi.
Baka domestik liar, sudah tentu ada masalahnya.

Hasil dari pemerhatian aku beberapa generasi ini,
pada awal 3-4 bulan pertama selepas dilahirkan,
anak kucing aku akan melalui fasa kritikal.
Mereka akan mudah diserang penyakit,
sama ada selesema, sakit mata atau kecacingan.
Banyak yang kecundang pada usia seawal 2-3 bulan, tapi yang mana dapat lepasi tempoh 3-4 bulan itu akan membesar dengan sihat dan gagah.



Bila mula masuk bulan April, aku jadi risau.
Blacku dan Tim mula menunjukkan perubahan sikap.

Blacku, dia makan paling banyak, tapi badannya tetap kecil.
Tak pasti pergi mana makanan dia, tapi bila dipegang badannya,
terasa tulang belulang yang ada.
Dia terlalu kurus untuk seekor kucing yang makan banyak.

Tim pula, walaupun selalu jadi mangsa buli Tip,
tapi kebelakangan ni dia selalu sangat tidur.
Kucing seusia dia patut keluar bermain dan menjelajah.
Tapi Tim lebih suka bergulung dan tidur.
Bila makan, jenuh dipanggil baru sampai.



25 April lalu, Blacku mati dalam tidurnya di dalam sangkar.
Tiada lagi ninja.
Tiada lagi si kuat makan.
Aku tidak pasti apa sakitnya, tapi kalau perlu deduksi, rasanya kecacingan.
Makanan yang masuk tidak sampai ke badan, hanya sampai ke parasit di dalam badan.

30 April seterusnya, Tim pula pergi.
Badannya terlampau kurus dan tidak bermaya sebelum hilang kesedaran.
Sebelum ini, dia tidak makan, tidak minum, hanya tidur.
Sepanjang minggu aku risau, tapi nampaknya risau sahaja tidak mengubah apa-apa.

Maka, kini, sehingga entri ini ditulis,
tinggallah Tip seorang diri.
Tunggal.
Tiada adik-beradik.
Tiada teman sepermainan.














Entahlah.
Aku jadi sangat cepat sayu apabila melalui fasa kehilangan kucing peliharaan.
Tambahan pula jika peristiwa kehilangan itu berturutan seperti ini.





.

I Must Confess I Still Believe...

$
0
0


Salam.

Oh bayi bayi, how was I supposed to know
that something wasn't right here...
Oh bayi bayi...






Sebenarnya aku berkira-kira patut ke aku post komik ni
sebab technically ni bukanlah komik sangat.
Plot tak ada. Continuity dalam panel tak ada. Climax tak ada. Anti-climax? Heh!
6 panels is not even a yonkoma.

Tapi semua ini sebab ada lagu yang tersangkut kat kepala aku dari 4 hari lepas.
Masuk bilik nyanyi lagu tu.
Masuk jamban karaoke lagu tu.
Atas moto melalak lagu tu sampai masuk serangga dalam mulut.
Dalam office pun humming lagu tu. Bila orang clear, tetiba volume naik jadi 50.

Aku tak pasti dari mana start aku tersangkut dengan lagu tu.
Maybe childhood memories came flooded my brain kot. Entah.

Jadi,
untuk tamatkan fenomena lagu sangkut dalam kepala ini,
I embraced the song dan lukis conteng-conteng atas kertas.
Sebab tu saiz watak pun tak konsisten.
Malah, dalam panel ketiga, tetiba kening cEro jadi tebal. Rock Lee!
Hahahahahahahaha

Perenggan seterusnya ini bersifat ilmiah.
Fenomena di mana ada lagu atau suara yang tersangkut di dalam kepala kita berulang-ulang kali ini dipanggil 'earworm' juga dikenali sebagai 'stuck song syndrome'. Sama macam AIDS, earworm ni tak ada penawar. Tapi ia akan beransur hilang mengikut masa (tak macam AIDS). Beberapa cara nak kurangkan earworm ni adalah dengan buat perkara yang memerlukan fokus lebih seperti main sudoku, jawab soalan matematik tambahan dan melukis. Oh, ada kajian kata makan chewing gum boleh kurangkan earworm walaupun tak ada sokongan data yang konklusif.
Perenggan ilmiah tamat.

Proper comic next week (kot).
Cerita pasal rambut (lagi). Huhuhuhu


So, end-of-post questions.
Siapa tahu lagu apa yang aku nyanyi di atas?
Dan siapa nak belanja aku karaoke sama-sama?
Kalian mesti pernah kena earworm juga, kan?
Lagu apa rasanya paling tak boleh blah bila kena earworm?
Satu campur satu sama dengan berapa? **tetiba**

Jawab. Jangan tak jawab. Huhuhu





.

Ceko Ceko Ah!

$
0
0


Salam,
seperti yang dijanjikan tetapi tidak dinantikan,
topik hari ini ialah rambut (lagi).

Tajuk entri tiada kaitan dengan isi.






Cekak, pada diri aku, bukanlah sesuatu yang baru.
Aku pakai cekak sejak zaman belajar dulu lagi.
Bila kau malas sikat rambut,
dan kau bergerak berhelmet naik motosikal ke sana ke mari,
nak mengekalkan gaya rambut yang stail memang cabaran.

99 masalah mahasiswa, aku tak mahu masalah rambut tak bergaya adalah salah satu daripadanya.
Banyak lagi esaimen aku kena kopipes daripada terus memikirkan isu rambut.

Maka, cekaklah penyelamatnya.
Sekadar slide dari depan dan...TADAAAA!
All is well.

Namun,
beberapa masalah utama dengan cekak ialah:

(1) instead of dipandang 'ada style', lelaki bercekak akan dipandang pelik, tambahan pula macam aku yang dikelilingi dengan orang sains. Orang sains punya persepsi lain sikit. Lelaki kena nampak smart dan nerdy, preferably rambut pendek sikat tepi dan bercermin mata tebal. Bila nampak lelaki pakai cekak dan rambut separa panjang, semua akan label mat rempit kaki main belen. Bertambah teruk lagi bila kau sebenarnya memang seorang penunggang motosikal tegar. Terus kena cop tidak ilmiah. Pendapat kau ditolak bulat-bulat hanya kerana...kau pakai cekak.

(2) sebab aku jarang sikat rambut, maka bila dikenakan cekak, rambut belakang aku akan mengembang. Aku nak describe rambut tu nampak macam singa, tapi sebab singa adalah seekor haiwan yang power, awesome, dan cool, aku pula sebaliknya, maka adalah lebih sesuai untuk aku describe rambut tu macam cicak mengkarung leher kembang. Kembangnya bukan sedikit, malah dari jauh mampu kelihatan seperti afro.

(3) bila aku pakai cekak, dan aku pakai cermin mata, bahagian hujung masing-masing akan bertemu dan berlaga. Sebab hujung bingkai cermin mata aku logam, dan cekak aku pun logam, maka seolah-olah ada perlawanan pedang antara dua kesatria berbaju besi di belakang telinga aku. Ketung ketang ketung ketang bunyinya bila aku bergerak. Macam music entrance untuk ahli gusti masuk gelanggang. If you smelll...


Maka,
cekak hanya jadi pilihan aku bila aku tiada pilihan.
Biasanya aku sentiasa tiada pilihan, maka cekak sentiasa menjadi pilihan aku.

Sampailah sekarang.

Jadi,
bila ternampak lelaki pakai cekak dengan rambut kembang, kalau kulit dia tak putih gebu kpop dan badan dia tak sado macam Ankel dan tak tinggi macam Aliff Aziz, kemungkinan besar itu aku.


Kalian pula bagaimana?
Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
Adakah pemanasan global itu real?

Nyatakan pendirian anda di bahagian komen. **ewah!**






.

Komik, Rak Buku, dan Sokongan Terhadap Industri.

$
0
0


Salam.

Kalau di masa akan datang,
aku dan (bakal) isteri aku terpisah di dalam shopping complex,
ada dua tempat dengan kemungkinan paling tinggi isteri aku boleh cari jumpa aku semula iaitu:
(1) kedai komik, dan
(2) kedai mainan.






Mungkin beginilah si gila kasut bila masuk kedai kasut,
atau si mania beg tangan masuk kedai beg tangan,
atau si ulat buku masuk kedai buku.

Aku selalu ada masalah bila masuk kedai komik.
Selalu masalah aku ialah terlalu banyak nak dibeli, tapi dompet tak banyak isi.
Bila ada duit lebih sikit terus lupa dunia pergi borong macam esok tiada lagi.

Lepas tu bila balik rumah,
tetiba sedar yang banyak lagi komik dulu beli tapi belum dibaca.
Tambahan pula, aku ni seorang slow reader.
Komik nipis pun berhari-hari baru boleh habis baca.
Tapi itu topik lain untuk entri hari lain. Hehehe.

Masalah dengan beli komik banyak ni satu je;
tak cukup rak untuk disusun simpan.

Hasilnya,
komik yang dibeli bertimbun-timbun atas lantai.
Ada satu timbunan tu dah macam menara dah,
kalau tolak sikit mesti jatuh berterabur.

Banyak komik dari Jepun sebenarnya boleh je dibaca online.
Detective Conan, One Piece, Naruto, One Punch Man,
tapi aku lagi prefer beli buku fizikal.
Feeling buku fizikal lain dari slide-slide baca online.

Sekarang pula kebanjiran komik tempatan.
Sebab kecetekan duit, kenalah memilih mana satu perlu dibeli dahulu.
Harga pun boleh tahan mahal, komik nipis tapi harga sampai belasan puluhan ringgit.
Detective Conan dari Jepun tu pun RM 5.90 je dengan 180 muka surat.

Tapi, demi komik aku relakan.

Aku sokong industri komik dengan membeli komik.
Itu cara aku, tak macam sesetengah orang yang pung pang pung pang kata sokong industri komik tapi habuk pun tarak. Huhuhu
#MohonTerasa#JanganKecam#KecamSayaKalauSayaDouchebag


Kalian pula?
Mesti ada satu barang yang menjadi gilaan macam aku gilakan komik, kan?
Apakah barang tersebut?
Menyesal tak bila terbeli banyak-banyak?
Aku tak menyesal beli komik, sebab boleh simpan. Beranak cucu besok nanti pun boleh baca lagi. Hehehe

Btw, bila kali terakhir kalian beli komik?





.

Jangan Takutkan Langit yang Gelap.

$
0
0

Salam.

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba!
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
*nyanyi guna suara Opick*





Sekali lagi, tajuk tiada kaitan dengan isi entri.

Okay.

Ketika entri ini diterbit,
rasanya ada kurang seminggu lagi nak masuk Ramadhan.

Dalam seminggu sebelum entri ini ditulis,
ada beberapa kali (lebih tepat, 3 kali) aku dengar peringatan seperti ini:
"Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi bulan puasa?"
"Apakah persediaan anda untuk Ramadhan kali ini?"
"Tinggal seminggu lagi, dah ready?"

Secara jujur aku nyatakan,
aku tak pasti dan tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'sedia'.
Maksud aku,
apa yang perlu kita sediakan?
Sedia ke, tak sedia ke, Ramadan tetap akan datang.
Bukannya Ramadhan datang awal untuk yang bersedia
dan dapat ditangguh untuk yang masih belum sedia.


Apa sebernarnya yang perlu kita lakukan untuk 'bersedia'?
Adakah bersedia bermaksud pasang alarm awal pagi untuk sahur?
Atau meregangkan badan untuk menempuh terawih 20 rakaat?
Atau semak balik bacaan niat puasa dalam Bahasa Arab?
Atau riki bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah supaya senang nak beli juadah berbuka nanti?

Ini adalah satu soalan jujur yang aku harap kalian dapat jawab sebelum Ramadhan masuk.

Apakah maksud 'bersedia' dalam menanti kedatangan Ramadhan?


Nota kaki:
Untuk penulisan Bahasa Malaysia, ejaan bulan puasa ialah bulan Ramadan (tanpa h).
Tapi aku lagi suka eja Ramadhan (dengan h) sebab feeling dia lagi sampai. Huhuhu




.

Ada Apa Dengan Anak Bulan!

$
0
0


Salam.

Jadi ini adalah entri pertama untuk Ramadhan 1437H.
Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kehidupan ke arah yang lebih baik.

Amin.





Ada beberapa perkara (dan istilah) yang aku dapati bila tiba Ramadhan, akan kedengaran dicanang berulang kali.

Minggu lepas aku bercerita tentang'persediaan' Ramadhan di mana,
secara peribadinya aku kurang faham apa sebenarnya yang perlu kita sedia untuk mengharungi Ramadhan.
Aku tahu,
kalau kita sebut 'persediaan Syawal', kita tidak boleh lari dari memikirkan persiapan hari raya, mostly berkaitan dengan pembelanjaan kewangan (untuk balik kampung, baju raya, duit raya dan lain-lain).
Tapi ia tak sama dengan 'persediaan Ramadhan'.

Tapi terima kasih kepada kalian yang tinggalkan komen,
aku kini sudahpun faham apa itu persediaan Ramadhan.
mungkin aku boleh praktikkan ketika menjelang Ramadhan tahun depan, insyaAllah, kalau usia masih panjang.

Tapi ada lagi satu istilah yang pernah menjadi persoalan kepada aku ketika kecil dulu;
ANAK BULAN.

Semua tahu anak adalah kelahiran kecil daripada sesuatu yang besar.
Jadi, basically anak bulan adalah anak kepada bulan.
Or at least itu yang aku fikirkan semasa umur 5 tahun.

Dan seperti budak 5 tahun yang lain ketika berasa ingin tahu,
aku bertanyakan perihal anak bulan dekat Abah aku.
Abah aku seorang polis misai tebal yang serius.
Dia jarang nak melayan kerenah anaknya,
sebab dia tahu kalau start layan nanti dari satu soalan jadi dua soalan jadi tiga soalan jadi empat soalan sampai dia nak baca surat khabar pun tak boleh.

So,
masa aku bertanyakan soalan itu,
Abah aku menjawab dengan semberono.
Tapi aku tahu Abah tak berniat untuk misleading anak dia.
Mungkin dia nak aku kekal menjadi budak-budak dan mengelak daripada menjawab soalan yang (rasanya) orang dewasa pun tak boleh jawab dengan bagus.

Jadi,
apa itu sebenarnya ANAK BULAN?

Secara ringkasnya,
anak bulan adalah fasa bagi sesebuah bulan,
lebih tepat lagi adalah bulan sabit pertama selepas bulan gelap.
(bukannya bulan tu terberanak anak baru)

Disebabkan kalendar takwim Hijrah dikira menggunakan fasa bulan
(bukan menggunakan matahari seperti kalendar Gregori biasa),
maka perubahan antara fasa bulan gelap ke fasa bulan sabit awal (anak bulan) bermakna pertukaran bulan baru.

Kita melihat munculnya anak bulan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan bermulanya bulan puasa. Sebab itu melihat anak bulan adalah sangat penting bagi menetapkan tarikh mula puasa (dan raya).

Kalau nak diikutkan, tiap-tiap waktu nak masuk bulan baru, anak bulan akan kelihatan.
Bukannya untuk bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.
10 bulan yang lain pun ada anak bulan masing-masing.
Tapi kita tak ambil kisah tentang 10 bulan yang lain sebab tak ada puasa dan raya.

So, there you go.
Next time anak kecil kalian bertanyakan apakah itu anak bulan,
kalian ada dua pilihan:
1) beritahu perihal sebenar anak bulan berdasarkan kiraan fasa bulan, ataupun
2) biarkan imaginasi mereka menerewang seperti kanak-kanak normal dan pastikan mereka dapat didikan yang baik di kemudian hari supaya segala persoalan mereka dapat dijawab dengan ilmu.


Jadi,
macam mana puasa kalian?
Seronok puasa?
Ada yang dulu berpuasa solo, kini berdua.
Dulu berdua kini bertiga.
Aku je kekal solo buka puasa dengan semut di meja **lap air mata**


Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke? **tetiba**






.

Misteri Jiran Rumah Atas: The Sequel

$
0
0

Salam.

Kalau kalian semua ingat lagi, aku pernah tulis satu entri berkenaan rumah kosong atas rumah. Untuk ringkasan, disebabkan aku tinggal di rumah kuarters empat tingkat di tingkat paling bawah, maka bermacam-macam bunyi dari rumah atas aku dapat aku dengar. Bunyi bola bergolek, guli bertaburan, bunyi barang berat jatuh, malah terdapat juga bunyi hentakkan kaki secara kuat. Pada mulanya aku ingat jiran atas rumah aku seorang yang aktif, tapi selepas dijelaskan oleh teman sebilik a.k.a roommate, rupanya rumah atas aku kosong tidak berpenghuni, menjadi tanda tanya kepada aku berkenaan dari mana datangnya bunyi-bunyi tersebut.


Itu ringkasan. Kini ada pula kesinambungannya.



Walaupun gangguan bunyi itu tidak pernah berhenti, tapi bukanlah selalu. Walaupun bukan selalu, tapi bila berlaku, aku tidak boleh buat tidak tahu. Aku mesti perasan. Bayangkan, sedang khusyuk baca komik Lawak Kampus sambil sekali sekala berdekah-dekah ketawa seorang diri, tiba-tiba datang bunyi berdentam seolah-olah ada bola boling jatuh menghempas. Sedang sedap korek hidung sambil layan siri Doctor Who tiba-tiba kedengaran bunyi guli-gli bertaburan. Siapa tidak perasan, kan?

Tapi sebab gangguan ni sudah berlaku lebih setahun, aku sudah tidak kisah. Malah bila berlaku, aku tersenyum saja.

Namun, gangguan ini kedengaran semakin kerap berlaku sejak beberapa minggu sebelum masuk bulan Ramadhan, malah tidak berhenti apabila Ramadhan menjelma. Risau juga aku.

Alkisah bermula apabila aku sendirian di satu malam Ramadhan baru-baru ini. Roommate tiada, orang lain pun tiada. Maka satu rumah adalah milik aku seorang. Niat hati nak pasang filem dekat TV lalu naikkan volumeke paras tinggi biar bergegar dinding rumah, tapi memikirkan jiran sebelah Makcik Nab yang ada bayi kecil cucu keduanya, aku batalkan niat orang bujang aku itu.

Angin di luar bertiup kencang tapi tiada hujan. Sekali sekala dengar bunyi daun kering berterbangan menghempas ke kaca tingkap. Suasananya seperti satu senario malam petanda sesuatu buruk bakal berlaku yang selalu dimainkan di dalam drama dan filem seram. Manalah tahu, ada psikopat pecah masuk rumah sambil bawa sabit dengan pemegang panjang berniat nak suka-suka cantas kepala penghuni rumah. Nauzubillah.

Sedang seronok membaca surat khabar sendirian di ruang tamu, keseorangan, tiba-tiba bunyi pintu diketuk.

Tok! Tok! Tok!

Jam di dinding tegak menunjukkan jam 11 malam, dan angin di luar masih begitu kencang. Kemalasan untuk bangun dari kusyen empuk ini membuatkan aku rasa patut diabaikan sahaja ketukan pintu itu. Lagipun kalau ia sesuatu yang penting, mesti nada ketukannya berbeza.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi kedengaran ketukan. Tidak kuat, tidak gopoh, malah tidak bermaya. Siapa yang gigih mengetuk pintu rumah orang lain tengah malam sebegini? Nak kata teman serumah yang lain, masing-masing ada kunci sendiri. Kalau kunci hilang sekalipun, WhatsApp-lah beritahu.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan kali ini buat aku tidak senang duduk. Gigih dia masih ketuk walaupun sudah aku abaikan. Kau ketuk sekali lagi, baru aku bangun pergi melayan.

Tok! Tok! Tok!

Cis!
Kata itu kota. Sebab sudah janji dengan diri sendiri, aku pun mengangkat punggung bergerak menuju ke pintu yang diketuk tadi. Tatkala tangan kau ingin membuka pintu, terasa sejuk sahaja tombolnya. Sejuknya meresap sampai ke otot. Seram pula rasa. Siapa di luar ya?

Tok! Tok! Tok!

“Siapa tu?” aku bertanya tanpa membuka pintu. Jantung sudah berdegup kencang seperti baru lepas tersentuh tangan dan bertentang mata dengan crushsemasa mahu tolong dia angkat buku yang terjatuh di lantai, cuma bukan hormon serotonin dan oxytocin yang merembes, tapi hormon epinephrine dan cortisol yang memainkan peranan. Rasa seram menjalar seluruh badan dalam persediaan untuk ‘fight or flight’, walaupun rasanya respon yang aku akan lakukan hanyalah ‘flight’ sahaja.

“Siapa tu?” tanya aku sekali lagi, manalah tahu suara aku tadi tidak jelas kedengaran.

“Jiran.”
Kedengaran suara dari luar menjawab.

“Jiran mana?” tanya aku kembali.
“Jiran rumah atas.”

Kepala otak kau.
Atas rumah aku tu rumah kosong, mana ada orang tinggal. Bukankah bulan Ramadhan ni semua syaitan kena ikat tambat? Kenapa ada terlepas seekor menunggu aku buka pintu ni? Tak cukup ke kacau aku dengan baling guli dan golek bola boling?

Ketakutan sudah meresap ke seluruh sel saraf. Kalau orang lain yang kena, lama dah aku nasihatkan suruh baca apa-apa ayat Al-Quran yang patut. Ayat Kursi ke, Ayat Seribu Dinar ke, Al-Fatihah ke. Tapi sebab aku sendiri yang terkena, terkelu lidah terbeku otak. Aku ‘flight’. Aku lari ke dalam bilik selepas mencapai telefon bimbit aku di ruang tamu. Pantas, aku mencari nama roommate di dalam senarai ‘contact’ telefon aku. Jari sedang menggeletar, gigih aku skrol atas bawah senarai tersebut.

“Mana dia? Mana dia? Haaa, jumpa pun.”
Lalu aku tekan punat hijau, menunggu panggilan diangkat di hujung talian.

“Hello?” Suara roommate di hujung talian kedengaran.
“Hello bro! Balik cepat, bro! Aku duduk rumah sorang ni. Balik cepat, bro! Please!”
“Kenapa ni? Aku dah on the way, tapi ada laa setengah jam lagi. Kenapa?”
“Ada benda ketuk pintu tadi… Lepas tu… Lepas tu…”
“Lepas tu apa? Neves pula aku tunggu kau tergagap-gagap ni.”
“Lepas tu… Lepas tu…”
“Kau sebut lepas tu lagi, aku letak fon. LEPAS TU APA, BANGANG!”
“Lepas tu, dia claim yang dia tu jiran atas rumah kita. Atas rumah kita mana ada orang tinggal, kan? Habis tu dia siapa? Baliklah cepat. Please!”

Hujung talian senyap seketika. Beberapa saat kemudian, talian terputus. Lebih kepada diputuskan.

Berbakul aku mencarut. Tak guna punya roommate. Ingatkan sahabat sehati sejiwa sangat, rupanya meninggalkan aku di kala aku betul-betul memerlukan.

Entah macam mana, aku end up terlena di atas katil sendiri dengan telefon bimbit di tangan.
.
.
.
.
.
.
.

Bila aku tersedar kembali, ternampak kelibat roommate sedang duduk di atas katilnya, memerhatikan aku.

“Kau dah balik? Apa sudah jadi?” tanya aku.

“C, aku nak kata kau bangang, tapi aku tak sampai hati. Tapi rasanya kau memang bangang tak boleh dibendung lagi ni…” Roommate bercakap dengan nada yang tenang tetapi sinis.

“Sudah 2 bulan rumah atas kita ni diduduki orang. Tadi, jiran kita tu ketuk pintu sebab nak minta ambilkan baju dia yang terjatuh ke balkoni rumah kita sebab kena tiup angin kuat malam tadi.”

“Eh? Ye ke?”

“Lain kali, cubalah hidup dalam harmoni sikit dengan mengambil tahu jiran sekeliling. Jiran masuk rumah dua bulan pun kau tak ambil tahu. Apa punya masyarakat daa…”

Aku pun tergaru-garu kepala yang tidak gatal sambil tersenyum serupa kerang busuk.


Nota kaki:
Cerita ditokok tambah untuk menghasilkan suasana lebih dramatik.







.

5 Minit! 5 Minit!

$
0
0


Salam.

Salam Ramadhan.
Ramadhan ke berapa aku tak pasti dah sebab sudah lost count. Hehe
Tapi aku tahu,
setakat ni tak ada lagi antara kalian yang order delivery McD waktu tengahari, kan?
Hehehe





Entahlah.

Setiap Ramadhan mesti aku akan ada pengalaman terlajak sahur.
Set alarm baik punya, setiap 10 minit akan berdering.
Tapi rasanya sebab terlalu banyak alarm, jadi telinga dah lali.
Sebab tu kekadang terlajak terlepas waktu imsak.

Secara teknikalnya,
Imsak adalah 10 minit sebelum Subuh.
Kita berpuasa bermula pada waktu Subuh.

Pada waktu entri ini ditulis,
Imsak di Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya ialah 5:32 pagi.
Logiknya,
aku set alarm dalam pukul 4:45 supaya ada buffer time sebelum betul-betul bangun.
Tapi buffer time pun,
kalau janji kata 5 minit buffer tup tap tup tap terlajak jadi 90 minit tak jadi juga, kan?

Jenis macam aku, tak suka makan dalam keadaan tergesa-gesa.
Makan tergesa-gesa tak sedap, tak nikmat.
Jadi bila sudah terlajak imsak, dalam masa 10 minit nak masuk Subuh tu, aku kira skip je sahur.
Berlaparlah kau seharian sambil dinding perut kena hakis dengan asid.

Padahal kalau ikutkan dua tiga minit sempat je kalau nak tibai 2 biji kurma dan segelas air kosong.


Kalian pula bagaimana?
Pernah terlepas alarm sahur?
Pernah tak buka mata dah azan subuh?
Kalau macam tu kira macam mana ek?
Boleh lagi ke nak telan kurma dan segelas air padahal sudah azan Subuh?

Cuba bagitahu sikit...





.

Masa Depan Masih Lagi Jauh ke Hadapan.

$
0
0
Salam.

Post kali ini adalah teks sepenuhnya.
Tiada komik, tiada soalan retorik, tiada gelak tawa lawak sendiri.
Kali ini, sepenuhnya luahan hati.



Kanser.

Sering kali kita didedahkan dengan perihal kanser.
Sakitnya, deritanya, ceritanya, survivor-nya.
Tapi bagi badan yang sihat walafiat (alhamdulillah) ini,
apa yang kita boleh buat hanyalah bersimpati.

Empati?
Bullshit! Kecuali kau pernah hidap kanser,
jangan kata kau ada rasa empati dengan pesakit kanser.

Lagi mengecewakan,
ada makhluk yang gunakan kanser sebagai cara mahu tarik perhatian orang lain.
Umum diri menghidap kanser di media sosial hanya kerana mahu simpati daripada orang yang membaca.
Mahu menjadi pusat kepada perhatian.
Mahukan interaksi supaya diri dihargai.

Makhluk sebegini tidak layak digelar manusia.
Sampah pun berasa terhina jika digelar sama dengan makhluk ini.






Hari isnin lepas,
satu mesej whatsapps memeranjatkan semua yang membacanya.
Aku bergegas bersama keluarga aku di rumah menuju ke Shah Alam.
Yang sedang bekerja meminta cuti separuh hari.
Yang belum masuk kerja memohon agar dilepaskan sepanjang hari.
Kami menuju ke Hospital Shah Alam mengejar tengahari.

Naik ke tingkat 12, wad pediatrik,
ternampak abang baru selesai menjawab telefon di lobi wad.
Mata sembam, suara perlahan, aku tahu seluruh hatinya sedang bergoncang.
Ia bukan satu berita yang menyenangkan.

Kami sekeluarga diiring masuk ke wad.
Sampai di satu katil, kakak ipar yang nampak kelibat emak terus meluru dan peluk emak kuat-kuat.
Emak menenangkan kakak dengan menggosok belakangnya.
Hati seorang ibu, hanya ibu yang tahu perasaan ibu yang lain.
Tiada kata-kata, tiada senyum tawa, hanya tangisan air mata.

Abang beritahu kami bahawa anaknya yang berusia 6 tahun, yang juga kami panggil 'abang', dikesan memiliki jumlah sel darah putih yang tidak normal tingginya di dalam badan.

Abang didiagnos menghidap kanser darah, dalam kata nama yang lebih dikenali, leukemia.


LEUKEMIA.




Aku pelajar biologi.
Memang tiada dalam silibus pembelajaran aku untuk mempelajari penyakit manusia seperti leukemia ini. Tapi for the sake of knowledge, aku pernah baca banyak perkara tentang leukemia, bagaimana punca dan simptom, bagaimana cara rawatan dan pencegahan. Pendek kata, aku tahu serba sedikit mengenai leukemia.

Tapi ilmu leukemia yang aku tahu itu sekadar tahu atas nama ilmu.
Aku tidak pernah menyangka salah seorang ahli keluarga aku bakal menghidapnya.
Aku tidak pernah fikir penyakit itu akan menyerang salah seorang daripada kami.
Apatah lagi menyerang anak buahku yang hanya berusia 6 tahun.

Abang baru berusia 6 tahun setengah.
Dia baru sahaja menikmati zaman sekolah rendah darjah satu.
Zaman suka ria gelak tawa dengan kawan-kawan.
Zaman di mana sekolah adalah menyeronokkan.
Zamannya baru bermula.

Anak kecil seusia dia diduga dengan leukemia.
Aku selaku orang dewasa berasa ralat.
Bukankah masa depan dia masih lagi jauh ke hadapan?
Apa budak berusia 6 tahun tahu dengan leukemia?
Abah dan emaknya yang diterangkan secara terperinci tentang sakit itu pun masih belum memahami sepenuhnya, apatah lagi dia?
Semasa kami datang melawat pun, dia masih lagi boleh bergelak ketawa,
tidak faham akan apa yang dihidapinya, yang bakal dihadapinya.




Melihat wajah abah dan emaknya, yang juga abang dan kakak ipar aku,
pasti begitu banyak perkara yang difikirkan mereka.
Sakit perih anak mereka, masa yang perlu didedikasikan untuknya,
kos rawatan, kos penjagaan, kos penginapan,
masa depan, masa rawatan, masa sekarang,
kerja, hidup, tidur, puasa, raya.
Aku tak boleh kata aku tahu apa yang mereka fikirkan,
tapi aku tahu pasti sangat banyak perkara yang perlu mereka timbangkan.





Sepanjang hari aku terdiam.
Mesej whatsapp, telegram yang berdentum datang pun aku tidak endahkan.
Sampai sahaja di rumah, aku kaku terbaring di bilik menatap dinding.

Anak saudara aku yang aku sayangi,
baru dua hari lepas kami bermain lego bersama,
bergelak ketawa riang gembira bersama.
Kini dia terlantar di hospital menahan sakit yang datang.

Aku pula?

Apa patut aku buat?
Apa boleh aku lakukan untuk membantu?
Aku buntu...
Aku buntu...








.

Salam Syawal 1437H

$
0
0




Salam.

Di kesempatan ini,
saya cEro, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri.
Seperti klise post blog sempena hari raya,
saya juga mahu memohon maaf andai ada salah silap sama ada dalam percakapan, penulisan dan lukisan.

Jika ada yang mahu menuntut janji dan hutang dari saya,
janganlah segan berhubung dengan saya melalui apa juga cara yang ada.
Juga jika ada yang pernah buat salah dengan saya,
anggap sahaja saya sudah memaafkan sempena Syawal yang mulia ini.

Juga seperti klise post blog saya sempena hari raya,
jika ada antara kalian yang baca entri ini pada hari raya pertama, kedua dan ketiga,
saya menyeru selepas habis baca entri ini agar tutuplah segala browser, laptop, komputer, gadget dan telefon pintar anda dan pergilah berinteraksi dengan mereka-mereka di sekeliling.

Sudah tentu semasa raya,
mereka yang berada di sekeliling kita adalah orang-orang yang kita sayang,
sementara mereka masih ada di sekeliling kita
ambillah kesempatan untuk bersama-sama dengan mereka.

Sekali lagi,
seperti klise post blog sempena hari raya,
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf.
Maafkan saya seluruh zahir dan sepenuh batin.

Yang mahu pelawa saya ke open house,
jangan segan silu, pelawa saja.
Tapi datang atau tidak itu cerita kemudian...hehehe

Disebabkan ini entri yang sudah di-schedule,
maka ikutkan perancangan, hari raya pertama saya mungkin akan dihabiskan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.
Tapi semasa entri ini ditaip,
saya sedang mengalami mild cold, hingus dan bersin sana sini.
Jadi rasanya sama ada saya akan ditahan hanya di lobi hospital
ataupun saya akan berseorangan di rumah menonton program TV.

We'll see about that...



Jadi,
baju raya kalian warna apa tahun ni?
Siapa boleh teka warna baju raya saya?

Rasa skema sangat guna saya. Hahahahahahaha


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
#TeamRayaKualaLumpur





.

Ringkasan Raya Tahun Ini.

$
0
0

Salam.

Seminggu Syawal sudah berlalu.
Seperti biasa, aku akan buat ringkasan raya aku untuk seminggu pertama Syawal ini.

Disebabkan mood melukis aku ke laut,
jadi izinkan aku recyle lukisan lama.
Maaf~








Bagi yang tidak tahu,
aku demam di hari raya pertama.

Bagi yang tidak tahu juga,
aku sekeluarga tidak pulang ke kampung dan hanya berada di Wilayah Lumpur berhari raya.

Raya pertama,
selepas solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman memberi duit raya,
kami sekeluarga ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur melawat anak buah.
Wad anak buah aku ditempatkan ada buat wad terbuka (ala-ala rumah terbuka),
menghidangkan juadah hari raya di lobi wad.
Semua penghuni wad termasuk pesakit, pelawat dan doktor digalakan memakai baju raya.
Nurse je yang mesti beruniform putih.
Entah laa kenapa, etika bekerja kot.

Aku demam.
Maka interaksi aku dengan anak buah aku perlu dibataskan.
Takut berjangkit.
Tapi seronoklah juga.
Berkenalan dengan keluarga lain yang senasib beraya di hospital.
Ramai sukarelawan datang buat persembahan dan nyanyian memeriahkan suasana raya.
Beberapa persatuan dan orang kenamaan juga melawat sambil bagi buah tangan.
Ini memang satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan,
beraya di hospital.

Balik dari hospital, kami singgah ke rumah saudara yang juga tak balik kampung.
Demam-demam pun aku gigihkan juga beri senyuman semanis mungkin.

Raya kedua,
aku dapat berita dari wad semalam yang kami pergi raya tu,
seluruh penghuni di wad tersebut diserang demam.
Terima kasih kepada aku kerana menyebarkan virus demam ke seluruh wad.

Maaf~

Sepanjang hari kedua,
aktiviti aku adalah sama ada melayan rancangan TV, atau makan juadah atas meja.
Oh, juga,
hari raya kedua ini adalah hari kali pertama aku makan Subway.
Nama je duduk KL, tapi aku mana reti nak cuba benda-benda urban ni.
Try menu chicken tandoori (tak boleh lupa) hasil pengaruh Mon yang asyik-asyik cerita pasal Chicken Tandoori dari Subway masa puasa lepas.
Thanks Mon. Sedap oooo.
Jom aku belanja kau jom.

Raya ketiga,
raya keempat,
raya kelima,
raya keenam,
raya ketujuh dihabiskan dengan sesi mengemas rumah Abah Mak.
Abah sudah pencen polis, jadi dia kena keluar dari perumahan polis.
Aku pun membesar di situ, jadi satu bilik tu memang penuh barang aku.
Nak kena pindah, maka barang kenalah kemas.

Entah sejak raya keberapa baru demam aku kebah, aku tak perasan.
Mungkin sebab berpeluh lenjun sibuk mengemas rumah kot.

Sekian ringkasan raya aku.
Ringkas kan? Ringkas kan?
Kalian tak nak buat rumah terbuka ke?
InsyaAllah kalau dijemput dan tercapai jaraknya, aku datang. Heh.

Macam mana dengan seminggu raya kalian?
Best?
Duit raya janji nak tong-tong dengan aku kan?
**buat muka minta penampar**





.

H untuk...

$
0
0




Salam,
nama aku cEro.

Beberapa hari lalu aku terbangun daripada angan-angan dan tersedar bahawa aku hanyalah manusia biasa, bukannya manusia luar biasa seperti yang selama ini aku fikirkan.

Maka,
selaku manusia biasa, aku juga mengalami masalah, cabaran, dan dugaan di dalam hidup.

Ada banyak perkara yang mahu aku kongsikan,
namun hakikatnya aku sedang di dalam emosi tidak stabil.
Kehidupan aku sedang di dalam situasi tunggang langgang.
Aku ada 99 masalah, dan aku tidak mahu blog ini juga menjadi salah satu daripadanya.

Disebabkan itu,
aku mengambil keputusan bahawa blog ini akan memasuki fasa HIATUS untuk sementara.
Dan sementara itu tidak aku pasti berapa lama.

Tapi aku masih mahu mengekalkan rekod entri setiap rabu,
maka KEMUNGKINAN BESAR rabu minggu depan (27 Julai) akan ada entri yang aku jadualkan.
Kemungkinan besar.

Jadi walaupun dalam hiatus, blog ini tetap ada entri setiap rabu.

Hmmmm...
Jadi macam tak ada hiatus laa kan?
Jadi apa poin entri ni sebenarnya?
Huhuhu


Baiklah.
Bagi mengakhiri entri kali ini,
dan bertujuan untuk memberikan kalian poin untuk tulis komen,
(sebab aku tak gemar komen berbunyi 'hm, tak tahu nak komen apa'),
aku tinggalkan kalian dengan satu soalan.

Aku sedang berada di fasa (agak) selesa sekarang.
Di fasa selesa, aku tak boleh terus maju.
Untuk maju, aku perlu keluar dari fasa selesa ini.
Bererti, aku perlu tukar kerja.
Tapi kalau tukar kerja, aku kena mula semula dari mula.
Bermakna aku perlu tempuh cabaran dan risiko baru.
Jadi,
apa pendapat kalian?
Patutkan aku keluar dari fasa selesa dan tukar kerja,
ataupun kekal selesa dengan keadaan sekarang?




.

Tanpa Tajuk #12

$
0
0

Salam.

Bertemu sekali lagi kita di dalam entri Tanpa Tajuk,
satu entri di mana beberapa isu mahu aku kongsikan tapi isunya terlalu pendek untuk diberi satu post khusus, jadi aku rangkumkan kesemuanya di dalam satu entri.

Sebenarnya,
cEro minggu lepas (Past cEro) decided to be on a hiatus mode,
jadi apa yang kalian baca sekarang adalah hasil taipan Past cEro.
cEro masa kini (Present cEro) mungkin sedang seronok gosok perut tanda kemalasan.
Mari kita berharap agak cEro masa depan (Future cEro) tak malas lagi.
Amin.

**Gambar recycle entri Kamen Rider cEro**


1. LEJEN KOMIK

Bulan lepas (Jun), aku menyertai satu pertandingan pencarian bakat komik anjuran Lejen Komik yang diberi nama 'Pencarian Artis Komik dan Doodle Lejen Komik'.

Lejen Komik mencari 5 pelukis komik/doodle untuk projek travelog mereka.
Peserta diminta menghantar 3-5 sampel lukisan doodle dengan tema travelog.
Aku hantar hasil lukisan last minit (macam biasa). Hantar 3 je pula tu.

Keputusan diumumkan pada 20 Julai 2016 lepas.
10 peserta disenarai pendek untuk saringan seterusnya.
Obviously aku tak termasuk ke dalam senarai 10 peserta tersebut.
Hasil last minit, apa yang boleh expect, right?

Tapi Lejen Komik bermurah lati (?) mengumumkan 40 peserta mengikut ranking pilihan.
Guess what?
Aku dapat no.19. Woooohooooo





Not bad dari hasil last minit, kan?
(3 kali aku mention last minit, saja tak nak mengaku kurangnya kompeten dalam bakat sendiri)

No.19 daripada 76 penyertaan is not that bad, kan?

Aku sebenarnya bangga dengan diri sendiri.
Masa nak hantar penyertaan tu aku fikir juga,
kalau aku tak terpilih adakah aku akan meroyan dan menyalahkan ketidakadilan gender dalam memilih karya (lol) ataupun mempertikaikan keputusan para juri yang berat sebelah (double lol),
tapi aku tetap hantar sebab aku rasa kalau aku tak mencuba,
aku takkan tahu kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun masa result keluar,
aku tengok hasil karya 10 terbaik itu,
memang bak langit dan bumi dengan hasil karya aku.
Semuanya memang hebat sampaikan aku rasa kerdil sebab hantar karya picisan je.

But yet aku realized that kalau aku berusaha lebih sikit,
mungkin kedudukan keputusan adalah berbeza.

Naluri psikopat aku berbisik,
aku cuma perlu scratch 9 nama dalam senarai itu untuk masuk dalam top 10,
and 'scratch' ada banyak definisi bergantung kepada siapa yang berfikir.
Namun sebab aku dah kurung si psikopat tu jauh-jauh,
maka aku terima keputusan itu dengan penuh redha.

Huhuhuhu



2. Sayangku Kapten Mukhriz (????)


Jadi aku benarkan kalian hentam aku seteruk mana yang kalian suka,
tapi aku nak mengaku di sini bahawa aku layan drama petang slot Akasia TV3 yang sedang ditayangkan sekarang.
'Sayangku Kapten Mukhriz' rasanya tajuk dia walaupun aku tak pasti betul ke tidak (malas nak google)

Jujurnya,
jalan cerita drama tu lain sikit dari drama-drama petang sebelum ni.
Tak ada lelaki hensem kaya anak datuk perempuan kudus suci kena paksa kahwin bla bla bla...

Tujuan aku kupas bukanlah sebab nak promote drama itu.
Aku nak sentuh satu perkara sahaja;

Basically, drama ni cerita tentang seorang perempuan yang sukakan seorang ustaz yang juga kapten tentera laut di Lumut. Dia yakin dia mahu jadikan ustaz ini sebagai suaminya dan berusaha keras ke arah itu. Banyak scene yang nampak seolah-olah perempuan tu terhegeh-hegeh sangat dengan ustaz tu sampai kelihatan tak malu dan desperate, tapi pada hemah aku, tindakan dia masih berbatas.

Apa yang aku nak sentuh ialah satu point, USAHA.

Jika kau tekad mahukan sesuatu
(dalam kes drama ini dia mahu bersuamikan Ustaz Mukhriz)
kau kenalah berusaha di samping berdoa dan bertawakal.
Tidak kisahlah kau lelaki atau perempuan, apa yang penting USAHA.
Tak ada istilah yang kena usaha hanya lelaki, perempuan kena jaga kelas.
Kalau kena pada tempatnya, nampak usahanya, elok gayanya,
aku yakin bukan sahaja jodoh, malah apa sekalipun mampu kita dapat.

I'm not giving any hint to anyone.
I'm also not talking about any particular homo sapiens.
Tapi pada aku, jangan kata kita sudah berusaha bila apa yang kita buat itu tak nampak pun hujung pangkalnya.

Aku sebagai lelaki sangat suka perempuan yang berusaha.
Bukan berkenaan jodoh sahaja,
nampak perempuan yang jelas usahanya mengejar sesuatu membuatkan daya penarik terhadapnya makin meningkat.
Tapi aku cakap bagi diri aku sahaja.
Aku juga percaya ada lelaki lain juga sebegitu.

Macam mana perempuan tak mahu nampak desperate,
lelaki juga sebegitu.
Tapi kalau nak dituruti ego melangit, maka apa pun tak jalan, kan?
Jadi, kalau sesiapa yang baca ini ada berkenankan seseorang (atau sesuatu),
just go for it.
Usaha dulu sampai lembik then kalau rasa macam adoi tak menjadi ni,
it's okay to give up and move on.

Masa aku taip entri ni, drama petang tu tak habis lagi.
Tapi ending drama petang tu mestilah dah boleh jangka.
Mestilah si Ariana dapat bersuamikan Ustaz Mukhriz.

Macam ending indah drama swasta yang lain,
apa kata kita endingkan drama kita dengan yang indah juga.

Chia chia chia!
**kena baling selipar**









Itu sahaja bebelan minggu ini.
Let just hoping that hayat cEro masih panjang dan Future cEro akan post entri baru minggu depan.
Amin.





.

4 Cerita 1 Hari.

$
0
0

Salam.

Aku Past cEro.
Jika kalian terbaca entri ini,
malangnya, Present cEro masih lagi berada di dalam hiatus a.k.a kemalasan untuk melukis.

Present cEro ni tamak orangnya.
Dia nak kekal record up entri setiap rabu,
tapi dalam masa sama dia pemalas hanya nak gosok perut atas katil empuk.
Maka yang jadi mangsa adalah aku, Past cEro, yang terpaksa perah otak memikirkan entri yang patut di-schedule-kan untuk setiap hari rabu. Heh!

Mari pendekkan bebelan dan terus ke isi utama.

Minggu ini aku mahu kongsikan 4 cerita pendek yang berlaku ke atas diri aku dalam masa satu hari.



Cerita 1


Beberapa hari lalu aku berniat mahu memohon sesuatu.
Apa sesuatu itu, biarlah rahsia dulu. Kalau jadi, aku bagitahu dekat sini.

Aku buka website tempat memohon itu untuk keterangan lanjut.
Dalam fikiran aku, mungkin kena isi borang online tertentu,
atau upload beberapa dokumen butiran peribadi diri,
atau hantar butiran melalui emel.
Maksud aku, dalam kepala aku semua prosedurnya adalah online,
maka bersiul-siullah aku sambil membaca keterangan itu.
Manakan tidak, benda online ni kan cepat, mudah dan berkesan.

Tup tup dia minta hantarkan surat permohonan ke alamat tertentu.
Empat kali aku gosok mata, tak percaya dengan apa yang diberitahu.
Betul ke di zaman dunia di hujung jari, masih ada organisasi besar yang masih gunakan metod klasik pos siput untuk urusan?

Sudah lama aku tinggalkan subjek Bahasa Malaysia.
Jadi apabila aku terpaksa menulis atu surat kiriman rasmi,
maka terkontang-kantinglah diri ini menggoogle format surat kiriman rasmi.

Siap surat selepas berpenat lelah mengarang ayat bodek,
maka sudah tiba masa untuk print.

Printer aku tidak berfungsi. Jari tengah aku hulurkan.

Terpaksa menapak keluar mencari kedai yang ada perkhidmatan print.
Terjumpa satu kedai. Sehelai 30 sen katanya.
Aku perlu print 5 helai, maka RM1.50 terbang di situ.
Aku juga perlukan sampul surat, maka tambah lagi 60sen.
Setem pula, sebab surat saiz A4 tidak dilipat,
maka aku tampal setem RM1 walaupun aku tak pasti sebenarnya berapa kos setem untuk surat sedemikian.

Dekat situ sahaja sudah hilang RM3.10,
itupun belum tentu lagi surat itu selamat sampai ke destinasi.
Padahal kalau dia buat permohonan itu secara online, percuma je, confirm sampai pula tu.




Cerita 2


Surat yang sudah diprint, diisi ke dalam sampul, ditutup dan disetem sudahpun berada di tangan.

Hari ini hari Jumaat.
Aku terfikir kalau aku ke pejabat pos awal pagi,
surat akan sempat dikutip dan kemungkinan untuk surat berkenaan sampai ke destinasi pada hari yang sama pun tinggi memandangkan surat tersebut masih beralamat di dalam Wilayah Persekutuan yang sama.

Tapi pemikiran aku itu naif.

Aku sampai di pejabat pos pada pukul 10:05 pagi.
Tong merah tercatat bahawa surat di tong tersebut dikutip setiap hari bekerja jam 10 pagi.

Maka termencarutlah mulut ini di hadapan pejabat pos.

Kutipan surat untuk hari itu sudah terlepas (5 minit lalu).
Disebabkan esoknya Sabtu, bercuti, maka kutipan seterusnya adalah pada hari Isnin.

Jadi untuk apa aku semangat menaip surat, print, sampulkan, setemkan, dan bergegas ke pejabat pos kalau kutipannya adalah pada 3 hari kemudian?

Kalau aku lepak-lepak tulis surat dengan ayat mantap fantastik bombastik pada hari Sabtu, dan sampul dan setemkan pada hari Ahad, aku masih mampu mengejar masa kutipan yang sama.

Pengajarannya,
jangan hantar surat pada hari Jumaat. Rugi.




Cerita 3


Petang Jumaat itu aku ke sebuah pasaraya jenama terkemuka *batuk* *batuk* *Tesco Rawang* *batuk* bertujuan untuk membeli rak buku supaya boleh digunakan untuk mengisi komik-komik yang bergelimpangan di lantai bilik.

Alkisah aku dihampiri oleh seorang gadis manis semasa mahu adjust motosikal di ruangan parkir.

Ya, muka di manis. Ayu. Aku rasa ini jenis yang Ankel Jonni suka.
Tapi dia menghampiri sambil membawa beberapa dokumen di tangan,
jadi rasanya dia menghampiri aku bukanlah disebabkan aku sudah mencuri hati dia, tapi dia ada mahukan sesuatu daripada aku.

"Abang, ada 5 minit tak?" kata dia.

"Saya ada seluruh hayat masa untuk awak, tapi saya tahu awak cuma mahukan wang saya, kan?" cetus hati aku. Tak berani nak berchia-chia depan-depan. Huhu

"Saya lapar. Lain kali boleh?"
"Alaa, bang. 2 minit je pun takpe. 2 minit je."

Gadis tu sudah buat suara manja, aku macam kalah sikit.
Maka, aku jenguk jam di henset dan mula time masa 2 minit.

"Okay, 2 minit dari sekarang..."

Gadis itu gigih bercerita tentang skim insurans yang dijual. Skim yang sama macam iklan TV yang boleh apply guna telefon tu, alaa yang serendah RM10 tu, alaa yang satu keluarga pun boleh apply sama tu.

Gaya gadis itu bercerita sangat menarik.
Aku pun makin lama makin tertarik mahu join insurans tersebut.
Daripada suara dan gerak tubuh, aku teka dia ni orang Johor tapi aku tak ada poin kukuh untuk sokong tekaan aku.
Aku bajet selepas habis dua minit dia membebel, mungkin aku akan minta nombor telefon dia supaya aku boleh set masa lain kali untuk berborak lebih panjang mengenai masa depan kami bersama skim insurans yang dia jual itu.

Sekarang tak boleh, sebab aku lapar.
Arwah Cikgu Latifah ajar, "Jangan buat keputusan besar ketika lapar".

Tapi pada minit 1:45, gadis itu terbuat satu kesilapan.
Dia kata,
"Insurans ini sesuai untuk mereka yang berpendapatan kecil dan penunggang motosikal"

Kalau kalian kenal aku melalui blog dan media sosial,
kalian akan tahu aku amat sensitif dalam bab samakan penunggang motosikal dengan taraf pendapatan.
Mungkin sebab aku hanya pakai T-shirt lusuh, berkasut kotor dan bermotosikal, dia sudah label aku berpendapatan rendah. Itu, pada aku, satu penghinaan.

Memang betul, aku pun bukannya kaya mana.
Tapi poin aku di sini bukanlah betul atau tidak faktanya,
tapi perangai suka pukul rata semua orang sama. Itu aku tak suka.
So...

"Okay, 2 minit sudah tamat. Apa kata awak bagi pamplet yang awak pegang tu supaya saya dapat fikirkannya semasa saya sedang menjamu selera di dalam."

Gadis itupun dengan muka kecewa hulurkan aku pamplet berkenaan dan aku pun berlalu meninggalkan calon jodoh yang sudah aku tolak hanya kerana tersalah cakap.




Cerita 4


Selepas menjamu selera sambil menjadikan pamplet skim insurans sebagai lapik cawan basah, aku keluar dari medan selera dan masuk ke dalam pasaraya untuk meninjau rak buku pilihan hati.

JUMPA.
Satu rak buku 5 tingkat dengan harga yang berpatutan.
Aku ni jenis yang kalau dah jumpa, malas nak tinjau tempat lain dah walaupun aku tahu kalau pergi kedai perabot luar sana mesti ada yang lagi murah.

Rak itu jenis adjustable paranya,
maka kalau akan datang aku mahu jadikannya 6 tingkat,
apa yang perlu aku buat ialah beli papan yang sama saiz dan pasang.

Aku ni pun boleh tahan bodoh orangnya.
Aku terus panggil pekerjanya dan proceed ke kaunter untuk bayar.
Nanti aku akan suruh mereka hantar delivery ke rumah aku memandangkan aku hanya datang dengan motosikal.

"Maaf ya, Bang. Di sini tiada delivery."

Tersenyum senget aku mengenangkan kebodohan diri.

Kotak rak buku itu setinggi 1.8 cm dan berkeberatan 31.0 kg.
Ligat kepala otak aku cari solusi macam mana aku nak angkut kotak sebesar ni guna motosikal sampai ke rumah.

Patutlah berlambak barangan dekat pasaraya ni.
Rupanya sebab tiada home delivery.
Rak buku macam ni boleh lagi kalau nak sumbat ke dalam kereta (kalau ada).
Kalau yang datang nak beli peti sejuk, nak bawa balik macam mana?

Siapa operational manager dekat sini? Panggil kejap aku nak sekolahkan.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Begitulah 4 cerita yang berlaku dalam satu hari cuti aku.
Terima kasih kerana baca sampai habis.
Saja aku tak letak apa-apa image sebab nak uji siapa yang sanggup baca bebelan aku sampai habis walaupun tanpa apa-apa gambar. Huhuhu
Siapa baca sampai habis, beritahu di ruangan komen.


Ok,
apa kata kalian pergi desak Present cEro suruh dia rajin sikit melukis untuk blog ini.
Pergi herdik atau maki dia di media sosial atas id @cerolian
Gamaknya lepas kena maki sebab malas, dia akan berubah tak?
Huhuhu





.

L untuk...

$
0
0



Salam.

Present cEro's here.
Life's suck!

'Hidup ibarat roda.'
Aku selalu tak puas hati bila orang guna ungkapan di atas.
Kalau hidup ibarat roda, dan roda adalah bulat,
maka kita akan tahu selepas atas, pasti akan ke bawah.
Selepas bawah, pasti akan ke bawah.

Namun kehidupan bukan macam tu,
ada kala, bila kita ke bawah, kita akan ke bawah lagi,
ke bawah lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi.
Roda mana yang ke bawah dan ke bawah dan ke bawah dan ke bawah?
Roda yang tidak bergerak, maka yang bawah akan tetap di bawah.

Mat salleh keluarkan ungkapan 'life is like a roller coaster'.
Sedikit tepat berbanding roda,
tapi kebanyakan roller coaster hanya berdurasi beberapa saat.
Sangat jarang adanya roller coaster yang berdurasi makan minit.
Dalam beberapa saat itulah adanya naik ke atas turun terjunam naik ke atas balik terjunam balik.
Tidak kira berapa teruk dan ngeri sekalipun roller coaster tersebut,
ia hanya berdurasi beberapa saat.

Namun kehidupan bukan macam tu,
kehidupan bukan berdurasi beberapa saat.
Ngeri-ngeri kehidupan, kita tak tahu bila akan berakhir.
Jatuh terjunam kehidupan, kita tak tahu sakit mana jatuhnya.
Pecut daki jauh mana sekalipun, akhirnya graviti juga yang mainkan peranan.



Jujur kata, aku dah penat struggle dalam kehidupan.
Aku sekarang bagai sedang berada di dalam LIMBO,
jauh jatuh ke dimensi bawahan dan buntu mencari jalan keluar.



Dulu, Past cEro, adalah seorang yang mempunyai harapan tinggi.
Dia selalu katakan dirinya berpotensi besar dan telah ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang bakal mengubah dunia.

Namun sekarang,
sebagai Present cEro, aku rasa aku sangat useless, tak berguna.
Sejenis manusia yang tiada masa depan dan tidak layak untuk apa-apa.
Potensi? Ptuuihhh!! Itu kata-kata milik angan-angan.
Mengubah dunia? Itu semua delusi. DELUSI!
Berapa kuat aku berusaha, aku tetap di takuk yang lama.
Berapa kuat aku meronta, belitan makin ketat menyeksa.

Usia makin bertambah, masa makin suntuk.
Sampai ke tahap ini aku merasakan apalah yang akan terjadi kepada Future cEro?
Akan wujudkah Future cEro?


Jujur kata, aku dah penat.





This is a cry for help.



.

Kisah Lamborghini di Lebuhraya.

$
0
0





Salam.


Hidup sentiasa ada jatuh bangun.

Lebuhraya Persekutuan a.k.a Federal Highway.
Bagi yang tidak tahu di mana, ringkas aku beritahu bahawa lebuhraya ini sentiasa ada penggunanya. Segala jenis kenderaan sentiasa berpusu-pusu menggunakannya kerana lebuhraya ini menghubungkan tiga bandar besar di Lembah Klang iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan sudah tentu, Kuala Lumpur.

Aku pengguna tegar Federal Hughway.
Walaupun laluan motosikal disediakan, tetapi jalannya tidak pernah sempurna.
Sempit dan menyusahkan.
Berlubang di sini, tidak rata di sana.
Berpasir di sini, bertakung air di sana.
Tidak pernah tidak ada makian dan carutan di laluan sikal ini.

Tapi aku tetap menggunakannya.

Suatu petang,
aku menelusuri laluan sikal bersama 'kuda putih' aku.
Waktu puncak menunjukkan umat manusia sedang pulang dari tugas 9-5 mereka.
Maka bersesaklah di atas jalanraya dengan kenderaan yang majoritinya beroda empat.

Kami di laluan sikal pun apa kurangnya.
Ada yang 'samseng', kerjanya nak memecut sahaja.
Langsung tidak diendahkan pengguna lain.
Macam dia sahaja yang nak pulang ke rumah cepat.

Aku tidak suka memecut di laluan sikal.
Aku lebih suka kekal pada satu kelajuan yang stabil.
Menikmati permandangan keliling, gelagat manusia rimba konkrit.
Hanya dalam satu jam perjalanan, pelbagai senario dapat aku lihat.

Untuk makluman,
dari laluan sikal juga dapat melihat jalanraya utama (walaupun tidak setiap masa).

Jalanraya yang sesak, kereta perlahan merangkak.
Berderu dari jauh di depan bunyi kereta berkuasa besar.
Bila aku kecilkan iris,
apa yang aku nampak adalah sebuah kereta jenama Lamborghini.

Aku cukup ilmu daripada hasil tontonan siri TV Top Gear untuk mengetahui bahawa kereta itu bukan sahaja berkuasa besar, malah bukan calang-calang harganya.
Kalau tidak silap, itu model Aventador.
Juga kalau tidak silap, hanya sekelompok kecil sahaja pemilik kereta tersebut di negara tanah tumpah darah aku ini.
Ia bukan mampu dimiliki oleh orang biasa.

Tapi malangnya,
kereta berkuasa besar, berharga besar, dipandu oleh orang besar itu
bukan sahaja perlu beratur sekali merangkak dalam kesesakan
malah perlu juga bercampur dan berada sekelompok dengan kereta lain yang mungkin harganya hanya secebis sahaja daripada harga dirinya.

Aku tergelak kecil.

Potensi kereta itu cukup besar.
Di lapangan yang sesuai, kereta itu mampu memecut laju.
Memecut laju meninggalkan mana-mana kereta yang berada di kiri dan kanan.
Bunyi enjinnya serupa ngauman sang singa raja di hutan yang buas.
Buas mengetawakan mereka yang ditinggalkannya di belakang bersama kepulan asap hasil ledakan enjin berkuasa besar.

Namun, malangnya
raja di jalanraya kini terperangkap merangkak di Federal Highway.
Bersama-sama yang lain sedikit demi sedikit maju ke hadapan.
Potensi yang ada hanya sekadar kebanggaan sendiri, tiada siapa peduli.
Hanya menjadi tatapan orang sekeliling dengan kemegahan luarannya
dan menjadi bahan tawa insan seperti aku yang nampak ironi hidupnya.



Sama seperti kehidupan,
kita semua adalah sebuah kereta Lambo.
Di lapangan yang sesuai, kita mampu meledakkan potensi diri.

Namun,
tidak semua daripada kita berada di lapangan yang sesuai.
Ada di antara kita tersilap langkah memilih lapangan yang salah.
Lapangan di mana potensi kita tidak digunakan sepenuhnya.
Lapangan di mana kita terperangkap dengan keadaan sekeliling yang menyesakkan.
Lapangan di mana apa yang kita boleh buat hanyalah bertahan, maju dengan perlahan dan berdoa agar di hujung jalan terdapatnya lapangan lain yang lebih sesuai untuk diri kita.

Kepada semua Lambo yang sedang meronta di luar sana,
BERTABAHLAH.
Jika ada peluang, carilah lapangan yang sesuai dengan diri anda.

Kita semua adalah sebuah Lambo.








.

Kelengkeng Menerobos.

$
0
0






Salam.

Kalau kalian datang sini mengharapkan komik atau lukisan, ataupun hasil tulisan yang jiwang atau meruntun hati, maafkan aku. Aku masih di dalam mood malas tapi dalam masa sama tak mahu pecahkan rekod update setiap rabu.

Dan aku sedang berat menimbang untuk betul-betul hiatus sepenuhnya.
Mungkin hilang setahun and come back stronger.


Tapi,
untuk tidak menghampakan kalian yang gigih tunggu blog ini loading namun akhirnya kecewa akibat kemalasan cEro, aku tinggalkan entri ini dengan satu persoalan:



Bayangkan anda duduk satu rumah dengan si A.
Si A ini jenis yang sambil lewa, suka tinggalkan pintu rumah terbuka tidak berkunci, pagar tidak bermangga sedangkan dia hilang terperap di dalam bilik.
Berkali-kali nasihat suruh paling kurang tidak tinggalkan pintu tidak berkunci, tapi atas sebab-sebab tertentu, dia tak akan dengar nasihat anda.

Pada anda, jangan sampai satu masa rumah kena masuk pencuri atau perompak, barang hilang barulah nak diambil kira nasihat tersebut. Jika hal itu berlaku, maka semuanya sudahpun terlambat.

Tapi satu-satunya cara untuk ubah perangai si A ini adalah dengan biarkan hal itu berlaku, maksudnya selagi tidak berlaku rompakan dan kecurian, si A tidak akan berubah. Anda sangat mahukan si A berubah.

Maka,
anda pun rancang satu kejadian rompakan di rumah anda sendiri.

Bersama-sama beberapa kawan yang boleh dipercayai, anda rompak rumah anda sendiri di kala si A berada di rumah yang dibiar terbuka pintunya. Semuanya dalam kawalan, tidak kecederaan, barang yang 'dirompak' juga bukanlah berharga tinggi sangat.

Sejak dari peristiwa itu, si A berubah menjadi berjaga-jaga dengan keselamatan rumah.

Misi anda berjaya.




Sekarang, ini persoalannya:
Adakah perbuatan anda itu BETUL dari segi moral, agama dan undang-undang?





.

Kini, Semua Orang Mampu Menyumbang Kepada Negara.

$
0
0


Salam.

Jika kalian sedang membaca ini pada rabu 31 Ogos 2016,
SELAMAT HARI MERDEKA!
Pada masa ini aku mungkin sedang berdiri di kalangan ribuan rakyat Malaysia yang lain di Dataran Merdeka melihat perarakan Hari Kebangsaan.

Bagi yang belum tahu, tiap-tiap tahun aku sudah beritahu,
aktiviti ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos adalah aktiviti rutin tahunan keluarga,
atau lebih baik aku nyatakan ia adalah aktiviti rutin tahunan aku sendiri.

Penat, panas,
tapi berbaloi sebab boleh bersama-sama orang lain sambut merdeka.
Yaay!







"Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu,
tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara.
Apa sumbangan kamu terhadap Malaysia?"

Soalan di atas sudah lama dimomokkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Paling aku ingat semasa sekolah rendah dahulu, guru besar dengan semangatnya memberi ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Dia petik penyataan di atas dan tinggalkan semua dengan persoalan.

Ya.
Awal-awal dengar memanglah rasa meremang,
buatkan kita giat memikirkan apa yang boleh kita buat untuk menyumbang kepada negara.
Aku pernah berangan nak jadi angkasawan pertama sebagai sumbangan aku kepada negara,
but then Dr Sheikh Muszaphar happened...

Tapi makin dewasa,
soalan itu tidak lagi beri kesan kepada aku.
Walaupun aku tak rasa aku ada menyumbang,
tapi aku juga terasa tidak bersalah untuk tidak menyumbang.
Hahahaha.

Tapi sekarang lain.
Jika ada yang bertanya apa sumbangan aku kepada negara,
aku dengan bangga dan mendabik dada akan berkata,
"GST!"

Ya, GST.
Sekarang semua orang mampu menyumbang kepada negara tanpa dipersoalkan.
Semua orang bayar GST.
Even kanak-kanak nak beli gula-gula dekat kedai runcit pun dikenakan GST.
Mereka juga sudah menyumbang kepada negara dari usia muda lagi.

Para pemimpin juga tidak boleh persoalkan sumbangan GST itu,
sebab GST memang menyumbang kepada pembangunan negara secara langsung.

Kini,
para pemimpin dan guru-guru besar seluruh negara sudah tidak boleh lagi mempersoalkan sumbangan kita seluruh rakyat kepada Malaysia.
Tiada lagi retorik yang kononnya mahu menaikkan semangat patriot di kalangan rakyat.
Kami rakyat tidak perlu bersusah payah mengutip pingat emas di sukan berprestij tinggi.
Kami rakyat juga tidak perlu lagi berangan jadi angkasawan.
Kami rakyat tidak perlu lagi bertungkus lumus buat kajian untuk mengejar Anugerah Nobel.

Jika kami mahu diingatkan apa sumbangan kami kepada negara,
cukup sekadar baca resit pembelian barang kami sebentar tadi.

Terima kasih, PM Najib.
Kini aku sudah boleh jawab soalan guru besar aku itu tadi dengan jayanya.


Selamat Hari Merdeka ke-59.
Merdeka! Merdeka! MERDEKA!




.

Harapan untuk Kemanusiaan...

$
0
0




Salam.

Ini adalah kisah yang dilalui satu hari aku.
Aku minta kalian cuba bayangkan diri kalian berada di tempat aku ini.
Aku mahu semua rasa apa yang aku rasa.
Cuba fahami, selami dan hayati apa yang aku nak sampaikan.

Anda sedang berada di dalam tren komuter, berhimpit, bersesak.
Sekarang petang, semua sedang sibuk pulang ke rumah.
Untungnya, anda dapat berdiri di pintu.
Maka dengan muka sayu anda meratap ke pemandangan luar pintu.
Anda penat dengan kehidupan.
Anda terkenang segala yang berlaku dari pagi tadi.

Bayangkan anda bangun pagi tadi untuk pergi kerja.
Mandi, solat, bersiap, sarapan.
Capai topi kaledar dan hidupkan motosikal.
Selangkah anda keluar pagar, terdapat sekelompok sampah di hadapan rumah.
Isinya terburai dari plastik.
Bersepah lampin bayi yang sudah dipakai. Bernajis. Busuk.
Sudah pasti bukan anda punya sebab kali terakhir anda periksa, anda masih bujang, tiada bayi.
Namun sampahnya sudah bersepah di depan rumah anda.
Walaupun marah, dalam hati sudah pelbagai carutan keluar,
anda tetap sapu sampah-sampah tersebut ke tepi dengan niat memudahkan kerja lori sampah yang bakal menjalankan tugas memungut nanti.

Anda mulakan perjalanan ke tempat kerja.

Anda masuk jalanraya.
Jalanraya lingkaran yang terkenal dengan kepadatan penggunanya apatah lagi di waktu puncak.

Anda memecut di kiri jalan.
Namun di kiri jalan tersadai banyak lori yang entah kenapa berhenti.
Anda mengelak ke kanan jalan.
Namun anda dihon kereta laju yang memecut dari belakang.
Anda ke kiri jalan kembali.
Batu, sampah, tayar lori pecah, kulit durian, dan pelbagai jenis sampah
penuh di laluan anda.

Anda memasuki zon sesak.
Kereta dan lori bertayar lebih dari empat sudah tidak bergerak.
Anda yang bermotosikal nasib baik masih boleh mengelit di kiri jalan.
Ruang sekangkang di kiri jalan anda selusuri.

Tiba-tiba sebuah kereta dari kanan jalan menghimpit ke kiri.
Anda yang berada di kiri hilang keseimbangan dan jatuh.
Motosikal bergeser dengan jalan, anda berguling ke kiri.
Kereta tadi berhenti. Pemandunya keluar melihat apa yang jadi.

Keretanya kemik. Sedikit.
Seperti mana anda kemikan tin minuman dengan jari kelengkeng.
Namun marahnya seperti Myvinya itu remuk tiada rupa.
Dimakinya anda yang sedang mengangkat motosikal tadi.
Segala jenis caci semuanya keluar.
Anda dilabel mat rempit yang menyusahkan pengguna lain.

Setelah puas memaki, pemandu itu teruskan perjalanannya.
Mungkin gerun melihat anda menggenggam topi kaledar di tangan.
Dengan seluar koyak, badan berpeluh, anda meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Di tempat kerja anda lewat.
Pihak atasan tidak menerima sebarang alasan lewat hatta nyawa anda melayang sekalipun.
Apa yang mereka mahu ialah disiplin dan waktu kerja yang tepat.
Seluar koyak lutut berdarah anda bukannya bukti kukuh.
Anda diberi amaran.

Meja kerja penuh dengan lambakan kerja.
Ya, kerja anda. Tapi hanya 10%.
Lagi 90% adalah lambakan kerja orang lain yang entah kenapa da atas arahan siapa, anda yang perlu siapkan.
Berkali-kali anda cadangkan supaya ambil staf baru untuk mengisi kekosongan jawatan kritikal dan lambakan kerja, tapi pihak atasan anda lebih risaukan kenapa sport rim idaman untuk keretanya masih tidak masuk stok di kedai kereta.

Redha menyelesaikan kerja, jam sudah menunjukkan hampir tamat waktu pejabat.

Anda bersiap untuk pulang.
Motosikal anda tadi dihantar ke bengkel,
maka anda perlu balik dengan kenderaan awam.
Pilihan anda, KTM Komuter.
Namun waktu puncak baru sahaja masuk.
Jika anda berlengah, maka berhimpitlah anda dengan warga asing bau bawang.

Pihak atasan melihat anda berkemas.
Dimarahinya anda. Katanya, datang lambat tapi balik nak awal.
Padahal baru sekali itu anda terlewat,
itupun bukan sebab melepak kantin macam dia buat.
Katanya macam mana bangsa nak maju kalau tidak mahu berkorban masa untuk bekerja lebih.
Menurut perintah, anda duduk bertenang dahulu di meja anda.
Namun bila waktu pejabat tamat, si dia yang 'berkorban' tadi sudah lama hilang dari biliknya.

Anda bergerak ke stesen Komuter.
Anda lihat banyak umat manusia beratur membeli tiket di kaunter.
Mesin tiket ada dua, tapi tiada satu pun yang berfungsi.
Kaunter tiket ada tiga, tapi hanya satu sahaja dibuka.
Kakitangan di kaunter ada tiga, hanya seorang buat kerja.
Itupun sambil tangan berurusan dengan pengguna, sambil mulut berborak dengan dua kakitangan lain.
Yang beratur terus berdengus merungut kelambatan.

Anda paling tidak suka beratur.
Namun tiada pilihan, anda beratur juga.
Panjang barisannya. Semua mahu segera.
Tapi ada juga beberapa bangsat tiada batang kemaluan terus ke depan memotong barisan.
Yang potong satu hal, yang benarkan diri dipotong itu, buat apa?

Berkat kesabaran, anda sudah bertiket.
Masuk platform, terbeliak mata anda melihat berapa yang menunggu.
Mana tren? Tak sampai lagikah dari tadi?
Kata orang sebelah anda, tren yang dijadualkan 15 minit tadi belum sampai.
Juga tren yang dijadualkan 30 minit tadi.

Tak pernah berubah dari zaman dulu hingga sekarang ini.
Perkhidmatan yang sentiasa lambat tapi mahu harga tiket terkini.
Bila rakyat merungut, pandai bagi alasan tapi tiada tindakan susulan.
Yang lambat tetap lambat seperti ia sudah jadi satu adat.

Terus menunggu, tren yang dinanti sudahpun tiba.
Pintu tren terbuka, yang luar berpusu menolak masuk.
Yang dari dalam mahu keluar terperangkap sesak.
Mana adab? Kenapa biadab?
Biarlah yang keluar dulu bergerak, barulah masuk.
Masyarakat tak pernah terasa nak berubah.
Semua rasa diri paling penting sebagai individu.
Tiada yang lagi penting dari diri sendiri.

Anda berjaya masuk.
Anda berada di dalam tren komuter, berhimpit, bersesak.
Untungnya, anda dapat berdiri di pintu.
Maka dengan muka sayu anda meratap ke pemandangan luar pintu.
Anda penat dengan kehidupan.
Anda terkenang segala yang berlaku dari pagi tadi.

Hati anda terdetik, anda bencikan manusia.
Bila berkata manusia, ia termasuk juga diri anda.
Tiada satu pun perkara yang mampu membuatkan anda bangga sebagai manusia.
Manusia pentingkan diri sendiri.
Manusia tidak bertimbang rasa.
Manusia hanya mahu fikirkan hal sebagai individu, bukannya sebagai komuniti.

Melihat semua ini, merasa sendiri semua ini,
anda sudah hilang harapan dengan manusia.
Dengan kemanusiaan.

Apa fungsi kita hidup bermasyarakat kalau akhirnya individu lebih diutamakan?
Untuk apa anda bekerja jika sepanjang hari hanyalah cacian dan makian yang anda terima?
Berbaloikah berkeras kerja hanya untuk kepingan kertas bernama ringgit sedangkan tidak apa untuk dicerca, dihina, dimaki, melihat kebongkakan orang, melihat hilangnya nilai tanggungjawab, melihat tiadanya hormat menghormati, tiada adab dan hanya biadab di depan mata?

Anda bencikan manusia sebegini.
Namun anda juga sebahagian dari manusia ini,
jadi anda juga bencikan diri sendiri.

Faith in humanity, destroyed!








Pengumuman di tren menyatakan sudah sampai ke stesen destinasi anda.
Pintu terbuka, anda turun ke platform bersama puluhan orang lain.
Di hujung platform anda melihat seorang anggota polis bantuan yang mengawal laluan.
Anda ternampak seorang budak dalam usia 6-7 tahun menghampiri anggota tersebut.
Budak tersebut menghulurkan tangannya, meminta salam dari anggota itu.
Anggota itu dengan muka terkejut menyambut salamnya.
Budak itu mencium tangan pegawai itu sambil berkata,

"TERIMA KASIH!"

Jelas, wajah anggota polis itu terkejut. Lalu bertukar terharu.
Anda yang melihat peristiwa itu juga turut terharu.
Dalam era semua orang pentingkan diri sendiri, sekarang, di depan mata anda berlaku satu peristiwa yang bertentangan dengan fahaman anda itu.

Seseorang mengucapkan penghargaan terima kasih kepada orang lain yang langsung tidak dikenalinya atas tugas yang dilakukan orang itu.
Dan seseorang itu adalah seorang budak kecil.


Sekaligus hari anda bertukar.
Inilah alasan kenapa anda dan orang lain perlu terus maju ke hadapan.
Inilah sebab kenapa anda perlu bersusah payah mencari duit ringgit walaupun sedang berada di dalam era manusia yang pentingkan diri sendiri.
Semua perkara buruk yang sudah berlaku sudah tidak bermakna lagi
kerana apa yang perlu kita fokuskan adalah masa depan.

Kalau masa depan dipegang oleh budak yang berterima kasih itu,
maka ia adalah masa depan yang ingin aku lindungi.
Apa yang perlu kita buat adalah sediakan tempat untuk masa depan itu bercambah dengan suburnya.
Masih ada harapan untuk masa depan masyarakat kita.


Faith in future humanity, restored!



















Tiba-tiba poket anda bergegar.
Telefon anda menerima mesej Whatsapp dari grup kawan.
Di grup itu, ada yang berkongsikan video budak sekolah bergaduh bertumbuk dalam kelas sambil diperhatikan kawan-kawan lain di sekeliling.

Suddenly, faith in future humanity diminished, again.
We are still living in a f**ked up society.





.
Viewing all 334 articles
Browse latest View live