Quantcast
Channel: cErolian
Viewing all 334 articles
Browse latest View live

Kamen Rider cEro.

$
0
0


Salam.
Pernah tak kalian buat sesuatu yang memalukan semasa kecil
dan sangat memalukan sehinggakan walaupun selepas hampir 20 tahun
kenangan itu masih lagi terasa sangat memalukan?







Angkat tangan siapa perasan yang lukisan cEro makin malas!
**angkat tangan**

Angkat tangan siapa yang tak peduli!
**cEro angkat tangan**


Memory is a weird thing.
Kita akan lebih ingat perkara yang sangat kita tak mahu ingat
daripada perkara yang kita rasa kita perlu ingat.
Mungkin ini alasan kenapa aku cukup payah nak ingat fakta dalam buku sejarah semasa di sekolah menengah tempoh hari.


Jadi,
kena gelak dengan Abah sendiri sebab guna 'topeng khas' dia sambil berangan nak jadi Kamen Rider (a.k.a Masked Rider, atau lebih klasik Suria Perkasa Hitam atau Kesatria Baja Hitam, bergantung kepada mana satu timeline zaman kanak-kanak kalian berada) sememangnya satu memori yang tak mudah hilang dari dalam otak walaupun selepas kita menjalani lobotomy sekalipun.

Okey, mungkin tak perlu jauh sampai ke lobotomy.

But weirdly (again),
memori yang pada awalnya kita rasa memalukan
selepas melalui tempoh masa tertentu
boleh bertukar menjadi satu memori yang mampu membuatkan kita tersenyum.

Sebagai contoh,
kenangan sakit perut tercirit-birit sampai lesu
mungkin satu pengalaman yang pahit dan menyakitkan
tapi bila sampai satu masa, kita kenang kembali
ianya boleh mengundang senyum di bibir, kan?

Macam senior aku bernama Niswan pernah cakap,
"Kenangan buruk ni, satu hari nanti, boleh bertukar jadi kenangan yang mampu membuatkan kita bergelak ketawa bersama kawan."

Tapi pakai topeng untuk jadi Kamen Rider rasanya
bukanlah satu kenangan buruk pun, kan?
Ianya satu cerita yang seronok untuk diceritakan kepada cucu-cucu satu hari nanti, kan?

Kalian pun.
Kenangan pahit seperti putus cinta atau kena tinggal dengan pasangan
mungkin bukannya satu kenangan yang enak dan seronok untuk diingat.
Menangis siang malam mata lebam skip breakfast lunch dinner supper.
Tapi percayalah one day, bila kita sudah bertemu bahagia
kenangan itu akan membuatkan kita terfikir
"Kenapalah aku bodoh sangat skip makan waktu tu..." sambil tersenyum.

So don't give up.
Don't ever give up!

Jadi,
kalian ada kenangan buruk yang bertukar menjadi kenangan indah?

Dan apa Kamen Rider kegemaran kalian?
Aku suka Kamen Rider Kabuto.
"おれが そばに いる"
Jyeeeeaaahhh!





.

"Ikut kau. Aku tak kisah..."

$
0
0


Salam,
pernah tak kalian ada perasaan nak tumbuk seseorang di muka?
Pernah? Tak pernah?
Baiknya dia tak pernaaaahhhh....







Kita semua ada jenis kawan yang macam ni.
Indecisive. Berhaluan kiri.
Suruh kita buat keputusan
tapi bila kita buat keputusan, dia tak mahu ikut.

Jenis macam ni yang selalunya buatkan aku nak tumbuk muka dia
tapi ada tiga benda yang menghalang aku dari teruskan niat itu:
1) agama, 2) undang-undang dan 3) sosiobudaya.

Macam yang aku kata dalam entri Semua Ada!,
kalau aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Sebab aku ni tak ramai kawan
takkan laa pula aku nak kasi penumbuk ke muka kawan-kawan yang tinggal ni...
Kesian aku nanti buat majlis kahwin tak ada orang nak datang.


Dalam bab memilih tempat makan contohnya,
aku mudah.
Aku tak boleh makan ketam sebab alergik
dan tak suka makan udang sebab tak sedap.
So asalkan tempat makan tu ada pilihan lain dari dua makanan tu,
aku OK asalkan masih di dalam kemampuan bajet.

Tapi ada orang yang jenis banyak kerenah.
Tengahari mesti makan nasi putih.
Malam tak mahu makan mamak.
Petang tak nak makan dekat kedai XX sebab nanti ada lori sampah lalu so selera pun akan hilang.
Kedai YY pula tak boleh sebab banyak kucing nanti bulu kucing berterbangan masuk dalam makanan.

Jenis yang macam ni,
kalau senaraikan 100 kedai pun, dia dapat cari 1000 keburukan.

Sebab tu aku lagi suka orang tu yang tetapkan tempat makan.
Asalkan masih berada di dalam kemampuan dompet akulah tapi.
Hehehe.


Kalian pula?
Ada kawan yang macam ni; memilih tempat makan?
Ataupun korang sendiri yang memilih tempat makan?
Apa yang kalian tak boleh makan?
dan apa yang kalian tak suka makan?

Siapa setuju dengan aku bahawa udang tak sedap?
**cEro dibaling kerusi**





.

Gem The Gem.

$
0
0

Salam.




25 Oktober 2015, kucing aku mati.

Namanya Gem.
Seekor kucing betina domestik biasa tapi berbulu agak lebat dan kembang.
Nama Gem datang dari perkataan 'Gemuk' kerana masa dia kecil,
dia gemuk berbanding adik-beradik sebayanya.

Tapi semakin besar, badan dia semakin kurus.
Muka dia pun kelihatan bosan dan tidak bermotivasi.
Jadi dari 'gemuk', kami tukar nama jadi Gem yang juga boleh datang dari perkataan 'Gembira', dengan harapan supaya kehidupan dia lebih ceria.

Tiap kali panggil makan, Gem yang pertama akan datang.
Tak padan dengan kurus, tapi dia makan banyak.
Sebab makan banyak, dia juga berak banyak.
Memang fakta kucing betina domestik hanya suka duduk dalam rumah
jadi tempat berak kegemaran dia adalah bilik air rumah.

Nasib baik pandai berak dalam tandas.
Kalau berak atas kusyen, kan susah...

Gem ada sedikit kesukaran dalam hidup dia.
Dia seperti tak pandai kawal pundi kencing.
Tempat yang dia selalu lepak selalunya akan dibasahi air kencing yang keluar tanpa dikawal.
Walaupun bukanlah cabaran besar bagi kami manusia,
tapi siapa suka bila karpet yang dibentang menjadi basah dengan kencing.

Ini menjadikan Gem sebagai kucing yang paling kurang kami minati.
Tapi sebab sudah jadi sebahagian dari keluarga,
tak pernah terniat kami mahu hantar ke mana-mana.
Kami jaga sedaya kami walaupun ada ketika kesabaran tercabar dan tercalar.

Tiada keraguan adik-beradik Gem yang lain dapat layanan lebih mesra dari dia.




Pada pagi 25 Oktober lepas, pintu rumah aku diketuk jiran.
Kata jiran, ada kucing berdarah di bawah kereta dia.
Jiran aku itu juga membela kucing yang hampir sama warna
tapi dia takut nak melihat lebih teliti kucing itu kucing siapa.

Kami tak pernah duga itu Gem kerana Gem selalunya hanya berada di rumah.
Dia jarang keluar.
Untuk dilanggar di luar, kami lebih risaukan kucing jantan kami yang lain.
Tapi bukan Gem.

Selepas memberanikan diri,
kami lihat di bawah kereta yang disebutkan tadi.
Tidak salah, itu memang Gem.
Gem yang kuat makan dan tak dapat kawal kencing.
Gem kami.

Terlintas memori semalamnya,
aku memarahi Gem sebab dia kencing atas alat penimbang berat.
Aku hambat dia dengan penyapu,
walaupun tak kena (yang disengajakan) tapi jelas wajah Gem ketakutan.

Aku mengaku,
waktu itu aku dibayangi nafsu amarah.
Selepas beberapa ketika aku rasa kesal dengan kelakuan aku itu
namun ego aku menyatakan bahawa aku tidak berbuat apa salah
jadi ianya perkara kecil yang harus aku lupakan.

Namun setelah melihat Gem dalam keadaan rahangnya lari, berdarah
membuatkan hati aku tersentap kuat.
Jelas ianya luka dilanggar.
Mungkin sipi kereta. Mungkin juga motosikal.

Yang pasti Gem sudah pergi.
Menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kaku keras di hadapan mata aku.

Gem ditanam.
Adik-beradik Gem yang lain juga berada di sekitar tempat kami menanam Gem
mungkin juga memberi penghormatan mereka yang terakhir.




Sesalan menerjah masuk ke dalam hati aku.
Bayangkan interaksi terakhir aku dengan Gem adalah menghambat dia dengan penyapu.
Ekspresi mukanya pada aku yang terakhir adalah wajah ketakutannya.

Kini Gem sudah tiada.
Tiada lagi untuk berak di bilik air.
Tiada lagi kencing di atas karpet.
Tiada peluang lagi aku nak minta maaf atas kekasaran aku menghambatnya dengan penyapu.

Jantung aku berdegup kencang.
Hati aku tak tenteram.
Aku lari masuk bilik dan duduk di sudut menekup muka.
Air mata tidak berlinang, tapi aku yakin ianya bergenang.

Lagi menyakitkan hati aku ialah
jauh sudut hati, aku rasa lega Gem sudah tiada.
Tiada lagi aroma busuk yang menusuk hidung bila dia berak di bilik air.
Tiada lagi kesusahan membasuk karpet akibat kencing Gem.
Tidak perlu lagi jerit lolong memarahi perangai pelik Gem.

Jahatnya aku. Aku berasa lega dengan kematian Gem?
Waktu tu aku tidak peduli,
egokah, jantankah, aku tidak peduli...
Aku menangis sunyi di dalam bilik. Sendiri.

Menangis sebahagiannya kerana sudah tiada lagi Gem dalam hidup aku.
Tapi selebihnya kerana keburukan aku yang berasa lega kerana Gem tiada.

Aku rasa aku amat jahat.
Aku rasa aku tak layak membela haiwan.
Aku perasan diri aku sebagai pencinta haiwan hanya kerana aku bela tiga empat ekor kucing.
Tapi adakah mereka benar-benar selesa dengan aku?
Adakah mereka selamat dengan aku?
Mesra dengan aku?
Cintakan aku?

Jelas Gem perlukan perhatian lebih memandangkan dia mempunyai kesukaran.
Tapi apa yang aku buat adalah memarahinya.
Baikkah aku? Layakkah aku digelar manusia?



Kematian Gem sangat terkesan kepada aku.
Gem buat aku berasa mahu reevaluate,
menilai semula semua tindakan aku sebelum ini.
Perangai aku.
Perbuatan aku.
Impian aku. Cita-cita aku.
Masa depan aku.
Siapa aku sayang, siapa aku benci.
Siapa aku patut sayang, siapa patut aku tidak benci.
Semuanya...

Aku berkeputusan untuk hidup tanpa kebencian lagi.
Kalau ada yang patut dibenci, itu adalah diri aku sendiri.
Aku akan hapuskan semua senarai benci aku
dan cari permulaan baru.

Thanks to Gem,
aku tahu aku bukanlah sebaik yang aku sangkakan
dan langkah pertama untuk berubah ialah mahukan perubahan.

Gem,
you are my gem.
Thank you, Gem. Thank you.





.

Hazers Gonna Haze.

$
0
0

Salam.

Pada saat aku taip entri ini untuk di'schedule'kan
jerebu sudah semakin reda.
Berita kata hanya satu tempat sahaja yang IPU tidak sihat.
Batu Pahat katanya.

Harap jerebu akan terus menerus reda dan hilang
dan langit biru cerah indah dapat kembali diintai.








'Hazers' mengingatkan aku semasa zaman kolej dulu.
Aku sertai kelab teater.
Salah satu prop untuk teater ialah smoke/fog machine a.k.a hazer.

Semua orang anggap hazer fungsinya untuk beri asap
kekonon ala-ala efek kayangan ataupun alam mimpi atas awan gitu.
Tapi sebenarnya,
fungsi hazer adalah untuk memberikan bentuk kepada cahaya lampu.

Lampu bawah keadaan biasa tidak dapat dilihat
kecuali setelah lampu itu jatuh ke atas permukaan.
Tapi dengan adanya haze (asap) dari hazer,
kita akan nampak efek lampu itu umpama jalur cahaya.
Sangat berkesan untuk meningkatkan suasana dramatik dan penceritaan teater.

Konsep yang sama juga berlaku apabila cahaya panas matahari menyinar celah langsir dan kita nampak debu yang berterbangan bersinar-sinar.



Okay, apakah neraka cEro ni,
lukis pasal topeng jerebu tapi membebel pasal teater.
Selalu bebel lari dari tajuk.
Hahaha.

Tapi itulah.
Bila aku cerita dekat kawan aku yang aku pernah masuk kelab teater
dia bantai gelak berguling-guling keras perut.
Dia kata tak mungkin aku budak sains nerd cermin mata ada pusing-pusing
boleh join kelab teater kolej.



Anyway, back to cerita jerebu,
kucing jantan aku selsema berhingus dan sering bersin
semuanya disebabkan jerebu.
Bila dia berdiri sebelah aku,
aku dapat dengar nafas dia macam Darth Vader
cuma bezanya dia berwarna oren, Darth Vader basically warna hitam.

Agak-agak ada tak mask untuk kucing?
Mesti comel kalau ada.

Aku sendiri pun selalu gatal tekak disebabkan jerebu.
Kalau yang tunggang moto, pastikan kalian pakai jaket tutup tangan
dan kalau boleh pakai topeng muka dengan visored helmet.
Asap jerebu yang jatuh ke kulit buatkan kulit rasa panas, perit dan kering.
Risiko penunggang nak dapat lagi tinggi dari pemandu yang duduk dalam kereta beraircond.

Oh ya, kepada semua
banyakkan minum air juga. 12 gelas penuh setiap hari.
Basuh muka, tangan dan kaki bila balik dari luar.
Jangan lupa juga berkumur.

Yang mana pakai topeng muka yang pelik-pelik tu,
teruskanlah pakai selagi jerebu masih ada.
Biarkan saja apa orang nak kata. Pelik ke, lawak ke.

Haters gonna hate. Right?


Mungkin pesanan-pesanan di atas tak kena sebab jerebu dah reda.
Tak apalah.
Kalian baca sampai habis pun dah cukup bagus. Hahaha





.

Adieu, Kembang!

$
0
0

Salam.




28 Oktober 2015, kucing aku mati. Seekor lagi.

Namanya Kem. Dia ibu kepada Gem yang mati tiga hari sebelumnya.
Juga seekor kucing betina domestik baka biasa.
Nama Kem adalah singkatan bagi 'Kembang'
dan ya, nama itu datang dari bulu dia yang kembang macam bulu kucing mahal.

Tapi Kembang bukanlah satu-satunya namanya.
Mengikut tahap kemanjaan, kami sering tukar-tukar nama.
Dari Kembang jadi Kembong, Kembiang, Embang, Embong.
Once, out of nowhere, kami panggil dia Embang Maembong.

Kembang sudah tua.
Tak ingat berapa umurnya tapi dia lagi tua dari anak buah aku.
Anak buah aku sekarang umur 6 tahun
jadi kalian pandai-pandailah kira.

Walaupun tua, tapi dia sangat sihat dan 'sihat' (berisi)
Dialah ibu kepada lagi empat kucing kami (kini tinggal tiga).
Masa mudanya begitu ceria dan suka berlari-lari,
tapi apabila meningkat usia, beranak pinak,
kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.

Kembang sangat rapat dengan Gem.
Bukan setakat rapat, malah disebabkan bulu mereka sama warna
selalu orang anggap mereka adik-beradik, bukannya emak-anak.
Makan bersama. Tidur bersama.
Jelas Kembang sayangkan Gem sangat-sangat.



Segalanya berubah setelah Gem mati pada 25 Oktober.
Dia kelihatan termenung di bawah pokok pandan luar rumah kami.
Dia jarang berada di luar rumah.
Tapi sekali sekala berada di luar tidaklah merisaukan.

Namun,
apabila dipanggil untuk makan, dia tidak pulang.
Masih berada di bawah pokok pandan. Berbaring.
Kami terpaksa angkat dia bawa pulang ke rumah.

Setelah diangkat dan diletakkan di lantai,
kami sedar ada sedikit kelainan pada Kembang.

Dia tak mampu berjalan lurus.
Jalan dia terhuyung-hayang dan asyik berpusing-pusing di tempat yang sama.
Badannya kelihatan layu dan lemah.

Itu bukanlah satu yang mengejutkan kerana anaknya yang paling rapat baru sahaja mati dilanggar.

Kami faham keadaannya,
maka kami angkat dia ke pinggan makanan.
Dia tidak makan. Tiada selera mungkin.
Jadi, kami suap makanan ke mulutnya.
Walaupun jamah hanya sedikit, tapi syukurlah.
Paling tidak dia makan.

Namun keadaan begitu berlarutan selama beberapa hari.
Jika ini berpanjangan, kami risau dia akan jatuh sakit.

Kami memantau keadaan dia sepanjang masa.
Dia kelihatan murung.
Dia hanya suka berbaring,
dan hanya kadang-kadang sahaja beralih tempat.
Untuk memudahkan pergerakannya,
kami benarkan dia berbaring di sebelah pinggan makan
dengan niat kalau dia lapar, tidak jauh untuk dia cari makanan.
Kami sediakan air untuk minum.
Kami juga kadang kala sapukan air ke belakang badannya bertujuan untuk memberi kelegaan.

Namun keadaannya tidak berubah juga.
Kembang tetap murung.



Kami bertanyakan jiran sekeliling.
Ada jiran menceritakan pada pagi hari kejadian Gem dilanggar,
ada yang terlihat Kembang dan Gem sedang tidur bersama-sama di bawah satu kereta.

Dari situ kami beranggapan bahawa
kejadian Gem dilanggar sehingga mati itu kemungkinan besar berlaku di hadapan mata Kembang.

Seorang ibu melihat kejadian ngeri kematian anaknya di depan mata,
ibu mana yang tidak murung, kan?
Hati mana yang tidak robek, kan?
Parents shouldn't outlive their children. Not otherwise.



Kami beranggapan Kembang dalam keadaan terkejut dan trauma.
Dan dari apa yang aku belajar
haiwan terhoyong-hayang dan berpusing-pusing di tempat yang sama
adalah petanda kepada kerosakan pada saraf telinga.
After all, fungsi telinga selain mendengar ialah untuk keseimbangan badan.

Walaupun tiada fakta yang kukuh,
tapi aku rasa kejutan dari kematian anaknya membuatkan Kembang trauma dan mengganggu emosi seterusnya fungsi badan dia.
Anggaplah seperti orang yang terkejut,
ada antara kita akan memilih pengsan sebagai defense mechanism
dan dalam kes Kembang,
trauma itu mengganggu sistem badan dia yang sudahpun tua itu.
Fungsi badan yang selama ini kuat disebabkan adanya keluarga.
Kini anaknya sudah tiada, kekuatan itu pun hilang.

Itu cuma rumusan aku.
Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya
tapi keadaan Kembang merosot mendadak selepas kematian Gem.
Itu sahaja rumusan logik yang mampu aku buat.



Selepas tiga hari, 28 Oktober,
Kembang pergi semasa di dalam pembaringan.

Kami tanam bersebelahan dengan tempat kami tanam Gem.
Dalam hidup mereka tidur bersama,
biarlah dalam mati juga mereka turut bersama.



Aku?
Senang kata, Oktober tamat dengan sayu.
Satu rumah berada suram dan muram.

Dua kematian kucing dalam kurang empat hari.
Aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi keadaan macam ni.
Walaupun aku gelar diri kuat,
tapi aku sedikit sensitif tentang perkara seperti ini.

Tapi kali ini aku tidak menangis.
Down, yes. Tapi tak menangis.
Sebab aku dapat pengajaran yang berharga.
Aku kagum dengan kasih sayang yang Kembang tunjukkan.
Kasih sayanglah yang jadi penguat kepadanya selama ini.
Fizikal dan mental.

Seorang ibu sangat sayangkan anaknya tidak kira apa.
Baik manusia, baik haiwan, mahupun kucing.







.

tl;dr

$
0
0


Salam

Entri kali ini aku nak kongsi satu emel yang aku dapat beberapa minggu lepas.
Put your reading glasses, open your mind
dan kuatkan kekuda kalian kerana entri ini sedikit panjang
dan bakal mengundang kebosanan.

Kalau baik, bacalah sampai habis.
Tapi kalau malas baca pun tak apa, no hard feelings.
You can skip it entirely.







Di atas adalah thread email yang aku tukar ke format conversation,
semata-mata nak bagi lebih dramatik dan pragmatik.


Siapa baca sampai habis angkat tangan...!!
Anda memang gigih dan awesome.

Siapa tak baca habis sila komen 'tl;dr'



Umumnya,
semua manusia ada masalah.
Kecil pada orang lain, mungkin besar pada dia.
Jadi jangan sesekali pandang rendah masalah orang lain.

Berkongsi dengar masalah mampu memberi pengajaran
yang kadang-kadang tidak ada diajar di mana-mana pun.
Jangan sesekali tolak dengan kasar bila ada orang mahu berkongsi masalah.
Kadang kala bila kita berkongsi masalah,
kita bukannya nak penyelesaian sangat pun.
Kita cuma mahu ada yang mendengar.

Tapi sebelum mahu didengari,
belajarlah untuk mendengar.

Jika ada antara kalian yang mahu minta pendapat aku tentang masalah (peribadi ataupun tidak), you know where to find me.
Tapi aku ada penyakit tak suka reply email laju-laju
so if it's ok, then go ahead.

I may not fix your problems,
but I assure you I'll listen.
Yes, you. I'm talking about you.

But jujurnya dalam thread di atas
aku rasa aku macam dah takutkan J sikit.
Taip panjang-panjang dia balas cenonet je?
Merudum self-esteem saya tau tak.
Cis!





.

Stuck In Second Gear.

$
0
0

Salam.

Disebabkan komik di bawah bertajuk Kawan,
dan 'kawan' dalam English ialah 'friend',
maka sepanjang masa bermula dari waktu aku lukisnya
sampailah ke waktu aku tekan butang publish
aku asyik humming-kan lagu opening untuk sitcom Friends je.

Dan sampai sekarang aku tak tahu humming dalam BM apa dia...








Ok, siapa sempat membesar di zaman kegemilangan majalah komik kawan angkat tangan.
**cEro angkat tangan**

Dulu aku kumpul kot komik Kawan tu,
tapi nak beli RM3 setiap bulan macam sedikit mencabar laa jugak.
Namun berkat tabungan dan bodekan, dapat juga beli.
Entah dekat mana tah komik tu sekarang.
Dalam stor kot...



Ok,
itu bukan poin utama entri kali ni.

Sebelum itu biar aku betulkan.
Dalam kotak kedua komik di atas, aku ada kata aku ramai kawan.
Sebenarnya aku tipu.
Aku tak ramai kawan. Boleh kira dengan jari tangan je banyaknya.
**menangis di penjuru bilik**



Bukannya aku baru tahu tentang maksud sebenar di sebalik 'berkawan' tu,
tapi pada masa Abah bertanya, aku tak expect langsung itu maksud dia.
Sebabnya,
Abah aku mana pernah nak tanya benda-benda macam tu.
Selalunya yang berminat nak tanya ialah emak aku, dan adik-adik aku.
Abah?
No. Asalkan tak menyusahkan dia, dia OK.
Dan dia tak berminat nak ambil tahu.

Sebab tu bila Abah tanya perihal 'berkawan'
aku tak jangka langsung itu poin sebenar dia.
Jadi jawapan aku untuk soalan Abah ialah...



Aku rasa disebabkan generation gap antara aku dan Abah
terdapat sedikit perbezaan bahasa antara kami.
Dari segi sosiologi, Abah dari Baby Boomers
manakala aku dari Generation Y
so agak tak pelik kalau ada banyak lagi istilah yang memberi gambaran berbeza di antara kami.

Tahukah kalian,
mereka yang lahir dari tahun 2005 ke atas dipanggil Generation Z?
Now you know, right?

Kalian ada contoh lain selain istilah 'berkawan'?
Penat aku perah otak tak dapat jugak nak bagi contoh.



Kembali ke sitcom Friends,
mungkin ada antara kalian yang tak pernah pun layan Friends.
Aku pun ingat-ingat lupa, dan aku tak rasa aku layan sampai tamat.
Tapi lagu opening dia memang catchy habis, aku hafal liriknya.
Antara lagu omputeh yang awal aku hafal selain lagu That's Why You Go Away (MLtR)
dan As Long As You Love Me (BsB).

Tapi aku hafal part yang opening theme ni je laa,
tak hafal pun yang penuh panjang punya.

Ini liriknya:

So no one told you life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, your love life's D.O.A.
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year, but

I'll be there for you (When the rain starts to pour)
I'll be there for you (Like I've been there before)
I'll be there for you ('Cause you're there for me too)


Ada satu part dulu aku tak faham
'It's like you're always stuck in second gear',
tapi lepas pandai memandu manual, aku faham sepenuhnya.

Kenapa gear kedua? Kenapa bukan satu, empat ataupun R?
Yang memandu manual akan faham. Yang kaki auto, sila baca.

Sebab gear satu bagi pecutan, tapi kuasa tak tinggi.
Bila naik gear dua, pecutan jadi kurang tapi kuasa meningkat.
Sama juga untuk gear tiga, empat dan seterusnya.

Jadi bila kata 'stuck in second gear'
maksudnya kita memecut pun tak tinggi, kuasa pun tak kuat.
Kita akan stagnant, tak berkembang.
Di kala orang lain bertukar gear dan memecut maju ke depan,
kita tetap di gear kedua dan ditinggalkan.

Try laa pandu kereta manual dan stay dalam gear dua selama mungkin.
Rasalah betapa peritnya hidup.


Macam hidup aku sekarang rasanya,
stuck in second gear.




Untuk rekod,
'berkawan' yang dimaksudkan Abah ialah 'bercinta'.



.

Muka Piksel Pecah.

$
0
0

Salam.

Previously,
aku bercerita tentang Kawan, 'berkawan' dan FRIENDS.
Walaupun ketiga-tiga kedengaran seperti perkara yang sama but trust me,
ianya tiga perkara yang berbeza.






Bagi yang sudah lama baca blog aku akan tahu apa kerja Abah aku.
Disebabkan kerjanya, dia merupakan seorang yang serious by default.
Tapi sekali dia buat lawak, lawak dia sangat dramatik.

Patut pun anak dia pun sama dramatik. Haha.



Minggu ini aku tak akan sentuh bab 'berkawan' sebab itu cerita minggu lepas.
Kita akan berbincang bab genetik.

Memang benar iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Namun,
kekacakan, ketampanan dan kecantikan boleh diwarisi.
Lihat saja anak-anak David Beckham macam mana sekarang.

Tapi,
kalau kita tak kacak/cantik,
adakah kesalahan sepenuhnya di pundak ibubapa?

Jawapannya, TIDAK.

Kacak dan cantik wajah seseorang itu memang ada kaitan dengan genetik,
tapi ada faktor lain memainkan peranannya juga.
Contohnya persekitaran.

Kalian fikir anak Beckham itu kacak semata-mata kerana ada ibubapa yang kacak dan cantik ke?

It's both nature AND nurture.
Semulajadinya (nature) mereka sudah ada genetik kacak,
namun mereka juga dijaga dengan persekitaran yang baik (nurture).

Tapi apa jadi kalau kita tidak memiliki genetik kacak?
Adakah penjagaan yang baik boleh memberikan kita kekacakan?

Jawapannya, SUDAH TENTU.
Kerana kekacakan dan kecantikan adalah subjektif.
Kacak pada anda mungkin tak kacak pada orang lain.
Cantik pada dia mungkin tak cantik pada aku.

Walaupun sains kata kecantikan bererti memilik wajah yang simetri
tapi ianya adalah definisi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memberi definisi.



Bila bercakap tentang rupa wajah,
akan kedengaran satu frasa yang selalu orang bercinta gunakan,
"TERIMA SEADANYA"

Itu antara frasa yang aku tak suka selepas frasa 'JADI DIRI SENDIRI'.
Kenapa?

Kerana 'terima seadanya' itu seperti satu pengesahan kepada kelemahan.
Dan seolah-olah menolak kepada perubahan. Putus asa. Berserah.

Jangan ucapkan 'terima seadanya' jika ianya boleh diubah.

Bayangkan dua orang bercinta lelaki perempuan nak berkahwin.
Si perempuan kata dia jenis yang susah bangun pagi awal.
Si lelaki kata 'tak apa, saya terima awak seadanya'.
Sounds sweet, kan?

Rasanya seminggu dua lepas kahwin mungkin sweet lagi.
Kejut bini sebelah cuit-cuit hidung bisik-bisik madah cinta di telinga.
Bawa breakfast ke atas katil kekonon nak kasi surprise.
Kekonon terima isteri seadanya.
Tapi kalau dah 4-5 tahun kahwin,
dah anak dua pun masih lagi bangun pagi lambat,
rasanya si lelaki tu boleh tahan ke?
Sampai bila dia nak 'terima seadanya'?

Aku sendiri pernah jumpa pasangan bercinta masa di U dulu.
Kekonon 'terima seadanya' sebab si lelaki ni perut sedikit ke depan.
Tapi lepas seketika, si perempuan sibuk suruh si lelaki diet lah,
suruh pergi gym lah, makan supplement lah.
Kalau tak turun 1 kg seminggu tak nak keluar dating lah.

Mana 'terima seadanya' awak tu tadi?

Pada aku,
tak apa kalau frasa 'terima seadanya' itu digunakan bagi sesuatu yang kita tiada daya untuk ubah seperti contoh untuk pasangan yang kelainan upaya, ataupun genetically atau traumatically muka tak kacak/cantik.
Ianya bermaksud walaupun ada kekurangan,
itu bukanlah sesuatu yang besar yang boleh menggugat kasih sayang.

Namun,
pasangan zaman sekarang selalu guna frasa 'terima seadanya' itu
untuk justify sifat buruk diri sendiri tanpa niat untuk berubah.
Saya perokok, terimalah saya seadanya.
Saya tak pakai tudung, terimalah saya seadanya.
Saya pemalas, terimalah saya seadanya.
Saya kaki perempuan, maka terimalah saya seadanya.

Apakah nerakanya itu semua?
Bukankah semua itu boleh diubah, malah lebih baik kalau berubah?

Pada aku,
dari guna istilah 'terima seadanya',
baik tukar jadi 'terima sepenuhnya'.
Ianya memberi maksud lebih luas dan tidak mengkhususkan kepada satu titik masa sahaja.

'Terima sepenuhnya' lebih bermaksud tidak kira masa silam, masa kini, atau masa depan, jika ianya berubah atau tidak, ke arah lebih baik atau tidak, sepenuhnya akan diterima.



Hmmmm...
Aku merasakan yang aku sudah jauh tersimpang dari cerita asal.
Asalnya aku nak cerita yang masa kecil dulu aku rasa aku kacak.
Aku yakin aku kacak. Sangat yakin.

Tapi bila semakin dewasa,
realiti datang ketuk kepala aku dengan kuat.
Rupanya aku ni bukanlah sekacak yang aku sangka.
Aku selalu jadi pilihan ketiga, tak pernah pertama.

Tapi aku sedar,
disebabkan tak kacak, aku tak boleh jadi asshole.
Dah lah tak kacak, takkan perangai pula macam sphincter kot.

So, ya.
Kalau ada yang tanya
"Hidup tak kacak mesti sangat memeritkan, kan?"
Jawapannya
"Ya. Perit. Sangat perit."

**bergenang air mata mengenang kisah silam**







.

tEka-tEki #22 Kepala dan Kaki

$
0
0

Salam.

Bertemu kembali di dalam slot tEka-tEki,
slot di mana buat pertama kalinya cikgu matematik anda berasa bangga kerana kemahiran matematik anda dapat diaplikasikan di luar waktu sekolah.








Berikut adalah ringkasan cabaran yang dikurangkan dramatiknya:
Di dalam satu bilik ada manusia dan kucing.
Terdapat 37 kepala dan 124 kaki di dalam bilik itu.

Soalannya,
Berapakah manusia dan berapakah kucing di dalam bilik tersebut?
Jika yang banyak lebih hebat,
siapakah antara manusia ataupun kucing yang lebih hebat?



tEka-tEki kali ini dalam kategori mudah.

Kunci untuk selesaikan soalan kali ini ialah kemahiran mengaplikasikan logik dan matematik.
Jangan risau jika anda tidak mahir matematik,
operasi yang terlibat di sini hanyalah operasi mudah (tambah, tolak, darab & bahagi) sahaja.

Jika anda rasa mampu selesaikannya,
sila tunjukkan jawapan anda di ruang komen.

Kepada yang mahukan cabaran
sila elakkan diri dari membaca jawapan orang lain di bahagian komen.
Komen jawapan orang lain mungkin akan mempengaruhi jawapan anda.

Keseronokan tEka-tEki bukan terletak pada jawapan,
tapi terletak pada usaha kita mencari jawapan tersebut.


Baiklah,
jika anda buntu atau cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada Rabu 9 Disember 2015 selepas jam 0900 waktu Malaysia bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah bersama-sama membanggakan cikgu matematik anda.
Selamat mencuba.


GOOD LUCK!


Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.



.

Cerita Tentang Sesuatu.

$
0
0

Salam.







Aku ada seorang kawan yang aku tahu sangat tak sukakan kerjanya, tapi setiap hari dia tetap akan pergi kerja dengan senyuman. Bila ditanya bagaimana dia boleh pergi melakukan kerjanya setiap hari dengan senyuman walaupun itu kerja yang dia tidak gemari, ini jawapannya...

"Rahsianya ada di rumah."

Itulah 'sesuatu' yang cuba aku nak sampaikan di sini.
Tidak kira berapa payahnya hidup di luar,
kita selalu akan look forward untuk balik ke rumah,
dan 'sesuatu' itu akan membuatkan kita rasa segala perit jerih kehidupan di luar adalah berbaloi untuk ditempuhi.

Mungkin sesuatu itu ialah isteri, anak-anak dan keluarga.
Mungkin sesuatu itu PS4 ataupun PC game ataupun kehidupan online.
Mungkin sesuatu itu adalah katil yang empuk dan mandian shower yang menyegarkan.
Mungkin juga sesuatu itu hanyalah semudah satu mesej 'Orait! Syg awk!' yang berada di dalam inbox.

Untuk orang yang #foreveralone macam aku,
buat masa sekarang, 'sesuatu' aku ialah satu bungkusan yang sampai Khamis minggu lepas.
Bungkusan berisi buku Buasir Otak: The Komik

------------------------------------------------


Rasanya semua orang dah tahu disebabkan kebanyakan pembaca blog ni juga pembaca kepada blog-blog penyumbang karya untuk Buasir Otak: The Komik yang lain.

Tapi pada yang tak tahu,
blog Buasir Otak sekali lagi menerbitkan bukan satu tapi DUA komik indie lanjutan BUASIR OTAK: THE KOMIK iaitu Buasir Otak: The Komik [RELOADED] dan Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION].

Aku salah seorang penyumbang komik dalam edisi kedua dan ketiga ini.
Malah kali ini, komik ini menghimpunkan 33 pengkarya yang terdiri daripada blogger, pelukis komik indie dan amatur di dunia maya iaitu Aika, Amna Shark, Anhaz, Ankel Jonni, Art Syah, Aujinz, Ayuni Rafilah, Az, Bandido, Budoxe Lee, Dayang Deno, Endman3010, Imanina Shin, Irfan Hilal Kawa, Manbia, Nazirul, Nazrul Ali, Nine Redial, Nuruddin, Plain83, Prince of Noob, Pyromania, Remy, Renjer, Rizal PaperBag Head, Silver Fox, Syue Artz, Tengku Puteri, Xua Xragonz, Yura Yu dan Zyraroxx.


Kedua-dua buku komik setebal 184 mukasurat ini mengandungi komik hasil karya kesemua 33 pengkarya yang telah disusun mengikut 10 kategori utama iaitu Persahabatan, Cinta, Kekeluargaan, Keagamaan, dan Kerjaya & Ekonomi serta Pendidikan & Kesihatan, Sains & Teknologi, Hiburan & Sukan, Kemasyarakat dan Politik & Sosial.

Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian,
bolehlah klik di sini atau klik gambar cover komik di atas.



Namun,
jika kalian rasa kalian mempunyai tuah yang melimpah ruah,
apa kata sertai Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik yang dianjurkan oleh the lovely Zyra Roxx untuk peluang mendapat kedua-dua buku Buasir Otak: The Komik ini secara percuma.

Yes, you read it right. PERCUMA.


Untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan,
bolehlah klik di sini atau klik imej comel di atas.
Kalau kalian join, kirim salam kat Zyra untuk aku.


------------------------------------------------


As for me,
semasa entri ini ditaip dan diterbit,
buku Buasir Otak: The Komik aku sudahpun sampai ke tempat dihantar
tapi oleh sebab aku sedang bertugas di luar kawasan
aku masih belum berkesempatan untuk balik rumah dan membacanya.

Buat masa sekarang, itulah 'sesuatu' aku.
Sangat tak sabar nak balik rumah dan buka bungkusan dan baca dan gelak macam dunia ini aku yang punya.

Ada orang kata rumah ialah tempat di mana yang tersayang berada.
Ada juga yang kata rumah ialah tempat yang kita selesa untuk berak.
Pada aku,
rumah ialah tempat untuk aku baca komik dengan hanya berboxer dan gelak seorang-seorang macam bangang tanpa ada yang judge.

Apa pula 'sesuatu' kalian?





.

Dear Future Me...

$
0
0


Salam.

Ini entri khusus daripada aku (cEro) untuk diri sendiri.
Kepada yang bukan cEro dan membaca entri ini, keep in mind that semua isinya adalah daripada Past cEro (cEro yang sedang menaip) kepada Future cEro (cEro yang sedang membaca), jadi gaya bahasa dan pemahamannya akan jadi sedikit lain macam daripada selalu.

Aku cadangkan, yang bukan cEro agar tidak terus membaca entri ini.
You've been warned.





Hello Future cEro,
apa khabar? Sihat?
Since kau boleh baca entri ini, so aku rasa kau sihat je, kan?

Apa jadi dengan impian dan cita-cita kau?
Sudah dapat sambung belajar?
Sudah dapat cipta mesin masa?
Ataupun sekarang kau sedang berehat atas sofa mewah di dalam loft tingkat atas Menara cErolian yang kau bina selepas berjaya takluk dunia?
Empuk tak sofa tu?

Aku tahu kau sangat obses dengan fakta-fakta trivia sejak dari...hm...kecil?
Dan setiap kali kau berbual dengan orang tentang fakta-fakta tersebut,
aku tahu kau nampak muka si pendengar akan berubah seolah-olah mempertikaikan apa jenis manusia kau ni suka berborak tentang hal-hal yang tak beri kesan kepada orang lain.

Macam mana aku tahu?
Aku tahu sebab aku adalah kau dari zaman silam. Hehehe

Aku juga tahu betapa berminatnya kau dengan sisi educational di dalam YouTube.
Di kala orang lain sibuk melayan video klip dari artis kegemaran mereka,
kau pula sibuk menulis nota trivia tentang segala ilmu dan kajian daripada video YouTube yang kau subscribe.
Pelik, siapa dalam dunia yang study guna YouTube?
Boleh dapat ijazah sarjana sains trivia dari Universiti YouTube Kebangsaan ke?

Aku juga tahu pada 4 Disember lepas,
kau secara rasminya baru upload video pertama kau ke dalam channel cErolian.
And guess what? That video sucks!

Sebelum aku share embeded video tu di sini, izinkan aku untuk kutuk dan kemukakan beberapa kelemahan nyata dari video tersebut kerana bak kata orang, "the best criticism of the bad is the practice of the better" walaupun aku tak pasti apa maksud sebenar kata tu.

Pertama,
aku dapat idea kau menggunakan series of still images di dalam video tu,
lagipun itulah definisi sebenar video, kan?
Tapi gunakan image dari blog sendiri, wow!
Itu level paling bawah dalam kategori 'originality'.
Perasaan menontonnya macam tengah layan powerpoint, kecuali ianya tak power dan kurang point. Wahahahahaha.

Kedua,
duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuddddeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Narration video tu sangat...WTF?
Aku tahu kau record suara kau guna henfon lama kau yang telah di downgrade jadi music player tu, tapi itu ke suara kau sebenar?
You sound better in my head. Your head.
Kalau aku tak tahu, aku teka kau ni orang jawa sebab suara kau ada pelat jawa.
Suara yang mendatar, too scripted and trying too much.
Kau kata nak buat narration yang lebih santai dan lepak,
MANA SANTAINYA dan LEPAKNYA DI SITU?

Tapi disebabkan first time, bolehlah dimaafkan...kot.

Ketiga, audio (music).
SOOOOOO much originality **sarcastic**
You should make a song, I'll sure you will be #1 in top ten of all time music list.
Ceduk dari brick game dan tetris sounds.
Just WOW, C. Just WOW!

Overall,
aku tahu kau buat video tu dalam satu hari cuti sahaja.
Guna laptop purba yang asyik CPU usage atas 80% tu dengan RAM 83% all the time.
Tambahan pula dengan connection internet kau yang tahap siput tu.
Pada aku, dengan semua itu, dapat hasilkan video berdurasi kurang 2 minit
itu boleh dikatakan hebat...kot.

Tapi persoalannya,
kalau kau ada mesin yang lebih hebat,
lengkap dengan noise cancelling microphone dengan computer generasi baru yang sudah tentu memiliki processor dan RAM yang lebih tinggi nilainya,
adakah kualiti video yang kau hasilkan akan lebih baik?

Dan adakah akan ada video lain menyusul selepas itu?
Adakah video kau itu tidak menjadi salah satu penghuni di dalam lembah crappy video dengan low view count yang penuh dihuni di dalam tanah besar negara YouTube itu?

Soalan-soalan itu,
hanya kau sahaja, Future cEro, yang ada jawapannya.

As for me,
I just hope that you don't give up.
Tiap-tiap hari kau kata nak give-up,
tapi sebab tiap-tiap hari kau katalah, kau tak give-up-give-up dari dulu.


Okay,
masanya sudah tiba untuk aku tunjukkan video pertama yang kau buat ini.
Ianya sama ada menjadi titik hitam yang memalukan dalam hidup kau,
ataupun titik permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.

Enjoy the video.



Hahaha...
This kind of video bakal menjadi bahan ketawa aku pada masa akan datang.

Apa pendapat kalian yang bukan cEro dan dah baca sampai sini?
(Eh? Bukan aku dah suruh jangan baca ke??)


For those yang nak baca tEka-tEki itu versi blog,
sila ke sini.

Yang mahukan jawapannya, sila ke sini tapi link ini hanya available bermula 9 Disember 2015.

Siapa yang nak mengutuk video ini dalam YouTube,
sila ke sini.

Siapa baik hati nak like video itu
atau subscribe channel cErolian dalam YouTube,
boleh ke sini.



Oh,
pada keesokannya selepas aku publish video itu di YouTube,
aku datang balik dan lihat...



0 Subscribers
8 views
0 Likes
0 Dislikes

Well, it's something.






.

Jawapan tEka-tEki #22 Kepala dan Kaki

$
0
0


Salam.

Sebelum ini,
aku sudah kemukakan cabaran di dalam tEka-tEki #22.
Dua minggu sudah berlalu.
Sudah sampai masa untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang masih mahu mencuba menjawab tEka-tEki ini
ataupun masih belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Anda akan dibawa ke entri soalan tEka-tEki #22.

Ataupun, hanya luangkan dua minit untuk menonton video ini.



Usaha tangga kejayaan.


Ok.
Tanpa membuang masa, kita akan terus ke jawapan.






Demikian berakhirnya perbalahan antara The Error dengan Syntax The Cat.

Tapi kalau tEka-tEki ini berlaku di dunia sebenar,
jika persoalannya hanyalah 'siapa lebih banyak, dia lebih hebat',
maka si tukang kira hanya perlu keluarkan arahan supaya setiap satu The Error perlu berpasangan dengan satu Syntax The Cat.
Lebihan yang tidak mempunyai pasangan bermakna lebih banyak,
jadi lebih hebat.



xxxxxx



Jadi,
siapa antara kalian yang dapat jawab dengan betul dan tepat?
**angkat tangan**

Special thanks to Deaday from Blog Vespa Buruk atas kesudian menghasilkan satu entri khusus untuk menjawab tEka-tEki ini.
Sila kunjungi entri tersebut di sini dan tinggalkan pendapat kalian.

Aku juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi komen di entri cabaran tEka-tEki #22.
Tahniah dan syabas kepada yang jawab dengan tepat
dan tahniah juga kepada sesiapa yang mencuba tapi tidak tepat
juga tahniah kepada yang hanya komen tapi tidak menjawab.
Aku hargai semua komen kalian dan aku dahului dengan ucapan beribu bintang di langit kini menghilang meraba aku dalam kelam...eh?...beribu terima kasih.


Sebagai penutup,
aku akhiri dengan memetik satu quote daripada Elbert Hubbert:

"If men could only know each other, they would neither idolize nor hate."


Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.



.

Kegigihan Sentiasa Membuahkan Ganjaran.

$
0
0


Salam.
Bagi yang belum tahu,
untuk aku menguasai dunia,
aku perlu menguasai satu-persatu ilmu dan media yang ada.
Jadi, baru-baru ini aku menyertai YouTube sebagai satu cabangan media baru.






Tapi rupanya untuk membuat satu video bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi jika kerja berseorangan.
Dulu aku selalu merungut kenapa para YouTubers ambil senggang masa lama sangat antara video mereka.
Mula-mula aku fikir supaya video mereka dapat pendedahan yang lebih lama sebelum keluar video baru.
Tapi bila aku sendiri mencuba, rupanya sebab buat satu video (walaupun hanya berdurasi 2 minit) mengambil masa yang wow sangat lama daripada yang aku jangkakan.

Untuk mencuba sendiri secara first hand,
aku pun buat video sendiri dan upload dalam YouTube sebagai percubaan.
Kalian boleh layan video pertama aku tEka-tEki #22 Kepala dan Kaki [cErolian] di sini.

Dan jangan lupa subscribe.

Rupanya untuk engage dengan audiens baru bukanlah satu perkara yang mudah.
Siapa je yang masuk YouTube dan search video 'teka-teki'?
Dan kalau search teka-teki sekalipun, berapa ramai yang sampai ke video aku tu?
Mostly yang datang video aku adalah pembaca blog ini,
so sangat understandable bila yang dikomen bukanlah jawapan teka-teki,
tapi suara aku yang 'ayu'.



Tapi aku buat channel YouTube bukan untuk main-main.
Aku serius nak kembangkan jenama cErolian di seluruh media.
Tapi aku tahu aku takkan mampu buatnya seorang diri walaupun aku one man person.
Jadi,
ini adalah peluang untuk kalian menyumbang kepada perkembangan channel itu.

Di bawah adalah beberapa soalan yang aku harap sangat kalian dapat jawab di ruangan komen



1) Apa jenis video yang kalian rasa sesuai untuk dijadikan tema?

Bro Ley dari blog Cas Positif ada bagi cadangan video seperti '10 masalah sering dialami blogger pelukis'. Pada aku itu satu idea yang sangat bagus dan sangat aku pertimbangkan.

Secara peribadi, aku mahu channel aku ini jadi channel yang berkongsi ilmu dan bersifat edutainment (berhibur sambil mendapat ilmu). Aku sangat suka konsep video ilmu yang dikongsikan ramai YouTube luar negara seperti Smarter Every Day, Vsauce, SciShow dan The Good Stuff.

Jenis-jenis video mereka adalah ilmu yang mungkin tak diajar di dalam kelas.

Smarter Every Day terutamanya, merupakan channel milik perseorangan. Walaupun dia seorang diri tapi kualiti setiap videonya sangat wow! dan membuatkan kita berminat mencari ilmu. Aku visikan channel aku seperti itu, tapi dalam Bahasa Melayu supaya orang kita pun boleh cari ilmu di dalam YouTube.

Oh, yes!
Aku hanya nak sasarkan viewer Malaysia berbahasa Melayu.
Untuk sasaran lebih besar, mungkin selepas aku dapat handle sasaran ini dulu.

Tapi itu apa yang aku bayangkan.
Aku juga kena ambil kira soal audiens dan minat orang lain supaya video aku tidaklah dikatakan syok sendiri.

So apa pendapat kalian?
Apa tema utama channel cErolian?
Adakah bersifat pendidikan (yang mungkin membosankan)
ataupun seperti video parodi/ lawak semasa/ celoteh depan kamera/ kupasan isu harian/ narrative comics/ berkunjung ke tempat menarik
ataupun semua di atas?




2) Apa julat durasi video yang membuatkan kalian nak layan?

Video teka-teki aku itu adalah video percubaan,
jadi sebab itulah kenapa ianya hanya 2 minit.

Video terlalu pendek mungkin susah untuk disumbatkan isi dengan tepat.
Tetapi video terlalu panjang pula lambat loading dan kemungkinan viewer tak minat nak layan.

So, bagaimana?
Kalian sebagai viewer, rasanya untuk julat durasi berapa lama yang kalian suka layan? 2 minit? 10 minit? Setengah jam? Ataupun kalian tak kisah asalkan isi dan tajuknya menarik?




3) Adakah kalian terbuka dengan sebarang kolaborasi?

Aku sedar suara aku agak tidak sesuai untuk menjadi narration.
Jadi aku terfikir,
apa kata aku buka peluang kepada kalian semua untuk menyumbangkan suara?
(bukan sumbang suara itu, tapi sumbang suara...ahhh! You know it!)

Maksud aku,
aku akan sediakan skrip,
hantar kepada sesiapa sahaja yang sudi untuk berkolaborasi,
dia rekod suara bacaan skrip dia, hantar balik pada aku,
dan aku masukkan dalam video.
Dengan itu,
rasanya tak laa para viewer bosan asyik dengar suara 'TV Pendidikan' aku ni.

Amacam?
Kalau aku buka peluang, ada sesiapa sudi kolaborasi?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Semua pendapat dan pandangan kalian sangat aku hargai.
Aku janji aku akan take note semuanya.
Dan aku memang nak kembangkan channel cErolian ni lebih jauh lagi.

Harap kalian boleh beri pendapat ikhlas masing-masing, terutamanya soalan (1).
Dan kalau ada pendapat lain selain yang aku tanya di atas pun amat-amat aku alukan.
Kita jadikan bahagian komen di bawah sebagai forum terbuka untuk memberi pendapat.

Kalau kalian nak baca lebih lanjut tentang contoh channel yang aku subscribe di YouTube, boleh baca di sini.

Mari sama-sama kita takluk dunia.
Dan aku percaya, setiap kegigihan pasti akan membuahkan ganjaran.






.

Sorry Not Sorry!

$
0
0

Salam.

**muzik intro**




Ini anda.
Anda baru sedar daripada pengsan dan merasakan badan anda lemah lain macam,
tidak seperti lemah anda yang kebiasaan.
Anda juga mendapati diri anda tidak berada di tempat terakhir memori anda berada.




Sebaliknya anda berada di dalam sebuah bilik tertutup, terduduk di atas kerusi bertemankan meja yang terdapat dua buah gelas berisi cecair serta berdekatan anda terdapat seorang manusia yang dari mukanya jelas kelihatan seorang yang jahat.




Melihat anda sudah sedarkan diri, manusia jahat itu berkata,
"Kau sudah diracun. Racun yang meracuni kau itu sedang membunuh kau dengan perlahan. Di hadapan kau terdapat dua gelas cecair; satu merupakan racun yang meracuni kau dan satu lagi adalah penawar untuk racun itu. Buat keputusan dengan bijak. Good luck!"




Menyedari kenyataan yang memeritkan itu, ditambah pula dengan gelabah anda mengetahui diri diracun, anda perlu buat keputusan dengan segera kalau tidak mahu mati berbuih mulut. Anda berkeputusan perlu memilih salah satu dari dua gelas itu untuk diminum.

Satu gelas berisi cecair merah, satu gelas berisi cecair biru.

Anda pun fikir,
"Sudah tentu yang merah itu racun sebab nampak menakutkan. Jadi aku akan minum gelas biru."




Anda pun membuat keputusan untuk memilih gelas berisi cecair biru...




...tanpa menyangka rupanya gelas berisi cecair biru itulah racun.
Hayat anda pun berakhir dengan kematian mulut berbuih.












Jadi pengajaran untuk kisah ringkas kali ini sangat jelas iaitu...

...JANGAN ASSUME!
JANGAN BUAT ANDAIAN SEBARANGAN KERANA ANDAIAN ANDA MUNGKIN SILAP!



Aku suka teka-teki.
Dan bila bercakap tentang teka-teki,
kita tak dapat lepas dari membuat assumption,
membuat jangkaan, membuat andaian.
Tapi aku sentiasa mengingatkan diri aku supaya sentiasa membuat andaian berdasarkan fakta, bukannya berdasarkan sesuatu yang tidak kukuh, terutamanya perasaan diri sendiri.

Walaupun kehidupan bukanlah satu teka-teki (most of it),
tapi ianya juga sama boleh diaplikasikan di dalam kehidupan.

Bila dapat berita yang (1) belum tentu pucuk pangkal kebenarannya, (2) tidak jelas fakta dan situasinya, dan (3) yang diragui sumbernya, cuba sedaya upaya mengelak daripada membuat sebarangan andaian mentah.

Ketahui kebenaran sepenuhnya daripada pihak yang sepatutnya,
bertanya kepada sumber utama,
bukannya buat andaian berdasarkan akal dramatik dan
perasaan marah, benci dan kecewa kita tu.

Kerana kalau kita buat salah andaian, pasti akan dapat kesan buruknya.
Wild assumption is a deadly weapon.

Ayat aku di atas mungkin sedikit berbelit,
tapi aku tahu kalian faham maksud aku.
Kalau kalian boleh baca entri ini, takkan perkara common sense pun tak dapat nak fikir kot?




Dalam kes memilih dua gelas itu:

1) Siapa kata tak boleh tanya si manusia jahat tu? Sebab nampak muka dah jahat, kita terus assume dia nak kita mati. Tak salah pun tanya mana satu racun mana satu penawar. Dia mungkin akan tipu, tapi kalau kita mati disebabkan penipuan dia, paling tidak kita tak mati disebabkan kebodohan diri sendiri. Lagipun kalau dia nak tipu, tak perlu kot dia sediakan salah satu gelas itu berisi penawar. Baik dia isi dua-dua dengan racun je.

2) Apa ke bengap sangat kau assume cecair merah racun, cecair biru penawar? Banyak sangat layan drama dan anime ke macam mana ni?

3) Siapa kata tak boleh minum dua-dua gelas sekali? Walaupun peratusan penawar hanya 50% serta racun 50%, tapi kalau kita minum kedua-duanya, kita akan mendapat 100% penawar dan 100% racun. Lagipun kita sudahpun diracuni dengan racun yang sama, jadi apa beza segelas lagi racun dan diikuti dengan segelas penawar.


Mungkin di sini sahaja entri kali ini.
Entri ini dilukis dan ditulis dalam keadaan marah,
jadi maafkan atas segala kekasaran.

Apa kata mari sama-sama kita berubah supaya tak cepat assume sesuatu perkara.
Nasihat untuk kau, kau, kau, TERUTAMANYA KAU, dan aku juga.

Aku cukup anti orang cepat assume ni,
apa susahnya tanya aku cerita sebenar, baru assume.

Ingat, dalam perkataan 'assume' ada perkataan 'ass'!

Sekian.




**muzik outro**




.

Daya yang Membangkit.

$
0
0


Salam.

Sehingga entri ini siap ditaip,
aku masih lagi belum menonton Star Wars: The Force Awakens.
Booo, C. Boooo!!!




Nak kata fanatik tu idok ler.
Tapi at least aku layan kesemua 6 movie Star Wars sebelum ni,
movie The Clone Wars je aku tak layan lagi.
Tapi setidak-tidaknya aku tahu apa yang aku nak expect dari movie ni.

Tak macam orang lain yang selalunya hujung tahun akan ada banyak cuti,
aku pula hujung tahun makin tak boleh cuti.
Jadi, nak curi waktu nak layan movie dekat wayang memang sangat mencabar.
Tapi bila dapat curi waktu pula, timing pula tak kena.

Thanks to cuti sekolah dan holidays season,
tiap kali aku dapat ke pawagam, mesti tiket sold out/ selling fast.
Pastu ada pula yang bangga dapat layan 5-6 kali.
Bagilah can manusia purba macam aku ni nak layan juga.

Lagi sakit hati, yang dah layan 5 kali tu laa yang kata Star Wars tak best.
Kalau tak best kenapa layan sampai 5 kali?
Kau budak hipster bawah umur spender pun suruh mak basuh, pakai spek tingkap dalam bangunan dan ada masalah pertuturan dan rabun warna sebab koordinasi warna pakaian kau teruk, i mean siapa pakai baju merah topi biru seluar kuning spek hijau? Kau ingat kau watak anime?
Aku bet kau tak pernah pun layan mana-mana filem Star Wars sebelum ni,
tak tahu pun StormTroopers tu belah baik ke jahat,
malah tak dapat beza pun antara Star Wars dengan Star Trek.

Sekarang bagitahu aku,
adakah normal jika aku terasa nak cucuk kepala paip beli dekat dada budak tu supaya bila aku buka kepala paip tu bukannya air paip, tapi darah yang akan mencurah keluar dan dia akan perlahan-lahan hilang kesedaran so dia ada masa untuk reflect diri supaya next time kalau tak suka sesebuah filem tu tak payah laa layan sampai 5 kali sampai orang lain nak layan juga pun tak boleh?

Ok, mind my murder fantasy.
**tarik nafas dalam-dalam, bertenang**

But I don't know, I may regret this entry later.
Macam entri-entri sebelum ni,


Kalian pula bagaimana?
Dah layan Star Wars? Best tak?
Nak bagi spoilers?
Sila tinggalkan alamat rumah sekali sebab senang sikit nanti aku nak curah petrol dan bakar rumah tu dan seterusnya duduk tepi jalan menikmati pemandangan api marak sambil makan popcorn.

**nyalakan lighter**

No, gurau. No! Not gurau. Gurau!  bipolar
**flip meja**

Bye.




.

Sentiasa Ada Niat Jahat.

$
0
0


Salam.

Dari entri ini,
plain83 dari blog Through My Glasses, Kacamata~ telah kemukakan cabaran kepada semua art-blogger friends dia.

Ini cabaran dia:
"Draw your usual, most applied, everyday facial expression using your OC!!
Just draw one expression that you always wear, only one!"



Deaday dari blog Vespa Buruk pun sudah menyahut cabaran ini dengan kacaknya.
Singgah entri dia di sini.

Oleh sebab aku perasan diri aku ni art-blogger,
dan aku perasan aku ni friend kepada P-sama,
atau mungkin sekadar aku suka lukis muka sendiri sebab narsistik,
jadi aku juga sahut cabaran P-sama itu.

Inilah lukisan aku.




Penerangan gambar:

1. Since aku ni selalu bertukar muka bila kena berurusan dengan orang (lain orang lain muka), jadi aku define 'usual facial expression' sebagai 'default face' aku; muka aku bila aku tak berurusan dengan orang. Definition ini mungkin sedikit lain daripada yang P-sama maksudkan.


2. Aku ada idea muka aku macam mana bila dalam keadaan default, tapi untuk lebih memahaminya, aku bertanyakan kepada roommate aku selaku orang yang selalu nampak muka aku secara default. Ini jawapan dia:

"Muka kau macam muka orang sentiasa ada niat jahat"


3. That explains a lot. Selama ni aku sangka muka aku hanya macam muka mat rempit tersagat muka atas jalan tar. Tapi bila dikatakan muka aku macam sentiasa ada niat jahat, jadi segala persoalan kenapa orang tak mahu duduk sebelah aku dalam bas, dan persoalan kenapa orang akan jauhkan diri daripada aku semasa tengah berdiri beratur menunggu komuter di stesen, dan persoalan kenapa setiap senyuman yang aku hulurkan kepada orang asing langsung tak pernah dibalas, semuanya terjawab.

I mean, siapa nak duduk sebelah lelaki muka mat rempit yang kelihatan penuh niat jahat, kan?
**self-esteem turun 5 mata**


4. Sejak peristiwa 2008, aku ada condition dengan mata aku. Kalau aku tak bercermin mata, kemungkinan besar aku akan selalu pejam sebelah mata. Belah mana yang aku pejam itu terpulang kepada keadaan. Kalau aku perlu melihat jauh, aku akan pejam sebelah kiri. Kalau aku perlu baca dekat (buku contohnya), aku akan pejam mata kanan. Buka kedua-dua belah mata tanpa cermin mata akan berikan input yang berbeza kiri dan kanan sekaligus membuatkan mata aku cepat berair sehingga tahap boleh berlinang macam tengah layan hindustan.


5. Rambut aku selalu jatuh ke depan dan akulah orang yang paling malas sekali nak sikat rambut pernah aku jumpa. Jadi, dalam keadaan default, aku akan selalunya mendongak sedikit kepala ke atas bagi mengelakkan rambut aku jatuh masuk mata. Hahaha


6. Selalu dongak membuatkan muka aku kelihatan bongkak. Add that to the list, muka rempit yang penuh niat jahat dan bongkak. No wonder sampai sekarang tak ada jodoh.
**self-esteem merudum ke tahap kritikal**


7. Tapi mak aku selalu puji kata muka aku kacak. So I guess this face is okay.



Sampai di sini sahaja sesi menganalisis muka sendiri.
Sehingga jari bertemu papan kekunci lagi.

Bye.




.

The End of the Beginning.

Melampaui Limitasi.

Cara Menyebut Nama cEro dengan Betul.

$
0
0

Salam.

Baiklah murid-murid.
Hari ini kita akan belajar sebutan.
Jadi lembutkan lidah, tajamkan pendengaran, berikan tumpuan sepenuhnya kepada kelas ini kerana apa yang bakal kita belajar ini tidak mungkin akan diajar di mana-mana kelas pun (kecuali kalau aku yang bertanggungjawab membuat silibus pembelajaran di sekolah)






Thank you random noseless, earless, white citizen for asking that question.

Sebelum aku jawab, biar aku tanya kalian dulu.
Bagaimana kalian sebut nama cEro?
See-ro? Kay-ro? Say-ro? Chair-ro?

Sebenarnya pada mula masa aku nak guna nama cEro ni aku sudah agak dah masalahnya ialah sebutan.
Maksud aku, aku guna nama cEro, bukan Abu.
Kalau aku guna nama Abu, sudah tentu nak menyebutnya senang.
'A' dan 'Bu'. Jadilah Abu.
Tapi cEro lain.
'cE' dalam cEro boleh dibunyikan macam-macam.
Tambahan pula cEro bukanlah nama melayu, atau Malaysia.

Rasanya aku sudah berkali-kali kongsikan cara nak sebut cEro.
Tapi selalunya aku kongsi dalam intro entri,
so sangat understandable bila orang terlepas pandang.
Lagipun, siapa je yang baca intro, kan?
Introduction is for weak. Hehe.

Sebelum itu,
biar aku kongsikan sedikit sejarah blog ini.

Pada awal penubuhan, blog ini sebenarnya ada dua pemilik.
Sebab itu nama blog ini ialah 'nULL & aLteRnate' dengan Null merujuk kepada kosong (sifar, kawalan) dan Alternate ialah berkenaan sesuatu yang bukan kosong (dimanipulasi).
Dua pemilik blog ini ialah Kosong dan Satu.
Kosong jadi cEro (Spanish untuk 'zero') dan Satu jadi uNo (juga Spanish).
Ia macam get logik (logic gate) Boolean dalam fizik di mana wujudnya 1 dan 0.

Kemudian,
uNo beri hak blog sepenuhnya kepada cEro dan blog ini jadi cErolian.

Daripada sedikit sejarah itu,
dapatlah kita tahu bahawa cEro ialah sifar dalam bahasa Sepanyol.

Dalam bahasa Sepanyol,
cero (sifar) berbunyi seperti say-ro.
Jadi nama cEro juga sepatutnya berbunyi say-ro.

Tapi zero dalam bahasa inggeris berbunyi zee-ro.
Sebab itu bila ada yang sebut cEro sebagai see-ro, ia masih boleh diterima.

Yang pasti, 'cE' dalam cEro tak akan memberi bunyi 'k'.
Kay-ro, Ke-ro, itu semua sudah lari jauh.
Begitu juga dengan bunyi 'c'.
Chair-ro, chee-ro, che-ro, semuanya tidak diterima.

Pernah satu masa dahulu aku (cEro) dipanggil Kerol atas andaian cEro disebut 'kay-ro' yang datang dari nama Khairul.
Wow, berlapis-lapis dia punya assumption, kan?
Aku tiada kaitan dengan mana-mana Khairul yang wujud.
Hahahaha



Walaupun sudah hampir 7 tahun aku berblog dan guna nama cEro,
tapi sebab kenapa masalah sebutan bukanlah isu yang besar adalah kerana blog ini berkonsepkan tulisan (dan lukisan) dan bukannya lisan.
Maka tiada keperluan untuk aku tekankan dan betulkan bunyi sebutan cEro sebab kalian 'membaca' bukannya 'mendengar'.

Tambahan pula peratusan untuk kalian kenal aku in real life adalah rendah,
dan kalaupun kalian kenal aku in real life, kalian takkan panggil aku cEro.
Kalau panggil juga cEro, aku berani jamin aku tak akan respon ke atas panggilan tersebut.
Aku hanya cEro di dalam alam maya. Di alam realiti, aku ada nama sebenar.
Yang pasti nama aku bukannya Khairul. WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Tapi rasanya tak rugi pun kalau kalian tahu sebut nama cEro, kan?
Bukankah langkah pertama perkenalan ialah dengan mengetahui nama?
Apa guna tahu nama tapi tak tahu sebut, kan?
Mana tahu, dari nama yang disebut di mulut, bakal menjadi nama yang dikenang di hati.

Aww, yiss!

Lagipun,
aku bakal takluk dunia satu hari nanti,
so the least you must know is to know how to pronounce the name of your (future) king, right?

**kenyit mata**


Sebagai rumusan (untuk mereka yang skip bahagian tengah dan terus ke bawah),
cEro BOLEH disebut sebagai say-ro, ataupun see-ro (bergantung kepada si penyebut)
cEro TIDAK disebut sebagai kay-ro, ke-ro, chair-ro, chee-ro, che-ro dan semuanya selain yang disebut sebagai BOLEH di atas.
Nama sebenar cEro BUKAN Khairul (INI PENTING!)

Sekarang,
cuba bagitahu aku macam mana kalian sebut cEro sebelum ni.

Sekian.


Doodle #1 - Limbo.

$
0
0

Salam.

Sesuatu berlaku kepada aku minggu lepas.
Sesuatu yang tak best.
Jadi,
aku berkurung dalam bilik dan melukis doodle bagi merawat lara hati.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukiskan itu setiap hari.
Kalau kalian hebat dalam psycho-analysis,
silalah buat analisa terhadap lukisan aku.
It's like that Rorschach Test thingy but with doodles instead of inkblots.

Kalian akan dapat tahu betapa teruknya peristiwa yang berlaku minggu lepas memberi impak kepada aku.



Oh, untuk makluman apa yang berlaku kepada aku minggu lepas itu tiada kaitan dengan cinta. Asal nak merawat hati yang lara je mesti nak kaitkan dengan cinta. Hahaha.

Sepanjang minggu ni juga aku akan kurangkan masa di internet.
Hati lara bukan boleh rawat seminggu dua je tau.

Sekian.




.
Viewing all 334 articles
Browse latest View live