Quantcast
Channel: cErolian
Viewing all 334 articles
Browse latest View live

Jeans Biru Jeans Hitam

$
0
0

Dulu,
aku tidak pernah kisah tentang fesyen pakaian,
apatah lagi fesyen untuk lelaki.

Bagi yang pernah bertemu aku in person pasti tahu bahawa penampilan aku sangat biasa, plain dan tidak menonjol.
Kadang-kadang koordianasi warna, baju dan seluar pun tidak sesuai.

Even suatu masa dahulu aku pernah tidak menggemari seluar jeans atas disebabkan fahaman tipikal mengenainya seperti ketat, berat dan tidak selesa.

Tapi selepas diperkenalkan oleh seseorang,
seluar jeans merupakan sebahagian dari wardrobe wajib aku.
Tidak kira warna biru atau hitam atau kelabu, jeans mendapat tempat dalam hati aku.
Bukan sahaja tahan dan selesa dipakai, malah seluar jeans mampu mengubah imej aku dari Super-Selekeh-Baru-Bangun-Tidur kepada Jejaka-Budiman-yang-Melayan-Tetamu.

Dan kini aku diperkenalkan kepada skinny jeans untuk lelaki.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
skinny jeans merupakan di antara jenis seluar yang paling versatile dan sering menjadi pilihan lelaki untuk bergaya.
Berbeza dengan potongan jeans biasa, skinny jeans mempunyai potongan yang agak runcing di bahagian betis dan menonjolkan bentuk kaki anda.

Memang betul,
harus diakui bahawa bukan semua bentuk tubuh badan yang sesuai untuk menyarungkan jeans jenis ini melainkan anda mempunyai saiz badan yang sederhana besar dan kaki yang panjang.
Jadi,
jika anda tertanya-tanya apakah gaya atau padanan yang sesuai untuk kelihatan ‘perfect’ apabila memakai sepasang men skinny jeans, you may check this out!


Sarungkan skinny jeans bersama sepasang kemeja dan disempurnakan bersama sepasang loafer untuk gaya seorang ‘gentleman’.


Mungkin ini bukan gaya yang jarang kelihatan di Malaysia, tetapi apa salahnya untuk sekali-sekala bertukar angin bukan?


Gaya yang paling ‘common’ seperti memadankan skinny jeans bersama t-shirt dan jacket could never go wrong!



Pada aku,
apalah salahnya kalau kita mahu sentiasa bergaya.
Tidak perlu sampai mengikut trend terkini fesyen yang kadang-kadang boleh sampai tahap mengarut.
Apa yang perlu ialah keselesaan dan penampilan yang nak ditonjolkan.
Mungkin menukar cara berpakaian mampu menambat hati si gadis yang selama ini tak pandang pun anda walau sebelah mata.

Dengan men skinny jeans, apa salahnya, kan?

Kalian suka seluar jeans?



.

Selamat Hari Pi 2015

$
0
0

Salam.

Happy Pi Day.

Okay, nerd sangat bila semangat nak keluar dari norma dan publish entri hari sabtu semata-mata nak sambut Pi Day.
Hari ini (14 Mac) digelar sebagai Pi Day di seluruh dunia kerana tarikhnya, 3.14 ialah nilai Pi (π), simbol matematik yang paling terkenal pernah kita guna.

Namun,
pada tahun 2015 ini Pi Day lebih istimewa kerana tarikh sambutannya menjadi 3.14 15,
4 tempat perpuluhan tepat mengikuti nilai sebenar Pi.

Lebih istimewa lagi,
entri ini diterbitkan pada 9:27 pagi, menjadikannya 3.14 15 927, 7 tempat perpuluhan tepat mengikut nilai sebenar Pi.
Malangnya, entri tak boleh disetkan mengikut saat.
Kalau boleh, akan aku set entri ini diterbit pada 9:26 pagi 53 saat.

Poyo tak?
What say you?


Bagi yang lupa,
Pi (π) adalah satu nilai dan simbol yang banyak kita guna dalam matematik terutamanya berkaitan dengan bulatan.


Demi meraikan Pi Day,
di bawah adalah 7 fakta yang aku tahu mengenai Pi TANPA mencarinya dalam Google:


  1. Pi adalah nisbah ukur lilit sebuah bulatan berbanding diameternya.

    Dengan kata lain, kalau kalian ambil jangka lukis, tetapkan bukaannya kepada 1 cm dan lukis satu semi-bulatan di atas kertas, panjang semi bulatan itu ialah 3.14159 cm. Cubalah.

  2. Pi adalah konstan (constant).

    Bererti nilai Pi bagi duit syiling 5 sen kalian adalah sama dengan nilai Pi bagi orbit planet Neptune mengelilingi matahari (dengan beranggapan bahawa orbit planet Neptune berbentuk bulatan tepat).

  3. Nilai Pi (3.14159...) tidak mempunyai penghujung dan tidak berulang.

    Cuba fikir. Kalau angkanya tiada penghujung (infiniti) dan tidak berulang, maka ada satu segmen di dalam nilai Pi itu mengandungi nombor IC kita, nombor bank kita, nombor telefon crush kita yang kita tak berani nak tanya, dan jika kita ubah nama kita kepada nombor (contoh, c=3, e=5, r=18, o=15, cero=351815) juga akan muncul di dalam nilai Pi. Pendek kata, Pi memiliki segala data tentang apa sahaja. Fakta itu mampu membuatkan para numerophilia mencapai orgasma.

  4. Pi (π) adalah huruf kecil ke-16 tulisan Greek.

    Dulu aku hafal semua urutan huruf Greek, tapi memori yang tak berhubung tak dapat dikekalkan sangat. Hahaha

  5. Special Pi Day seperti hari ini hanya muncul sekali setiap 100 tahun.

  6. Kalau tak salah, 14 Mac juga tarikh lahir Albert Einstein.

  7. Zaman sekolah dulu, aku guna 22/7 sebagai π.

    Ianya nilai paling hampir dengan nilai sebenar Pi walaupun tak tepat. Tapi pelajar zaman sekarang (tak salah aku) tekan kalkulator je nak masukan nilai Pi.



Cukuplah.
Kalau kalian ada apa-apa fakta mengenai Pi yang tak aku tulis di sini,
silakanlah berkongsi di ruang komen.

Dan maaflah kalau terlebih teruja dengan Pi Day.
Alaa...Bukan selalu. Hehe.

**kenyit mata**



.

Menangis Air Mata Hijau.

$
0
0


The Stylus Story.


Tamat.

===================================================

Once again (and again),
sticky notes dan pen Pilot WIngGel 0.7 Black bekerjasama menghidangkan sebuah cerita yang berkisar tentang kebengongan seorang insan bernama cEro.

Pengajaran kisah:
Kalau ada barangan elektrik dan elektronik yang mahu disimpan lama, tanggalkan baterinya.
Jangan jadi si dungu yang menjahanamkan barangannya seperti aku.

Dan graphic tablet, tidak kisah apa jenamanya pun, bukannya murah.
Tak masuk 3 angka memang tak sah.

Kini,
aku memiliki satu tablet tanpa stylusnya.
Percubaan aku menjadi engineer tidak bertauliah untuk membaiki litar dalaman stylus tersebut hanyalah satu percubaan mentah dan sia-sia.
Ilmu tak cukup. Banyak lagi nak kena belajar.

Bateri yang sudah tamat tempoh mencair dan terus meleburkan papan litar.
Sebab itu cecair yang keluar dari stylus itu berwarna hijau.

And no,
tablet yang aku ceritakan ini ialah graphic tablet,
bukan tablet gadget yang kalian buat selfie dekat kedai makan tu.

Sekarang izinkan aku menangis di penjuru bilik
mengenang nasib yang semakin hari semakin mencabar.

**hembus hingus**




.

Anjing dan Seragam Biru Abah.

$
0
0



Jangan pandang rendah terhadap kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.

Seorang anak ahli politik sanggup berusaha mengumpul seramai mungkin ahli keluarga dan pengikut-pengikutnya dan kemudian berhimpun beramai-ramai demi menyuarakan bantahan terhadap tindakan undang-undang ke atas bapanya yang ditahan atas kesalahan meliwat.

Para pengikut setia si ahli politik yang ditahan ini tanpa segan silu menjerit, melaungkan slogan keadilan yang dicari mereka sambil mencaci sistem perundangan negara yang dikatakan korup dan penuh calit hitam. Pada mereka, idola mereka itu teraniaya dan segala-galanya bermotifkan politik. Politik kerajaan yang ingin menjatuhkan lawan yang mampu menggugat periuk nasi emas mereka.

Berhimpun dari pagi ke tengahari.
Dari tengahari ke petang.
Dari petang ke malam.
Pemimpin-pemimpin parti politik berkenaan saling bersilih ganti bertukar muka, tidak pernah ada sekali bersama. Yang pengikut dan penyokong setia pula bersama-sama seisi keluarga dan anak juga anak kecil yang masih menyusu memang cukup setia sentiasa ada sepanjang masa di tempat berhimpun itu sanggup berpanas, berhujan demi idola tercinta.

Cuba teka siapa lagi yang ada sepanjang masa di tempat berhimpun itu dan sanggup berpanas dan berhujan?



Abah aku seorang polis.
Suatu pagi pada hari sepatutnya dia cuti, Abah mendapat satu panggilan dari balai menginginkannya untuk datang segera menyelia di tempat perhimpunan berkenaan.
Menyarungkan seragam biru gelapnya, Abah pun menurut arahan dan turun ke tempat perhimpunan.

Tugasnya hanyalah memastikan perhimpunan tanpa permit itu berlangsung dengan aman tanpa kerosakan dan kemudaratan memandangkan tempat berhimpun dikelilingi dengan harta benda awam yang bernilai.

Apabila Abah turun ke tempat berhimpun, dia tersentak apabila mendapat sapaan pertamanya.
Sapaan pertama yang dia dapat ialah caci-maki.
Caci-maki dari mulut si pengikut dan penyokong setia si ahli politik tadi.
Caci-maki dari mulut seorang suami yang pernah mengazankan anaknya satu tika dulu.
Caci-maki dari mulut si isteri yang mendodoikan anak dan berdoa agar anak itu menjadi anak yang menjadi.

"Bodoh!"
"Bangang!"
"Anjing!"
"Inilah muka anjing kerajaan!"

Baju seragam biru gelapnya bertompok-tompok dek dihujani air ludah dari mereka yang 'mencari keadilan'.



Balik abah malam harinya dengan muka sugul.
Jasmani letih, namun lebih jelas rohaninya tercalar.
Ibu dan bapanya manusia, tapi dia digelar anjing.

Kata Abah,
"Inilah kerja polis. Kami dibenci. Tapi bila terdesak, kami juga dicari nanti."

Apa salah seorang Abah mencari rezeki untuk bagi keluarga makan?
Musuh kamu adalah parti lawan, parti kerajaan, sistem perundangan,
kenapa orang yang mencari rezeki yang kamu anjingkan?

Adakah suatu hari nanti jika kerajaan bertukar tangan,
para pemakai seragam biru juga berhak menolak keamanan?



Cuba aku panggil ayah yang menjaga kau dari kecil sebagai bukan manusia tetapi binatang berkaki empat dengan lidah terjelir dan bergigi taring.
Cuba aku basahkan badan ayah kau dengan amilase liur yang pekat dengan kahak hijau.
Adakah pada ketika itu kau boleh tersenyum dan pusing berpaling?

Siapa beri kau hak untuk hina ayah orang lain?

Jaga-jaga.
Aku sudah nyatakan awal tadi.
Jangan pandang rendah terhadap kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.


Selamat Hari Polis ke-208




.

Keretapi Emas Tak Sampai Stesen.

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam 6% GST.

'Keretapi tak sampai stesen'
Malu oo kalau jadi macam ni...



Zaman sekolah dulu pernah sekali aku hampir satu hari lupa tarik zip.
Berangin je rasa...
Bila sedar, perasaan malu membanjir datang ke otak.
Macam-macam aku fikir...
Sejak bila?
Berapa dah yang nampak isi dalam?
Crush dekat kelas sebelah nampak tak?
Kalau nampak apa reaksi dia?
Patut tak aku buat plastic surgery untuk tukar muka?
Patut tak aku melarikan diri ke dalam hutan sehingga satu tempoh waktu mereka semua lupa?

Sejak dari itu,
aku set minda aku setiap kali langkah keluar pintu,
aku mesti meraba periksa zip seluar.
Periksa sama ada keretapi sampai atau terkandas.
Apa jenis pintu pun.

Sampai sekarang, ianya dah jadi habit.
Habit yang menyelamatkan aku dari mengulangi peristiwa memalukan tersebut.

Tapi baru-baru ni,
aku ada jumpa si fulan ni,
dia tak kisah langsung zip dia naik ke tidak.
Dan dari respon dia, seolah-olah dia sengaja tak kasi naik.

Jenis orang apakah ini?






.

Sains Ringkas Mengenai Gerhana Bulan Merah.

$
0
0



Salam.

Aku berniat mahu menjadikan blog ini santai dan menarik.
Sebab itu aku selitkan komik lukisan sendiri di dalam kebanyakan entri.
Sebab itu juga aku jarang keluarkan topik ilmiah yang bagi kebanyakan orang adalah membosankan.
Tapi kali ini aku berkeras mahu berkongsi tentang sesuatu yang sangat ilmiah.

Ada beberapa perkara di atas dunia ini yang menjadikan aku teruja.
Antaranya ialah berkenaan astronomi dan ilmu kaji angkasa.
Sebabnya aku suka tenung langit malam.

Baru-baru ini (4 April 2015) berlaku satu fenomena luarbiasa(?) di langit malam.
Gerhana bulan penuh.

Gerhana bulan penuh itu berwarna merah.
Penuh timeline twitter dan facebook dengan gambar bulan penuh merah itu.
Ianya dicanang sebagai fenomena yang hanya akan berlaku selepas 140 tahun (?).

Aku sendiri tak berkesempatan melihat fenomena itu disebabkan awan yang memenuhi langit malam bandar besi tempat aku tinggal.

Tapi apa sebenarnya yang kita tahu mengenai bulan merah ini?





Gerhana

Matahari adalah pusat bagi sistem solar kita.
Bumi planet ketiga terdekat yang mengelilingi matahari.
Bulan pula merupakan satelit semulajadi yang mengelilingi bumi.

Gerhana adalah satu fenomena di mana apabila 3 entiti cakerawala (celestial bodies) ini iaitu Matahari, Bumi dan Bulan berada di posisi sejajar. Posisi ini dipanggil 'syzygy' (dalam BM dipanggil sizigi yang kedengaran sangat janggal).
Apabila ketiga-tiga entiti ini berada dalam satu barisan, maka terjadilah fenomena yang kita panggil gerhana.

Dua jenis gerhana ialah gerhana matahari dan gerhana bulan.





Gerhana Bulan

Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan.
Cahaya dari Matahari membuatkan bayang Bumi jatuh ke Bulan.

Terdapat dua bahagian bayang bumi yang melindungi bulan:
1) Penumbra - Kawasan di mana hanya sebahagian sahaja bayang bumi menutupinya. Kawasan ini masih mendapat cahaya matahari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
2) Umbra - Kawasan di mana bumi sepenuhnya membayangi tanpa sebarang cahaya matahari kelihatan.

Terdapat dua jenis gerhana bulan:
1) Gerhana Bulan Separa - Semasa gerhana ini, bulan tidak berada sepenuhnya di dalam kawasan umbra. Sebahagian daripada bulan berada di kawasan penumbra.
2) Gerhana Bulan Penuh - Semasa gerhana ini, bulan berada sepenuhnya di dalam kawasan umbra.

Satu lagi, terdapat juga Gerhana Bulan Pusat, di mana gerhana bulan penuh itu berlaku di tengah-tengah kawasan umbra. Tapi fenomena ini sangat jarang berlaku.

Masa darjah 5 aku belajar mengenai gerhana bulan,
bila cikgu beritahu yang bayang bumi jatuh ke bulan dan berlakulah gerhana,
aku terfikir,
"Kalau bayang bumi jatuh ke bulan, maka bulan akan jadi gelap.
Bila bulan gelap, maka kita di bumi tak akan nampak apa-apa, kan?
Tapi kenapa gambar dalam buku teks sains ni menunjukan gerhana bulan adalah seperti fasa bulan penuh?"

Dan apa yang kita lihat 4 April lalu ialah gambar bulan penuh berwarna merah.
Kenapa merah?



Sumber: April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia

Kenapa Gerhana Bulan Penuh Berwarna Merah?

Gerhana bulan yang merah juga dikenali sebagai 'Blood Moon' oleh masyarakat dunia.
Banyak kepercayaan purba dan masyarakat tertentu yang mengaitkan Blood Moon dengan perkara yang tidak baik.
Rasa nak baca lanjut, bolehlah google sendiri sebab aku tak berminat nak kupas perkara tak saintifik macam tu.

Apa yang membuatkan gerhana bulan itu MERAH adalah dua perkara;
1) Atmosfera Bumi, dan 2) Persepsi manusia.

Pada waktu matahari terbit dan terbenam, kita dapat lihat warna cahaya matahari menjadi kemerah-merahan, kan?
Ini disebabkan pada sudut yang rendah, cahaya matahari (yang pada dasarnya putih) akan terbias apabila melalui lapisan atmosfera bumi. Warna kemerah-merahan (atau dalam kes matahari terbit dan terbenam ialah jingga) mempunyai panjang gelombang (wavelength) yang tinggi dan akan sampai ke mata kita, manakala warna lain yang mempunyai wavelength yang rendah akan terbias ke tempat lain.

Sama dengan penerangan di atas, untuk gerhana bulan,
cahaya matahari dari belakang bumi akan terbias apabila melalui atmosfera. Pada sudut yang rendah, warna merah akan terbias dan jatuh ke dalam bayang bumi di bulan dan menjadikan gerhana bulan kelihatan berwarna merah.

Pada persepsi manusia pula,
sebab kita sudah dicanang bahawa ialah dipanggil 'Blood Moon',
maka gerhana bulan yang kita nampak ialah merah, sedangkan kalau diamati betul-betul ianya lebih kepada warna perang dan jingga, seperti warna ufuk bumi ketika matahari terbit/terbenam.




Beza Antara Gerhana Bulan dengan Gerhana Matahari

Walaupun kedua-duanya gerhana, gerhana bulan dan matahari melalui proses yang berbeza.

1) Gerhana bulan berlaku apabila bayang bumi jatuh ke bulan, manakala gerhana matahari berlaku apabila bayang bulan jatuh ke bumi.

2) Gerhana bulan berlaku pada waktu malam pada fasa bulan penuh, manakala gerhana matahari berlaku pada waktu siang.

3) Gerhana bulan membuatkan kita dapat melihat bulan penuh berwarna merah, manakala gerhana matahari menyebabkan bulan matahari kelihatan seperti berbentuk cincin (kerana bulan menghalang cahayanya) dan membuatkan siang menjadi gelap.

4) Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar, manakala gerhana matahari tidak boleh dilihat terus dengan mata kerana berbahaya kepada retina mata.

5) Gerhana bulan berlaku lebih kerap daripada gerhana matahari.

Kalau ada perbezaan lain lagi yang aku tertinggal, sila beritahu ya!



Sumber: April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia


Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015

'Gerhana bulan penuh 4 April 2015 hanya akan berlaku lagi selepas 140 tahun.'
Otak aku berdarah membaca 'fakta' tersebut.

Gerhana bulan lebih kerap berlaku berbanding gerhana matahari.
Malah, dalam tempoh dua tahun ini (2014-2015), gerhana bulan 4 April lalu adalah yang ketiga daripada tetrad.
Tetrad adalah satu set empat kali gerhana bulan yang berlaku dalam dua tahun.
Tetrad pertama untuk 2014-2015 ialah pada 15 April 2014, kedua pada 8 Oktober 2014, ketiga ialah pada 4 April 2015 dan yang keempat ialah pada 28 September 2015.
Setiap gerhana dalam tetrad selalunya berselang lebih kurang enam bulan.

Dengan kata lain, gerhana bulan seterusnya dapat dilihat pada bulan September nanti.

Yang istimewanya gerhana bulan 4 April lalu ialah ianya gerhana bulan TERSINGKAT dalam masa 5 abad.
Fenomena itu berdurasi hanya 4 minit 43 saat, nak berak pun tak sempat.

Yang boleh datang fakta 'hanya selepas 140 tahun' itu ialah hanya pada 11 September 2155 nanti baru kita akan saksikan gerhana bulan yang lebih pendek dari gerhana bulan 4 April lalu yang dijangka berdurasi hanya 2 minit 36 saat.

So, gais. Get your fact straight!



Penutup

Diharap dengan penerangan serba ringkas mengenai gerhana bulan ini dapatlah menambah ilmu yang kemungkinan besar sudah lupa setelah sekian lama sel dalam otak tidak berhubung.

Manusia itu kerdil.
Namun ilmu untuk manusia sangat luas sudah disediakan oleh Yang Maha Pencipta.
Cuma kita sahaja sama ada mahu atau tidak mahu menimbanya.

Cakerawala sangat mengkagumkan.
Kita lihat rumah seorang Datuk Seri itu besar,
tapi kita perlu juga sedar di mata alam semesta, kebesaran rumah itu sangat tidak signifikan.

Belajarlah selagi boleh belajar.
Kita semua adalah pelajar sepenuh masa, sepanjang hayat.


Baca lebih lanjut mengenai gerhana dan gerhana bulan:
- Lunar Eclipse - Wikipedia
- 'Blood Moons' Explained: What Causes a Lunar Eclipse Tetrad? (Infographic)
- April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia
- What's the Difference Between a Solar Eclipse, a Lunar Eclipse, and a New Moon?





.

Merah Mata Putihku.

$
0
0

Salam.

Tahu tak apa yang buat aku tertekan?
Bila ada orang berdiri di belakang aku semasa aku mengadap komputer.




Perasaannya sama masa pengawas peperiksaan berdiri di belakang kita
masa kita sedang bertungkus-lumus nak jawab soalan peperiksaan.
Daripada boleh jawab dengan lancar,
terus gigit pen kekonon macam tengah gigih berfikir nak jawab apa
dengan harapan pengawas peperiksaan tu berambus dari belakang kita.

Perasaannya juga sama bila ada orang belakang beratur rapat masa nak tekan duit di ATM.
Nombor pin 6 angka mudah yang celah jari pun boleh recall
terus lesap dari memori macam kena selesaikan calculus soalan darab matriks 3x3 baru boleh dapat jawapan.

Perasaannya sama macam masa nak suap nasi makan tengahari
tapi sebab ada orang berdiri belakang kita,
terus terganggu sampai makan nasi guna straw minum air guna garfu.

Perasaannya sama macam bila ada orang berdiri belakang kita masa melukis,
lukisan orang kacak bergaya rambut bersimpul berbaju kuning berseluar biru
terus bertukar jadi orang lidi macam lukis guna ibu jari kaki.

Perasaannya sama macam masuk toilet awam nak terberak
tapi pintu jamban tak ada selak dan jamban lain dah penuh orang isi.
Nak ditahan, tetamu sudah berada di hujung terowong.
Jadi kita tak ada pilihan lain selain guna jamban itu
dan berak dalam keadaan ketakutan bahawa pintu itu boleh ditolak oleh sesiapa sahaja.

Bayangkan,
aku main game Need For Speed,
selama ni bawa laju sampai cecah 230 mph pun tak ada masalah,
bila ada orang berdiri belakang aku jadi kaku sampai lori sampah potong belah kanan.



Okey,
untuk makluman, aku main NFS: Most Wanted yang tahun 2005 dulu punya sebab game tu je yang komputer purba aku boleh support.
Tu pun under lowest settings graphic-wise dan performance-wise.


So, kembali kepada topik,
apa tindakan kalian kalau berhadapan dengan situasi begini?
Terutamanya situasi jamban tak ada selak tu?





.

6 Tahun: Dari Cerulean ke Lelaki Berambut Simpul.

$
0
0


22 April.
Hari ini pada 6 tahun yang lalu, blog ini mula tercipta.
Pejam celik pejam celik bebel lukis sana sini,
6 tahun kemudian, blog ini masih berdiri di sini.

6 tahun bukanlah satu umur yang lama,
tapi kalau dikira menggunakan umur kucing,
kucing itu sudah sebaya manusia berumur 40 tahun.
Since 40 is the new 20, jadi aku ambil keputusan meraikan ulangtahun ke-6 blog ini.
(Macam tak ada kaitan je \(-__-)/)


Jadi,
sempena ulangtahun ke-6 blog ini,
aku akan bongkarkan 6 perkara yang mungkin kalian tahu (atau tak pernah tahu) tentang blog ini.

Silakan...



1. cEro pernah ada partner.

Di awal kebangkitan, blog ini diselenggara oleh dua orang.
Aku (cEro) dan seorang lagi partner aku.
Kami bergilir-gilir keluarkan entri yang berkaitan dengan diri.
Konsepnya adalah bagaimana pandangan dua orang berbeza terhadap satu perkara.
Kami sentuh segala isu; cinta, perempuan, duit, filem, kehidupan,
dan kami garap menggunakan pemikiran kami sendiri.

Malangnya,
dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kami bertukar arah.
Dia lurus ke kiri, aku tegak ke kanan.
Kami yakin kami tidak tersilap langkah.

Partner aku menyerahkan segala hak blog ini kepada aku
dengan syarat aku kena keluarkan semua entri yang dia tulis.
Tapi kami tak gaduh.
Dia kembar aku hari ini dan semalam,
jadi hari esok itu sendiri dia boleh faham.

Malah kadang kala waktu berhenti aku toleh ke sisi dia tiada di samping aku.
Tapi seringkali aku call ajak lepak mamak, bersemuka dengan partner itu.
Aku tanya apa khabar~~?

Dia jawab "Khabar baik, Bro".
(Okay, enough!)

Since nama aku cEro, cuba teka nama partner aku?




2. Tajuk blog ini ialah 'nULL & aLteRnate'.

This fact is obvious.
Pembaca tegar (ada ke?) mungkin tahu,
tapi aku tak terkejut kalau ada yang tak tahu tajuk blog ini.
Semuanya disebabkan aku tak pernah advertise nama blog ini dekat header blog di atas.
Malah, aku sering kali guna frasa 'blog cerolian' kalau aku tulis dalam media sosial.

'nULL & aLteRnate' berasal dari 'Null & Alternative Hypotheses',
satu cabang dalam statistik dan informatik yang membandingkan dua hipotesis terhadap satu pertikaian.
Student sains yang buat paperwork untuk eksperimen selalunya akan tahu apa benda alah ni.

Tajuk sedemikian dipilih disebabkan konsep asal blog ini adalah pandangan dua orang terhadap satu isu.
Aku (cEro) akan jadi 'null' dan partner aku akan jadi 'alternate'.

'nULL & aLteRnate' mempunyai huruf U, L dan R besar adalah disengajakan.
Ianya bukan sebab kami guna bahasa rempit walaupun kami bermotosikal.
Ada sebab tertentu yang rasanya terlalu sensitif untuk aku bongkarkan di sini.

'nULL & aLteRnate' akan terus jadi tajuk blog ini selagi aku waras.
Ini juga sebagai tanda persahabatan antara aku dengan partner aku.




3. cerolian adalah typo.

Semasa blog ini belum sepenuhnya milik aku,
URL blog ini bukanlah 'cerolian'.
Selepas aku mendapat hak penuh,
aku bercadang mahu tukar URL blog sebagai titik mula baru.

Disebabkan blog ini pada waktu itu bertemakan biru langit,
maka aku mahu letak nama blog ini 'cerulean' (nama warna biru langit).
Tambahan pula aku sangat dipengaruhi oleh Pokemon
di mana salah satu bandar dalam game Pokemon bernama 'Cerulean City'.
(Untuk makluman Cerulean City adalah bandar di mana Misty berasal)

Tapi dalam masa sama aku mahu gabungkan nama aku sekali dalam URL itu,
maka aku bercadang nak namakannya 'cErolean' (cEro + cerulean).

Semasa aku mahu tukar URL blog,
aku tersilap taip jadi 'cerolian' instead of 'cErolean'.
Dan yang lagi bangang, aku hanya sedar aku typo hanya selepas beberapa bulan.

But 'cerolian' is not that bad, kan?
Tapi ianya tak ada maksud apa-apa pun sebenarnya. Hehehe.

Rasanya aku pernah keluarkan entri khusus menceritakan perihal asal-usul nama 'cerolian' itu.
Carilah.




4. Blog ini BUKAN blog komik.

Contrary to popular belief,
(^ aku nak sangat guna frasa ni..hehehe)
blog aku ini BUKAN blog komik.

Kebetulan aku minat melukis dan aku lagi puas hati kalau sampaikan cerita dalam bentuk lukisan berbanding menulis, maka blog ini penuh dengan lukisan yang tak seberapa tu.

Tapi disebabkan aku perlukan mood untuk melukis,
jadi bila rasa tak ada mood tapi mahu update blog,
maka akan wujudlah entri yang banyak tulisan dari lukisan.

Tapi kalau nak jugak kategorikan blog ini,
aku rasa ini adalah blog minat.
Sebab minat aku melukis, jadi blog ini penuh lukisan.
Akan datang kalau minat aku berubah kepada mengait baju,
mungkin blog ini akan penuh dengan gambar baju kait.
Hahaha.

Kalau perasan, aku jarang letak watermark dekat lukisan aku.
Ini disebabkan aku rasa aku tak perlukan watermark.
Pendek kata, tak ada siapa yang nak curi lukisan aku dan claim itu dia punya sebab aku tahu tahap melukis aku masih berada di bawah.
Siapa yang nak curi lukisan picisan, kan?




5. E di dalam 'cEro' dibesarkan dengan sengaja.

Bila aku tulis 'cEro', aku akan besarkan huruf E.
Itu adalah sengaja, tapi aku bukannya budak baru nak up yang suka kapitalkan huruf sesuka hati tu.

Dulu Kila pernah kata aku buat macam tu sebab aku suka huruf E,
tapi sebenarnya fungsi E besar itu adalah untuk membezakan aku (cEro) dengan Cero-Cero yang lain.

Cero bukanlah nama yang rare.
Kalau kalian google, Cero banyak digunakan seantero dunia.
Jadi untuk membezakan cEro aku dengan Cero-Cero yang lain,
aku besarkan E.

'cEro' yang aku pakai diambil dari angka sifar dalam Spanish.
Angka sifar yang berdiri sendiri bernilai kosong,
tapi angka sifar yang berada di sebelah angka lain akan menggandakan nilai angka tersebut, seperti contoh; 1 diikuti dengan sifar akan menjadi 10.

Itu prinsip aku selepas memegang nama cEro.
Aku berharap aku akan memberi nilai ganda kepada sesiapa sahaja yang berada di sisi aku, termasuklah yang membaca blog ini.

Tapi E besar hanya eksklusif untuk nama 'cEro'.
Untuk 'cerolian', E besar hanyalah optional.
Kadang-kadang aku tulis sebagai 'cErolian',
kadang-kadang aku tulis hanya 'cerolian'.
Kedua-duanya masih merujuk kepada 'cerolian' yang sama.

Cuma yang pasti,
huruf c akan sentiasa kecil.




6. 'cerolian' adalah anagram kepada 'caroline'.

Huruf-huruf di dalam 'cerolian' boleh disusun semula menjadi 'caroline'.

Ini 100% kebetulan dan aku sendiri baru sedar.
Satu waktu dulu aku pernah gila anagram,
jadi aku anagram-kan segala perkataan yang aku jumpa.

Bila aku anagram 'cerolian',
aku agak terkejut ianya boleh eja 'caroline' dengan tepat.

Tiada perempuan yang bernama Caroline pernah wujud dalam hidup aku.
Caroline yang paling rapat dengan aku ialah kucing betina milik roommate aku.
Roommate berikan nama itu kepadanya berdasarkan watak Caroline (Hayasaka Yukari) dalam manga Paradise Kiss.

Kalau kalian pernah layan filem adaptasi sebenar Paradise Kiss,
watak Hayasaka Yukari (Caroline) itu dimainkan oleh Kitagawa Keiko, one of my favorite Japanese actress ever.
(Ok, itu sangat trivial...)

'cerolian' juga merupakan anagram kepada 'colinear' dan 'acrolein'.
Maksud perkataan itu? Cari sendiri...



===================================================




Cukup 6 fakta mengenai blog ini yang kalian tak nak pun tahu.
Kenapa 6 je?
Sebab ini ulangtahun ke-6.
Kalau ulantahun ke-10, aku bagilah 10 fakta. Hehehe


Masa Depan cErolian

Pada 2012,
aku tetapkan matlamat terulung pertama aku, WORLD DOMINATION.
Menggunakan nama cEro dan cerolian,
bercadang untuk menjadi kuasa besar di atas bumi dan seterusnya menakluk dunia.
**batuk batuk**

Pada awal 2015 ini pula,
aku tetapkan pula matlamat terulung kedua aku,
iaitu TIME MANIPULATION.
Aku berazam mahu cipta mesin masa.
**batuk batuk**

Pada 2013,
aku mulakan langkah menjenamakan 'cerolian'.
Aku giat meluaskan nama cerolian di merata cabang media sosial.
Hampir semua laman web media sosial ada ID 'cerolian'.
Yang tak ada tu, sama ada aku tak tahu ataupun tak kisah.

Aku berhasrat menjadikan 'cerolian' dikenali.
Aku mahu 'cerolian' dikenali bukan sekadar satu blog.
Aku ada plan teliti ke arah itu.
Tapi biasalah, selaku kaki tangguh sepenuh masa dengan motto 'kalau ada esok, kenapa buat hari ini?', plan itu masih hanya plan sehingga ke saat ini.

Dalam tahun ini juga,
aku akan cuba untuk keluarkan satu produk sendiri atas nama cEro dan 'cerolian'.
Produk apa, jangan tanya dulu.
Ianya mungkin bukan seperti apa yang kalian fikirkan.
Yang pasti, produk itu adalah langkah pertama aku menakluk dunia.

Tapi aku yakin,
satu hari nanti aku akan mempunyai empayar bernama 'cerolian'.
Dengan empayar itu,
aku akan capai dua matlamat terulung yang aku sebutkan awal tadi.
**batuk batuk berangan batuk**

Akan datang kalau kalian tengah memandu dan terlihat satu menara yang dipanggil 'cerolian Tower', kalian bolehlah berbangga dengan anak-anak kalian dan berkata,
"I know the owner of that majestic tower!"


Masa Depan cEro

Pada 2011,
aku mula berhasrat tidak mendedahkan identiti sebenar aku.
Jadi aku selalu gunakan Roommate aku sebagai alias.
Aku tak berminat nak kaitkan cEro dengan kehidupan realiti aku.
Dan aku amat harap tiada siapa yang berminat nak korek.

Tapi yang mana antara kalian yang sudah tahu,
aku amat berharap kalian dapat simpan rahsia siapa diri aku itu ketat-ketat.

Sebagai cEro,
aku selalu terfikir mahu berhenti berblog.
Tapi aku tak rasa aku akan berhenti dalam masa terdekat ini,
apatah lagi masih banyak yang aku belum capai sebagai cEro.

Tapi ajal maut rezeki jodoh di tangan Tuhan.
Kita hanya mampu merancang. Keputusannya di tangan Dia.


Terima Kasih.

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan sempena ulangtahun ke-6 blog ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang tak pernah penat nak tinggalkan komen di setiap entri.
Tiap komen aku baca, aku suka, dan aku hargai.

Terima kasih kepada 1151 (setakat entri ini diterbitkan) followers blog ini.
Kalau ada sesiapa yang nak aku follow balik,
jangan segan silu bagitahu.

Terima kasih juga kepada semua yang mengikuti aku di media sosial;
di Facebook Empire State of cEro,
di twidder @cerolian,
di Instagram @cerolian,
dan di mana-mana jua yang ada.

Terima kasih juga untuk 6 tahun masa bersama.
Harap kita terus bersama untuk 6 tahun seterusnya,
dan waktu-waktu yang mendatang.

Terima kasih kerana terus menyokong lelaki berambut simpul ini.




So, now you tell me....
Entri apakah merupakan entri PERTAMA kalian sampai dan baca di blog ini?





.

Perosak Keterujaan Berlayar Perak.

$
0
0

Salam,

Tahu tak apa antara perkara yang aku paling tak suka?
Kaki spoiler filem.






Ianya bukan sesuatu yang dibanggakan
tapi sebagai terapi diri, aku memiliki satu buku kecil tertulis senarai perkara-perkara yang aku benci.
Tujuan buku itu ialah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri
di mana jika panjang senarai itu, maka banyaklah perasaan benci dalam diri aku.
Mana antara perkara yang dahulunya aku benci tapi sekarang sudah tidak benci,
aku akan garis panjang melintang di atasnya sebagai tanda ianya sudah keluar dari senarai benci itu.

Rasa benci makin bertambah hari demi hari,
tapi dengan masa, banyak juga perasaan benci yang sudah aku palang buang.

Matlamat aku ialah mengurangkan perasaan benci.
The less you hate, the more happy you'll be.

Antara perkara yang (masih) menghuni senarai tersebut adalah seperti;
- my ex
- my ex-boss
- orang yang tak pandai nak bagi signal di atas jalanraya
- orang yang tak pandai nak padam signal selepas selesai membelok di jalanraya.
- artis seorang ni yang aku tak boleh reveal nama dia
- KAKI SPOILER!

Yup.
Kaki spoiler juga ada dalam senarai benci aku.
Kaki spoiler ini termasuk kaki spoiler drama, kaki spoiler cerita, kaki spoiler game,
dan yang terutama sekali KAKI SPOILER FILEM.

Timeline Facebook dan Twitter aku sekarang penuh dengan pelapor spoiler untuk filem The Avengers: Age of Ultron.
Tak kurang hebat juga kawan-kawan lepak, tak habis-habis nak spoil filem itu.

Aku faham amat keterujaan menjadi antara yang pertama melaporkan sesuatu,
specifically, yang pertama menonton filem The Avengers itu.
Ianya hak individu. I respect that.

Tapi itu tidak bermakna anda ada hak untuk merosakkan keseronokan dan keterujaan orang lain untuk menonton filem itu.

Antara poin utama keterujaan menonton sesebuah filem ialah faktor kejutan, kekaguman terhadap grafik dan juga plot cerita filem itu sendiri.
Ianya antara sebab kenapa sesebuah filem itu mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
Pengalaman melaluinya di dalam pawagam yang gelap dengan sistem audio yang mampu memekakkan telinga sangat berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman menonton di TV atau komputer.
Pengalaman itulah yang berharga dan memberi nilai kepada tiket yang kita bayar.

Dan para kaki spoiler inilah yang merosakkan intipati pengalaman itu hanya kerana mereka mahu memberitahu orang ramai bahawa mereka sudah mengalaminya terlebih dahulu.
The ultimate level of douchebaggery.

Sebab itu bila ada filem baru keluar wayang dan aku berhasrat nak pergi tengok,
aku akan jauhi media sosial (dan beberapa kawan kaki spoiler) sebaik mungkin hanya kerana aku tidak mahu terbaca/terlihat/terdengar mana-mana spoiler yang golongan itu cuba sampaikan.

Untuk filem The Avengers: Age of Ultron,
aku tak berapa terasa hati sangat kalau ada D-bag yang nak spoil,
sebab aku lebih tahu jalan cerita Age of Ultron tu melalui pembacaan komik.
Tapi itu juga tak bermakna sesiapa pun berhak nak spoil.
Kalau nak spoil, aku boleh spoil jauh lagi, sampai The Avengers: Infinity War lagi.

Tapi aku pernah hilang keseronokan menonton filem The Lego Movie disebabkan ada minah ni sibuk nak bagi spoiler dekat aku.
**mengeluh**
Jadi aku tahu sangat betapa tak seronoknya bila keterujaan menonton wayang itu dirampas pergi oleh spoiler.

Semasa entri ini ditaip,
aku masih belum menonton filem The Avengers itu.
Tapi aku akan pergi menontonnya sebagai early bird pada satu hari selepas entri ini diterbitkan.

Pada sesiapa yang terasa dengan entri ini,
aku minta maaf.
Just next time don't be a douche. Just don't.
Tiada siapa suka spoiler.
Janganlah tersenarai di dalam senarai benci aku.
Let me be less hating, more loving.

So,
siapa yang dah tengok The Avengers: Age of Ultron?
Boleh bagi pendapat tanpa spoil?
Berapa bintang kalian bagi?





.

Dinding Putih yang Menghalang Jalan.

$
0
0


Semalam 5 Mei.
Bila menghampiri tarikh tersebut, mood aku semakin menyusut.
Hujung minggu panjang aku, banyak dihabiskan merenung dinding putih kosong bilik.



Aku teringatkan satu kisah mengenai seorang kawan.
Dia suka berlari.
Seminggu paling kurang dua kali dia akan ambil masa ke taman tasik berdekatan hanya untuk berlari.
Hampir setiap maraton dan acara larian yang dianjurkan sekitar sini akan disertainya.
Bila ditanya apa hobi dia, tanpa tangguh dia akan menjawab, "berlari".

Satu hari aku terserempak dengan dia di pekan.
Bersalaman, bertegur sapa, lalu aku tanya,
"Tak berlari ke?"
Aku tahu itu soalan bodoh, sebab sudah nyata aku nampak dia depan mata berbaju kasual di pekan.
Sudah tentu dia tidak berlari.

"Tak. Dah sebulan aku tak lari dah."
Jawapan kawan aku itu membuatkan aku terkejut.
Ya, aku tak berlari hampir tiga tahun, tapi itu biasa. Aku pemalas.
Tapi kalau kawan aku ini yang dicop 'gila lari' tak berlari selama sebulan, siapa yang tidak terkejut.

Bertanyakan kenapa, ini jawapan dia:
"Kau pernah tak dengar satu lagu, dan kau rasa lagu itu sangat sedap sampai tahap kalau diulang main berkali-kali pun tak akan jemu? Ya. Sehari dua memang sedap dimain berkali-kali. Tapi selepas seminggu? Sebulan? Adakah lagu yang sama kau dengar tanpa henti itu kau masih berasa sama sedapnya macam pertama kali dimainkan?"

Dia sambung,
"Ini bukan soal bosan. Lagu itu tidak salah. Salahnya diri kita sendiri. Tak kira betapa sukanya kita dengan sesuatu, terlalu tumpu pada satu perkara itu tidak akan mendatangkan kebaikan."

"Aku mahu merasa semula perasaan keseronokan berlari pada pertama kali dahulu. Jadi buat masa sekarang aku hentikan dulu aktiviti berlari aku."



Sama seperti situasi aku sekarang.

Aku suka melukis. Sangat suka.
Aku masih ingat aku mampu bergelak ketawa hanya dengan melukis.
Aku melukis demi kepuasan diri sendiri,
tidak pernah peduli dengan mutu atau kecantikan lukisan aku.

Namun,
kebelakangan ini aku rasa aku melukis bukan lagi untuk diri aku.
Aku melukis demi orang lain, demi benda lain.
Kepuasan melukis sudah semakin surut hanya kerana matlamat menjadi berbeza.
Aku sudah tidak melukis demi kepuasan diri.

Sekarang,
aku hampir hilang motivasi untuk melukis.

Bukan sudah tidak suka melukis,
aku masih suka melukis.
Melukis sudah jadi sebahagian dari aku.
Tapi buat masa sekarang, aku perlu berhenti seketika dan mencari kembali kepuasan yang lama aku tidak rasai.
Kepuasan melukis untuk diri sendiri.

Mungkin aku kesunyian(?)
Maybe there's a void inside me that need to be filled.
I don't know.



Pernah seorang lagi kawan mengadu bahawa dia berada dalam keadaan 'slump' dalam kerjanya.
Aku nasihatkan dia supaya ubah sebentar persekitaran dan suasana sekeliling dia.
Pergi bercuti. Refresh diri.

Mungkin aku patut ambil nasihat itu untuk diri sendiri.

Tapi macam mana aku nak pergi bercuti?
Aku kena siapkan kerja aku sebelum boleh bercuti.
Tapi untuk siapkan kerja, aku patut bercuti.
Kalau tak bercuti, aku tidak dapat siapkan kerja.
Ianya seperti lubang berulang tiada henti.
Infinite loop. Möbius strip.

Apa patut aku buat?

Mungkin yang terbaik aku boleh buat sekarang
hanyalah merenung dinding putih kosong di bilik aku ini.
Sambil merenung, sambil aku kumpul kudrat untuk merempuh dinding yang menghalang jalan itu.



Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku ini.
Sebagai penutup,
biar aku berkongsi hasil trace-draw gambar random yang aku ambil dari internet.
Tracing (ataupun dalam BM 'tekap') adalah satu cara aku belajar melukis semasa aku masih budak berhati suci dulu.
Mungkin untuk mengembalikan kepuasan melukis yang aku cari,
aku patut mencarinya bermula dari awal dahulu.
Hehehe



Nevertheless, I never liked May 5th.




.

Dinding Putih Sudah Tidak Menghalang Jalan.

$
0
0

Salam,

So,
what happens when a bunch of average joes become The Avengers?
They become The Averagers. (krik krik krik)



No Previous-----01-------Next [02]

Ceritanya begini.
Selepas kalian baca entri super-tekanan dari aku minggu lepas (klik sini untuk baca),
mungkin ada antara kalian anggap yang aku akan perlahankan sedikit aktiviti berblog.

Tapi malangnya (untuk kalian), anggapan itu salah sama sekali.

Aku bukan sahaja tidak akan perlahankan aktiviti,
malah aku akan melipat-gandakan jumlah entri yang akan diterbitkan.
Macam kata orang petua kalau sakit tekak hilang suara, makanlah aiskrim,
aku pula sakit otak hilang mood melukis, jadi lukislah banyak-banyak lagi.

Maka terhasillah cerita spoof The Avengers celop yang aku beri nama The Averagers.

Sepanjang minggu ini (mulai rabu 13 Mei) selama seminggu,
aku sudah jadualkan entri The Averagers setiap hari.
YA. SETIAP HARI SELAMA SEMINGGU.

Aku sudah lukis 7 yonkoma (komik empat panel) untuk The Averagers.
Mula-mula nak terbit sekaligus semua dalam satu entri hari Rabu,
tapi 7 komik untuk satu entri akan jadi panjang dan berat,
jadi aku tukar plan nak buat satu komik satu minggu.
Tapi 7 minggu untuk cerita sama The Averagers nanti orang akan bosan,
jadi aku berkeputusan untuk letak sehari satu entri selama seminggu.
Yaay.

Juga,
sepanjang minggu The Averagers ini,
aku akan berada di luar kawasan atas urusan kerja.
Jadi, mungkin aku tak dapat nak reply komen sesegera mungkin.

Tapi jangan lupa tau.
Datanglah ke blog setiap hari selama seminggu ni.
Tinggalkan komen, pendapat dan pandangan,
aku terima dengan hati yang terbuka.

As for now,
doakan kerja aku siap dengan sempurna supaya aku boleh balik dan terbongkang pakai boxer sahaja di bawah kipas di dalam bilik kecil aku itu.


post-scriptum:
Sila jangan tanya kenapa ada Wolverine dalam team The Averagers aku. You know why.
Dan aku minta maaf jika design dan pakaian dalam team The Averagers aku ni tak berapa nak tepat.
Semua ni aku lukis guna memori dan memori aku sangat tak boleh diharap
(makanan sarapan tadi pun aku sudah lupa apa).
Dan aku minta maaf sebab mutu lukisan aku semakin merudum.
Tiada alasan, cuma kurang berbakat.

Live well. Have a good day :)




.

Lelaki Bermantel Merah yang Membawa Tukul.

$
0
0

Salam,

So,
What will Thor be if he's just weilding regular hammer instead of Mjolnir?
CarpenThor. (krik krik krik)



[01] Previous-----02-------Next [03]

Random fun fact time.
Hari khamis ialah 'thursday' dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan 'thursday' datang dari 'Thor's Day' yang bermaksud Hari Thor.
Tapi sudah tentu Thor yang dimaksudkan bukanlah superhero yang buat rawatan rambut setiap bulan tapi malas nak cukur bersih jambang tu, tapi Thor yang digelar 'Dewa Guruh' dalam mitologi Norse lama.
Dalam mitos Roman pula, Dewa Guruh mereka (yang sama dengan Thor) ialah Jupiter.
Planet Jupiter (Musytari) ialah planet kelima paling hampir dari matahari.
...dan khamis ialah hari kelima dalam minggu,
dan hari entri ini diterbit ialah hari khamis.
Booom!*mind blown*

I must be 'fun' at parties...(-_-")


Be awesome. Have a good day :)




.

Lelaki di dalam Baju Perisai Besi Merah dan Emas.

$
0
0

Salam,

So, old joke.
Iron is Ferrum.
The symbol of ferrum in chemistry is 'Fe'.
Man is male.
Thus, Iron Man = Fe Male = Female
(shin~~ng)



[02] Previous-----03-------Next [04]

So random poyo time.
Secara asasnya, Iron Man berwarna merah (dan emas).
Warna merah dalam darah manusia datang dari protein yang dipanggil hemoglobin.
Komponen utama hemoglobin ialah Ferum (II) a.k.a besi (iron).

Sesetengah haiwan invertebrata memiliki darah warna biru.
Warna biru darah tersebut datang dari protein yang dipanggil hemocyanin.
Hemocyanin sama seperti hemoglobin, cuba komponennya bukan Fe(II) tapi copper, Cu.

Jika satu hari si pakcik tua Stan Lee berhasrat nak buat satu lagi superhero bernama Copper Man, dia patut warnakan Copper Man itu dengan warna biru.

#hambar
(-_-")


Smile. Have a good day :)




.

Lelaki dengan Perisai Belang Merah Putih Biru Bintang.

$
0
0

Salam,

Captain America memakai uniform biru, merah dan putih berserta motif bintang.
Kalaulah ada Captain Malaysia, patutnya uniform dia lebih kurang juga,
cuma ada bulan dan bintang warna kuning.




[03] Previous-----04-------Next [05]

Perisai bulat yang merupakan identiti Captain America diperbuat daripada logam Vibranium.
Vibranium dikatakan sejenis logam yang mampu tahan hentakan kuat,
sekaligus diiktiraf sebagai logam yang (hampir) tidak boleh dimusnahkan.
Berat Vibranium juga dikatakan hanya satu pertiga daripada besi keluli biasa.

Kuat dan ringan.
Patutnya Proton dan Perodua guna vibranium sebagai bahan asas kerangka besi kereta mereka.

Malangnya,
vibranium tidak wujud. Ianya hanya rekaan semata-mata.




Dan tiap kali aku tengok badan Steve Rogers masa awal-awal dulu,
aku mesti berasa lawak dan sedih bercampur baur.
Lawak sebab kelakar badan dia kurus amat.
Sedih sebab at least dia akan jadi Captain America,
manakala aku pula tak akan mampu dapat badan macam Captain America pun.
(T_T)





Be good. Have a good day :)




.

Lelaki Berjambang Berbaju Kuning.

$
0
0

Salam,

Wolverine adalah superhero kegemaran aku sejak dari awal aku baca komik X-Men dulu lagi.
Antara sebab aku suka Wolverine ialah kuasa penyembuhan segera dia, which is sangat cool kalau aku ada.
Masa kecil, masa shampoo rambut,
aku suka bikin rambut bertanduk macam rambut Wolverine,
lepas tu selit berus gigi celah jari kekonon macam dia punya claws.
(Dah besar pun selalu buat lagi sebenarnya...)




[04] Previous-----05-------Next [06]

Rangka badan Wolverine disadur dengan logam Adamantium.
Adamantium (seperti Vibranium) juga adalah logam rekaan dalam Marvel.

Wolverine juga ada catchphrase,
"I'm the best there is at what I do, but what I do best isn't very nice,"
Cubalah cari ayat tu dalam mana-mana filem X-Men (hehe)

Hugh Jackman, pelakon yang sinonim dengan watak Wolverine ada buat pengumuman pada 7 May 2015 lepas bahawa filem Wolverine ketiga yang bakal ditayangkan pada 2017 adalah filem terakhir dia sebagai Wolverine.

Persoalan timbul di kalangan peminat tentang siapa yang bakal melakonkan watak Wolverine seterusnya.
Aku sudah nampak satu calon yang sangat sesuai,
muka pun sama, badan pun sama **batuk batuk**
tapi malangnya dia bukan pelakon.
Aku jumpa dia tiap kali aku duduk depan cermin
**double finger guns with a wink**

('v')


Wolverine pertama kali muncul dalam komik. Macam kucing pun ada...




Be great. Have a good day :)




.

Lelaki Hijau.

$
0
0

Salam,

Satu soalan:
Hulk sedang update twitter.
Tapi tak habis taip lagi dia dah marah hingga genggam phone sampai hancur lumat.
Kenapa dia marah?




[05] Previous-----06-------Next [07]

Sejarah kemunculan pertama Hulk yang dalam komik dan dalam filem (terutamanya filem The Incredible Hulk [2008]) adalah sangat berbeza, tapi point utama bagaimana Dr. Bruce Banner boleh bertukar menjadi Hulk ialah dedahan kepada sinar gamma (Gamma radiation).

Dr. Bruce Banner terdedah dengan sinar gamma berlebihan sehingga membuatkan sesuatu berubah di cellular level, dan dia akan bertukar menjadi raksasa hijau yang besar, kuat, garang, dan sukar dikawal sekiranya dia marah ataupun degupan jantungnya melebihi tahap tertentu.

(Amaran: Perenggan seterusnya bersifat ilmiah. Jika bosan, sila skip satu perenggan)

Realitinya,
aku tak pasti berapa banyak radiasi gamma yang si Banner ini dapat, tapi sinar gamma memang sangat bahaya.
Kalau tak silap aku masa belajar dulu, sinar gamma berfrekuensi tinggi tapi panjang gelombang (wavelength) sangat kecil.
Kalau buat graf gelombang (yang bentuk macam ular tu), dia punya bukit-bukit tu sangat banyak tapi rapat-rapat.
Ini menjadikan sinar gamma bersifat 'ionizing' (aku tak pasti dalam BM disebut apa),
kalau kena pada peringkat sel, sama ada DNA boleh berubah (mutasi a.k.a cacat) atau boleh dapat kanser.

Correct me if I'm not right.

Alaa, cerita komik. Tak pernah nak ikut saintifik betul-betul pun.


Oh, untuk soalan Hulk marah masa update twitter tu,
jawapannya sama dengan sebab kenapa bila Hulk nak naik lif ke tingkat 4, dia akan tertekan butang tingkat 2, 3, 4, 5, dan 6 juga.

Sebab jari dia besar.
Kalau update twitter asyik nak typo je.
Tekan 'a' keluar 'aswqzx'.


('V')

So, siapa tahu Bruce Banner punya catchphrase?





.

Janda Hitam.

$
0
0

Salam,

Dua perkara yang seronok dibincangkan tentang Black Widow ialah nama 'Black Widow' itu sendiri dan Scarlett Johansson.




[06] Previous-----07------Back to Start [01]

Black Widow adalah satu codename yang diberi berinspirasikan sejenis labah-labah dari genus Latrodectus.
Labah-labah (Black Widow) ini mendapat gelaran disebabkan labah-labah betinanya kebanyakan berwarna hitam (hence, Black)
dan selepas mengawan dengan labah-labah jantan,
si labah-labah betina ini akan makan (YA, MAKAN YUM YUM) si labah-labah jantan tadi (hence, Widow = Janda/Balu).

Black Widow betina (terutamanya jenis Southern Black Widow, L. mactans)
berwarna hitam dan di bawah abdomen dia ada tanda merah berbentuk jam pasir.
Simbol jam pasir merah ini digunakan oleh watak Black Widow dalam komik dan filem Marvel sebagai identiti diri.

Gigitan labah-labah Black Widow selalunya tidak membawa maut,
tapi kesan seperti sakit, lenguh otot, berpeluh dan muntah-muntah memang biasa.
Kesakitannya mampu berpanjangan selama 3 hari ke seminggu,
tapi jika tidak dirawat dengan antivenom, ianya boleh berpanjangan sehingga berminggu-minggu, bergantung kepada berapa banyak neurotoksin yang dia sumbat dalam gigitan dia.


Dan untuk ScarJo,
masa penggambaran filem The Avengers: Age of Ultron baru-baru ni, dia sedang mengandung.
Dan dia pernah buat pembedahan kecilkan payudara sebab 'tidak mahu dipandang sebagai simbol seks'

WHAT?!
(*0*)9





.

La Cucaracha Roja

$
0
0

Salam,

I'm back :)






Baiklah, ringkas dan padat.

Situasi:
Anda baru balik ke rumah dari luar kawasan dan mendapati gelas kegemaran anda berada di atas meja.
Bila dijenguk ke dalam gelas tersebut,
anda mendapati terdapat makhluk perosak berkaki enam sedang khusyuk menikmati sesuatu di dalam gelas tersebut yang anda sendiri tidak dapat kenalpasti apa...

Soalan:
Di manakah antara berikut merupakan tindakan yang wajar anda lakukan sekiranya anda berada di dalam situasi tersebut;

1) Halau makhluk tersebut,
basuh gelas kegemaran anda itu sebersih mungkin supaya boleh digunakan semula,
dan seterusnya teruskan hidup seperti tiada apa yang berlaku.

2) Bunuh makhluk tersebut sekejam mungkin,
gantung bangkainya di depan lubang sarang makhluk tersebut sebagai peringatan kepada rakan-rakannya yang lain,
dan hapuskan gelas itu walaupun ianya gelas kegemaran anda kerana gelas itu sudah tercemar.

3) Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan.
Masuk ke dalam bilik dan rancang plan pembunuhan teliti yang sempurna berserta dengan bukti alibi untuk diri sendiri.
Sasarannya ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mengguna dan membiarkan gelas itu di atas meja.
Laksanakan plan itu sehingga berjaya.

...atau anda ada tindakan anda sendiri?


Pada aku,
pilihan (3) nampak sangat menarik...




.

Bukan Marimo.

$
0
0

Salam,

Asalkan manusia, dia mesti ada kelemahan.
Aku manusia, maka aku pun ada kelemahan.
Inilah salah satu kelemahan aku...






Okey,
bukan silap Festival Belia yang susah nak jumpa.
Tapi salah aku yang tak mampu nak jumpa Festival Belia.
Hahaha.


I am self-proclaimed great map reader.
Aku boleh baca peta tanpa masalah. Kacang je. Petik jari.

Tapi bila masuk bab mengingat arah dan jalan, aku GAGAL.

Bayangkan,
sehingga ke hari ini, beratus kali sudah aku berulang dari Kuala Lumpur ke Shah Alam selaku rumah kedua aku.
Tapi sampai sekarang, aku susah nak hafal jalan ke sana.
Aku boleh sampai ke Shah Alam hanya kerana adanya papan tanda.
Cabut papan-papan tanda itu, maka tak sampailah aku.

Ianya lebih mencabar bila tempat tu guna sistem nombor untuk seksyen (seperti di Shah Alam dan Petaling Jaya) atau presint (seperti di Putrajaya).

Secara logik,
selepas 13 mestilah 14,
maka Seksyen 13 sepatutnya bersebelahan dengan Seksyen 14.
Pergi ke Shah Alam dengan pemikiran itu, kalian akan digelak.
Di Shah Alam,
nak ke Seksyen 14 dari Seksyen 13, kita kena lalu Seksyen 9 dan Seksyen 10 dulu.
Itu belum cerita berapa banyak roundabout yang perlu ditempuh.

Sama macam Putrajaya.
Cuma Putrajaya kurang bulatan, tapi banyak lampu isyarat.

Memang dari kecil lagi aku sedikit lemah dengan arah dan jalan.
Kanan dan kiri pun selalu keliru, ambil masa untuk loading.

Ada satu bahagian dalam otak kita yang dipanggil hippocampus(BM = hipokampus).
Di situ terdapatnya sel neuron yang dipanggil grid cells dan place cells.
Kedua-dua sel neuron ini bertanggungjawab dalam simpanan memori berkenaan arah dan jalan.
Mereka yang kerap menggunakan sel neuron ini akan menjadi sangat hebat dalam mencari arah dan mengingati jalan.

Maknanya,
penyelesaian untuk si kaki sesat macam aku adalah dengan kerap menggunakan grid cells dan place cells ini.
Dengan kata lain,
aku kena kerap keluar berjalan-jalan.

Tapi...
kalau aku kerap keluar berjalan-jalan,
maka aku juga akan kerap sesat.

So, macam mana?
Ada sesiapa nak keluar dengan aku? **tetiba**




.

Rumput Tidak Pernah Lebih Hijau.

$
0
0

Salam,

Entri ini mempunyai aura negatif yang sangat tinggi,
aku cadangkan kalian tak terus membacanya.

Proceed on your own risk.





Nampak tak muka cEro di atas?
That's cEro while looking at other people living his dream.
Muka cEro nampak normal,
tapi dalaman dia hanya Tuhan yang tahu.


Semua orang ada impian yang tidak tercapai.
Kecewa kan?
Life must go on, kita redha dan terus ke depan.
Tapi suatu hari terjumpa pula seseorang yang hidup dalam impian kita itu.
Dengki? Tidak langsung. Sakit? Mungkin sikit.
Tapi apa yang lagi sakit adalah dia yang hidup dalam impian kita itu langsung tidak bersyukur, malah mempersoalkan jalan hidup dia yang pada dia, sepatutnya lebih baik.

Itu impian kita, tapi dia yang dapat.


Biar aku berikan satu contoh situasi:

Bayangkan impian aku ialah ingin menjadi pegawai hal ehwal asas pejabat (office custodian) a.k.a cleaner.
Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak boleh dirumuskan dalam satu perenggan,
aku tak dapat capai impian itu.

Suatu hari, selepas pasrah dengan takdir bahawa itu bukan jalan hidup aku,
aku dapat tahu ada kenalan yang berjaya mendapat kerjaya tersebut.
Tapi bila aku baca (dibaca: stalk) wall Facebook kenalan aku itu,
aku dapati kebanyakan statusnya merupakan rungutan terhadap kerjanya.

Rungutan tentang bagaimana para pekerja di pejabat itu tidak menghormatinya.
Rungutan tentang bagaimana ada tapak kasut pekerja yang kotor kembali mencemari lantai yang baru sahaja dia mop.
Rungutan tentang bagaimana dia lama menunggu lif, tapi bila lif sampai dia masih tidak boleh naik disebabkan bersama-samanya juga terdapat satu troli yang berisi mop, penyapu dan bakul sampah. Masuk lif bersama-sama dengan troli tersebut bermakna bersesak dengan pekerja lain, maka dia perlu tunggu giliran lif seterusnya. Tapi perkara sama juga berlaku untuk lif yang seterusnya.
Rungutan tentang bagaimana tandas yang dia cuci pagi tadi kembali bertepek dengan najis manusia dan kuning dengan air kencing bertaburan menjelang petang.

Ya, rungutan seperti itu.
Rungutan mengenai kerjayanya.

Sebagai orang yang berimpian untuk memiliki kerjaya itu tapi tak dapat,
agaknya apa perasaan aku bila baca rungutan orang yang berjaya memilikinya tapi tak menghargainya?

Sekarang cuba ubah situasi di atas dengan impian kalian
dan rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kerja impian kalian itu.
Apa perasaan kalian?

It kills me inside.


Tidak salah merungut.
Malah merungut kadang-kadang bagus sebagai medium pelepas tekanan.
Tapi buatlah sesuatu untuk mengatasi masalah itu.
Bukannya terus merungut dan anggap esok hari pelangi lapan lapis akan muncul sendiri tanpa berbuat apa-apa.
Ini tidak,
merungut pula dalam media sosial secara public yang boleh dibaca ribuan orang,
termasuk para manusia yang anda rungutkan.
Apa sebenarnya tujuan merungut teruk dalam media sosial sebegitu?


Fokus kepada penyelesaian,
bukan fokus kepada masalah.


Kalau kalian bencikan kerja yang kalian buat,
ada dua opsyen yang jelas dan nyata:

1) Embrace and adapt; atau
2) Quit and move on


Tiada kerja yang mudah dan tiada cabaran.
Sebab itu ianya dipanggil kerja (work).
Dalam fizik, Work = Force x displacement.W= F.s
(Kerja = Daya x sesaran)
Tanpa daya dan cabaran, kerja bukanlah kerja.
Dengan kata lain, setiap kerja perlukan daya usaha.
Kalau semua nak senang, bukan kerja namanya.

Jadi,
berhenti merungut secara berlebihan mengenai kerja di dalam media sosial.
Kalau tak suka kerja itu, berhenti.
Banyak lagi orang yang layak dan akan gembira jika dapat ambil alih tempat anda.

Kalau rasa tak boleh nak berhenti, belajar untuk menyayangi kerja anda.
Orang yang tak bersyukur tak layak nak hidup dalam impian orang lain.


Nampak tak muka cEro di dalam gambar di atas?
That's cEro while looking at ungrateful people living his dream.
Muka cEro yang berharap dia boleh tanam orang itu hidup-hidup,
tanam secara menegak sehingga ke paras leher,
dan duduk memerhati dari kerusi berjarak dua meter dari kepala yang terjuntai keluar
sambil menunggu satu batalion kerengga dan semut merah datang menghurung kepala orang yang tidak tahu nak bersyukur itu.


Maaf kalau entri ini ada buat sesiapa terasa.
Please don't hate me.
Hakikatnya,
rumput tidak pernah lebih hijau tidak kira di bahagian manapun kita berdiri.
Apa kata mulai sekarang, kita berubah menjadi seorang insan yang lebih bersyukur,
bersama-sama?





.
Viewing all 334 articles
Browse latest View live