Salam.
Disebabkan seseorang,
aku langsung tak ada mood nak melukis sepanjang minggu lepas.
Good job, Stranger.
Natijahnya,
minggu ini tiada komik.
Jadi, apa kata kita bercerita tentang wang satu ringgit dan bermain dengan soal moral dalam kehidupan.
Pretty heavy, right?

Satu hari, aku sangat terasa mahu minum air tin Nescafe.
Bukan dahaga, cuma terasa keinginan untuk basahkan tekak dengan kafein.
Tapi aku tak mahu Wonda Kopi Tarik sebab hari tu aku sudah cuba try test.
Rasanya kurang sesuai dengan tekak aku.
Kalau nak tarik, teh tarik sahaja yang terbaik. Kopi tarik? Meh!
Aku pun pergi ke sebuah mesin gedegang (vending machine).
Yatta!
Ada air tin Nescafe dalam pilihan airnya! RM 2.20 pulak tu!
Pelbagai perisa pada harga yang sama.
Kalau beli dekat kedai yang ada angka 7 dengan 11 tu,
aku rasa mahunya sampai RM2.80 atau mampu mencecah RM3.30 ikut perisa.
Aku kurang pasti kenapa harganya berubah-ubah, sama berubahnya perasaan awak terhadap saya.
Ecewah! #PickUpLineHambar
Aku kemudian mengeluarkan tiga keping duit kertas satu ringgit.
RM 2.20, sudah pasti aku bakal mendapat baki duit syiling 80 sen.
Bolehlah diisi ke dalam tabung aku yang semedang ringan tu.
Nasib baik mesin itu menerima duit kertas baru,
sebab ada je mesin yang banyak songeh hanya pakai syiling.
Ada juga hanya pakai duit kertas lama.
Ketinggalan zaman betul mesin gedegang yang macam tu.
Masuk helaian satu ringgit pertama ke dalam slot duit kertas,
mesin itu sedut dengan rakusnya.
Di monitor digital dia tertera angka 100 dan simbol yen.
Nampak sangat mesin tu berasal dari tanah kelahiran
Masuk helaian satu ringgit kedua.
Tiba-tiba seluruh pilihan air tin yang ada tertera lampu biru.
Seingat aku, lampu biru bermakna pilihan air itu available dan pilihan sudah boleh dibuat, tapi aku baru masukkan 2 helai not satu ringgit. Masih ada 20 sen yang perlu aku masukkan untuk memilih air tin Nescafe.
Aku melihat ke monitor digitalnya,
tertera angka 300 dan simbol yen.
Apakah neraka yang berlaku ini?
Bukankah aku baru masukkan dua helai?
Pada tangan aku masih ada satu helai lagi.
Patutnya yang timbul adalah angka 200, bukannya 300.
Aku cuba untuk masukkan sekeping lagi not satu ringgit,
tapi mesin itu degil tak mahu terima. Tidak serakus tadi.
Mesin itu memaksa aku untuk buat pilihan.
Maksudnya,
aku dapat beli air tin RM 2.20 dengan hanya guna RM 2,
malah aku akan dapat baki syiling sebanyak 80 sen.
LUCKY!!
Kan?
TIDAK!
Macam tipikal orang Islam yang lain,
aku diajar untuk mengambil makanan hanya dari sumber yang halal.
Merokok haram tak apa, pegang tangan awek itu sweet,
tapi makanan mesti kena halal. HALAL!
Tipikal, kan?
Makanan jadi darah daging. Darah daging yang haram tempatnya neraka.
Ustaz yang mengajar aku masa sekolah rendah begitu tekankan sangat perkara tu,
selepas itu dia curi keluar kelas masa mengajar untuk hisap rokok belakang bangunan sekolah.
Nice one, Ustaz! **thumbs up**
Aku pun pilih air tin Nescafe Mocha.
Air tin jatuh ke tempat pungutan bawah dengan sound effect 'gedegang!'
Duit syiling jatuh ke tempat baki sebanyak 80 sen.
Aku pungut duit syiling itu dan sekalikan dengan not satu ringgit di tangan,
dan masukkan ke dalam poket.
Maka,
secara teknikalnya, RM 1 daripada duit aku bukan milik aku.
Dan aku tak berniat langsung nak buat duit itu macam duit aku.
Tapi apa harus aku lakukan ke atas duit itu?
Aku tanya kawan-kawan aku yang seberapa kerat itu apa patut aku buat.
Si Abu cadangkan,
"Alaaa, kira nasib kau baiklah. Bukan kau menipu. Itu kesilapan teknikal mesin gedegang itu sendiri. Just keep it and live with it. Simple dimple."
Si Ali pula memberi usul,
"Tak boleh....! Itu sudah tentu-tentu bukan duit kau. Sedekah sahaja kepada masjid atau mana-mana anak yatim yang minta derma di stesen minyak. Pahala dapat, dosa pun dapat elak."
Si Ahmad pula membangkang,
"Kalau duit terpijak bolehlah bagi masjid. Ini kau sudah tahu pemilik duit itu. Terang-terang pemiliknya ialah syarikat empunya mesin gedegang tu. Pulangkanlah sahaja semula kepada mereka yang hak. Habis cerita."
Si Atan tidak mahu kalah juga bersuara,
"Korang ingat syarikat macam tu peduli ke dengan isu satu ringgit ni? Aku sangat pasti mereka pun banyak lagi perkara lain nak difikirkan dan tak akan layan perkara remeh macam ni."
Sekarang,
kawan-kawan pembaca blog yang aku suka.
Tolonglah aku. Bantulah aku.
Moral aku sebagai manusia normal sedang berbelah bahagi.
Apa patut aku buat dengan duit satu ringgit ini?
Just for record,
tindakan terbaik untuk aku dalam situasi ini adalah dengan cancel pembelian di mesin gedegang itu selepas ternampak angka di monitor tidak sama dengan harga duit yang aku masukkan. Cancel dan mulakan semula. Tapi aku sudahpun terlepas peluang itu dengan menekan pilihan air tin Nescafe Mocha. Silly me.
.